Followers

16.9.11

'OUTING" DENGAN UMI DAN ADIK

BISMILLAH.

Assalamualaikum. Petang tadi selepas solat asar, kakchik ke Mydin Mall bersama umi dan adik. Kakchik sekadar jadi pemandu untuk umi yang nak beli barangan dapur. Adik tu saja nak tumpang sekaki. 

Ramai sungguh orang membeli-belah di hari cuti (hujung minggu) ni. Bila nak membayar, kena beratur panjang sekali walaupun semua kaunter dibuka. Sebab kali ni adik datang sekali jadi kakchik bolehlah merewang-rewang sementara dia dan umi beratur. (^___^) jangan marah ...

Dah selesai membayar, kami singgah makan sebentar di food court Mydin Mall. Kali ni kami try HOT & roll. Cheesy Chicken Paratha untuk adik dan Pizza Beef Paratha untuk kakchik dan umi.

Iklan di dinding kiosk HOT & roll.

Penyediaannya ringkas dan cepat sekali. Hanya 5 minit.

Sudah siap tapi belum dilipat.

Sedia nak makan.

Cheesy Chicken Paratha yang adik kata sedap.

Umi terliur nak makan jagung stim, gembira kakchik tengok dia makan.

Ini hidangan kakchik, Sirap Bandung dan Pizza Beef Paratha.

Selesai di Mydin kami lalu jalan belakang Nirwana Maju, ternampak ada pasar malam. Singgah sekejap.

Di pasar malam tu saja tengok-tengok dan takdir Allah, terjumpa pula dengan kenalan yang bekerja di Mydin Mall. Alhamdulillah... gembira rasanya bila dia tegur kakchik semasa kami bertemu di gerai tudung. Walaupun sempat berkenalan semasa kakchik membuka gerai di Mydin dalam bulan April lepas tapi kakchik dah rasa agak selesa dengannya.

Kami balik ke rumah dan elok sampai cik abe dah nak ke masjid untuk solat Maghrib. Huhu, ni yang malas keluar membeli barang lewat petang ni tapi nak buat macamana... itu je waktu lapangnya. Anyway, kakchik ada juga beli sesuatu. Jeng je jeng....


2 comments:

  1. assalamualaikum kakchik.. tu diaa.... makan sedap nye.. masyaAllah.. lapa ni kakchik.. menaip tengah pagi-pagi buta ni memang wat lapa ni =)

    Nak komen tang kasut tu.. MasyaAllah.. sgt kiut .. saya suke... suke suke.. =)

    sekali sekala bila kuar tu mesti nak berbelanja kan.. heheheheh

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam sheila.

    makan tak pernah tak sedap sheila hehe. selagi Allah izinkan lidah ni dapat merasa nikmat makan, insyaAllah sentiasa sedap.

    kasut tu cute sangat kan? tu yang kakchik tak boleh tahn tu hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs