Followers

15.9.11

Sibuk Dengan Bisnes Abaya

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, selepas dua hari tanpa sebarang entri, hari ni kakchik ada sedikit masa untuk menuliskan sesuatu di sini. Nak menulis tu kalau boleh setiap hari tapi dalam minggu ni dan minggu depan masa lapang kakchik akan lebih ditumpukan kepada bisnes abaya kakchik. Bukan apa, stok baru dah masuk manakala stok lama yang belum terjual tu nak lah kena uruskan jualan penghabisan stoknya. Huhu, banyak kerja nak kena buat dan tenaganya hanya seorang.

Kitalah jurugambarnya, jurueditnya, jurureka iklannya, kita juga nak kena rajin buat promosi, kita seorang diri juga nak kena berkhidmat sebaik mungkin kepada pelangggan, kita juga yang nak ke sana-ke mari menguruskan penghantaran dan macam-macam lagi. Kakchik percaya, setiap orang yang mengusahakan bisnes online yang tiada pembantu tentu punya pengalaman dan kekangan yang hampir sama. Fenaaaaaat sangat tapi gembira.

Alhamdulillah sebahagian besar gambar untuk abaya-abaya yang baru masuk sama ada sehari dua sebelum raya dan awal bulan ini telah selamat diambil gambar dan di'upload' ke dalam blog dan FB Abaya Elegan Lovers. Setiap malam selepas selesai urusan rumahtangga pasti kakchik menguruskan semua kerja-kerja ni. Selain itu nak juga kena uruskan keluar-masuk duit, rekod pelanggan dan jika ada masalah, perlu juga berhubung dengan pelanggan.

Beginilah pengalaman yang perlu dilalui kerana hati sudah nekad. Selagi mana suami dan agama tidak terabai, insyaAllah bisnes ini masih akan diteruskan. Tambahan pula ianya berkait rapat dengan agama kan? Bila melihat orang-orang yang berjaya dalam bisnes yang sama ni, kakchik cuba kenalpasti apakah kelebihan mereka dan di manakah kelemahan kakchik. Dari situlah kakchik cuba perbaiki sedaya mungkin. Takut sekali jika pelanggan mula cop kita tidak serius dalam berbisnes dan menyeleweng. Nau'zubillah.

Ramai orang yang berniaga pakaian Muslimah, tapi mungkin tak ramai yang mendapat redha Allah. Kakchik harap kakchik dan perniagaan kakchik ni akan termasuk dalam golongan yang tidak ramai itu. Ingin sangat-sangat perniagaan ini mendapat redha-Nya. Dan mahu sangat-sangat mengurangkan apa juga ciri keburukan dalam kakchik berniaga dan berkhidmat kepada pelanggan.

Oklah, sampai di sini dulu untuk kali ni. Anak-anak saudara kakchik sudah bising memanggil-manggil dari tadi untuk temankan kakchik ke pejabat pos. Ada beberapa bungkusan abaya pelanggan yang perlu diposkan. Kakchik permisi dulu.


Kakchik di Pulau Melaka

6 comments:

  1. salam, k.chik ada x jual selendang bidang besar dan panjang yg selalunya dijual skali dgn abaya..ada x yg dijual single?maksudnya selendang sahaja.

    ReplyDelete
  2. kakchik.. bercita2 nak jadi mcm kakchik.. x perlku kerje kat office.. :( tp x reti..modal pun secoet..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Selamat kerja keras. InsyaAllah...setiap usaha dan niat yang ikhlas, tetap ada ganjarannya. Moga kak chik lebih berjaya lagi...

    Selamat Hari Malaysia dan selamat bercuti.

    ReplyDelete
  4. Wkslm Syahira. InsyaAllah ada. Selendang arab ni ada macam-macam kualiti tapi kebanyakannya nipis jadi kena pakai inner ataupun pakai 2 lapis. Nanti kakchik buat entri pasal selendang arab yang masih berbaki.

    ReplyDelete
  5. Ladybird, semoga Allah makbulkan. Kakchik masih lagi bekerja makan gaji Lady, itu yang penat sikit bila banyak t/jawab ni. Kalau dapat tumpukan sepenuhnya pada bisnes sendiri, alangkah seronoknya.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam anyss. Terima kasih ya. InsyaAllah akkchik cuba buat yang terbaik.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs