Assalamualaikum wrbt
Pendidikan bermula daripada rumah dan ibu bapa merupakan role-model kepada anak-anak di dalam sesebuah keluarga. Manusia yang cemerlang lahir daripada sebuah keluarga yang cemerlang. Keluarga yang cemerlang pula bermula dengan suami isteri yang cemerlang yang seterusnya menjadi ibu bapa yang cemerlang.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda;
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Bukhari)
Menurut Imam Al-Ghazali pula, anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan.
Atas kesedaran ini, Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) merangka program tahunan khusus dalam memberi panduan kepada pasangan suami isteri yang baru melayari bahtera rumah tangga mahupun ibu bapa yang telah mempunyai anak-anak, mengenai teknik-teknik serta tips-tips untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia, dan seterusnya melahirkan sebuah komuniti masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Sumber: FB Prof Dr Muhaya Mohamad |
Penampilan istimewa Prof Dr Muhaya Mohamad ke bumi serambi mekah ini akan menghangatkan lagi perkongsian ilmu serta motivasi kepada para peserta dalam mengharungi kehidupan berkeluarga, untuk menjadikan keluarga masing-masing sebagai keluarga yang solehah, bahagia di dunia dan lebih penting bahagia sehingga ke akhirat.
Butiran program adalah seperti berikut:
Program : Seminar Keluarga Bahagia, Interaktif Bersama Prof Dr Muhaya Mohamad
Tarikh : 22 Oktober 2011, Sabtu
Masa : 8.30pg-2.00ptg
Tempat : Dewan Utama Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan
Yuran : RM80 individu / RM150 pasangan
Terhad kepada 300 yang Terawal !!!
Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi Syakir 019-9009321, atau Dr. Nik Azrizie 012-9524247.
Terima kasih.
Wassalam
sangat suke program Dr ni kat tv..
ReplyDeletepaling suke ade satu topik tu..
dia suh peserta pegang satu beg berisi buku
satu beg tu bila dia suh peserta pegang and dia tolak tangan peserta tu ke bawah,automatically tangan peserta tu lemah dan tangannya terjatuh
then,dia suruh pegang lagi satu beg dan buat perkara yang sama
tetapi kali ni tangan peserta kuat dan tak jatuh
bila reveal,
beg yang pertama berisi majalah hiburan mangga
dan beg kedua berisi tafsir al quran.
kesimpulannya kat situ?!
kak Chik pun paham kan?!di sebalik yang terisrat dan tersurat.
kalau tak silap saya,tajuk perbincangan Dr masa tu adalah kekuatan minda berdasarkan ape yang kita baca...
*kenalah banyak baca Al quran dan ilmu Allah dan ilmu pengetahuan rather than baca benda - benda lagho dan mengundang maksiat..
Sidratul Muntaha, program itu kalau tak silap kakchik dipanggil dari mata jatuh ke hati. prof ada buat demo yang sama semasa sesi kuliah bulanan kakitangan kerajaan negeri kelantan bbrp bulan yang lepas. Sungguh dalam maksud yang tersirat dan tersuratnya. Eloklah kita tambahkan penglihatan kpd perkara2 yang baik selepas ini.
ReplyDelete