Forever21 flat shoes, $20
Chain clutch, $50
Chunky bracelet, $30
Mixit flower ring, $4.50
Barry M Lip Paint, $8.23
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Setahun telah berlalu semenjak kakchik memulakan bisnes menjual abaya dari Timur Tengah terutamanya dari Dubai, UAE. Kalau di masa awal perniagaan dulu belum begitu ramai yang mengenali abaya apatah lagi mahu memakainya, hari ini kita boleh jumpa di merata tempat orang wanita yang memakainya. Hatta ramai juga di kalangan artis yang telah berhijrah memilih untuk mengenakan abaya. Alhamdulillah.
Kalau dilihat di FB pula, peniaga-peniaga abaya tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Makin galak bisnes menjual pakaian muslimah ini. Dari satu segi kakchik suka dan gembira kerana makin ramai yang menggemari pakaian hitam ini. Bila makin ramai makin kuranglah penonjolan kita bila di khalayak ramai. Orang akan jadi biasa melihat muslimah berabaya sepertimana orang menjadi biasa melihat muslimat memakai tudung labuh bermula era 90-an dulu.
Tapi, bimbang juga dengan perkembangan ini bilamana orang mula meletakkan keuntungan dan nilai komersil lebih daripada dakwah. Maka wujudlah abaya-abaya yang direka mengikut potongan badan, diperbuat dari kain yang nipis, menyerlah bergemerlapan bak bintang di langit, dijahit dari kain spandex yang melekat di badan dan macam-macam lagi. Kakchik bimbang orang akan membuat 'general conclusion' yang semua peniaga abaya ni sama saja niat mereka - nak untung semata-mata tanpa memikirkan soal SAHAM akhirat dalam perniagaan pakaian tersebut.
Nau'zubillah.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.