Followers

11.9.09

Yang pelik dan menarik di pasar pagi.

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua. Alahai... panasnya cuaca ketika ini. Terasa macam nak mandi sekali lagi je tapi nak ke dapur nantikan berpeluh-peluh lagi. Jadi sementara kakchik ke dapur, kakchik nak kongsikan gambar-gambar kenangan beberapa keunikan di pasar pagi di Kota Jembal. Unik sebab kebanyakan objek di dalam gambar-gambar di bawah ni amat jarang kakchik jumpa dan semuanya terlakar bersama sejarah hidup di zaman kanak-kanak dulu.

Jom, ikut kakchik tengok apa yang menarik sangat dan unik ni.


Siapa tahu apa nama buah ni? Masa kecil dulu, ada sepohon pokok buah ni kat tepi rumah, kakchik selalu juga panjat sebab dahan dia memang banyak dan mudah untuk dipanjat. Kalau masak, warnanya kuning, isinya manis-manis kelat tapi sedap. Dah lebih 20 tahun kakchik tak nampak buah ni hinggalah Jumaat lepas. Wah... kena ambil gambar ni sebab belum tahu bila akan dapat tengok lagi. Inilah dia buah kecupu.


Yang ini pula sedap dimakan begitu saja atau dibuat ccolek, dimakan dengan pencicah kicap pedas (kicap + gula + garam kasar + cili padi). Isyk... kecur air liur dibuatnya. Satu je yang kurang sedap pada buah ni, hehe yang tak sedap ialah namanya - buah katak puru. Mungkin sebab bentuknya yang menggerutu. Isinya putih, ada yang manis dan ada yang masam.


Inilah dia ulam kegemaran adik ipar kakchik, bunga kunyit. Kalau dia ada di rumah, memang bekalan ulam ni jarang putus tapi sekarang ni dia operasi di sempadan Kedah, jadi ulam-ulaman pun berkurangan. Masih ada... cuma tak banyak pilihan sangat.


Jeruk maman - Cik Abe makan juga jeruk ni dengan nasi. Sejenis ulam dari pokok maman (tak tahu nama saintifiknya) yang dijeruk. Arwah nenek kakchik dulu selalu tanam pokoknya dan buat jeruk, sebab dia tak makan, jadi disedekah aje kat anak-beranak atau jiran-jiran. Cik Abe kata yang kuahnya merah lagi sedap dari yang kuah putih.


Pelbagai jenis sayur dan ulam kampung - ada yang tersusun kemas dalam bakul kecil, ada juga dilonggok-longgok kerana biasanya orang kampung tanam sendiri dan menjualnya di pasar pagi. Siapa tahu nama ulam berwarna hijau berbiji-biji dalam gambar sebelah kanan tu?


Orang mengutip derma pun ramai di mana-mana saja. Pakcik yang duduk tu sedang mengira duit kecil untuk ditukar dengan not 50, dia menjual ikan kalau tak silap kakchik. Yang berdiri tu pemungut dermanya - untuk sebuah masjid.


Woah.... duit pun ada orang jual murah-murah kat pasar ni. Mula-mula ternampak kakchik terkejutlah juga, ingatkan duit betul, hehe rupa-rupanya sampul duit... macam-macamlah orang kreatif buat bisnes.


Yang ni memang kegemaran kakchik. Cendol dengan biji sagu - kalau buat berbuka setiap hari pun takpe. Biasanya ada 3 pilihan resepi cendol di rumah kami:- cendol dimakan dengan santan dan gula melaka, cendil air bandung ataupun cendol kuah sirap dicampur 'belda' hitam dan buah kabung. Semua jenis kakchik makan cuma yang bersantan tu kalau ada benda lain kakchik akan makan hidangan lain.


Sekali tengok nampak serupa tapi bila tengok sekali lagi... aghhh... lain rupanya. Buah rambai dan bauh mata kucing sekarang ni berlambak kat pasar pagi. Dua-dua pun kakchik tak suka makan tapi buah mata kucing kegemaran ahli keluarga yang lain. Buah rambai tu rasanya Ayah dan abang-abang je yang makan, hehe.


Bila tiba je bulan Ramadhan, makanan laut ni akan berlambak di pasar-pasar. Kalau rajin, boleh beli dan masak ikut suka hati tapi kalau malas atau tak sempat, boleh je beli kat pasar-pasar Ramadhan, mesti ada ccolek kerang. Kakchik tak boleh nak bagi testimoni sedap atau tidak sebab kakchik tak pernah makan, tambahan pula satu keluarga tak suka makan kerang. Orang kata sedap.


2 jenis asam keping yang biasa digunakan untuk memasak. Sebelah kiri dipanggil asam gelugur dan yang kanan ialah asam kandis. Dulu kat bucu belakang rumah kami kalau tak silap kakchik jiran ada 2 pohon pokok kandis. Kat bawahnya ada jalan kecil muat motosikal. Di musim buah asam masak, berlambak-lambak gugur kat atas jalan tu. Baunya masam-masam manis gitu. Masa tu kakchik sekolah rendah, terliur nak ambil tapi tak berani sebab jiran punya. Sayang sekali, bila pasangan suami-isteri jiran meninggal dunia, anak-cucu dah tak endahkan kebun mereka. Pokok asam pun dah ditebang untuk meluaskan jalan.


Kami pun ada beli 2 jenis keropok kegemaran keluarga. Biasanya digoreng dan di makan sebagai hidangan sampingan atau pun dimakan dengan pencicah pedas sambil menonton tv. Cik Abe suka sangat ni buat snek.

Selain ke pasar, hari ni kakchik dengan rasminya memulakan semester September di OUM. Pagi tadi dah mendaftar dan mengambil buku-buku rujukan/modul yang berkenaan. Semester ni kakchik akan belajar pasal muzik kanak-kanak dan juga bagaimana nak menjadi usahawan tadika. Semoga sesi pembelajaran semester ni akan makin menarik dan menambah lebih banyak ilmu kakchik.

Jumpa lagi.

14 comments:

  1. sukanya sha tgk gambar2 dlm blog nieh! boleh tak kita linkkan blog nieh?

    * nama buah2 tadi ada name lain kat tpt sha.

    kat sini buah kecupu tuh kitowang panggil buah kolopong.buah katak puru tuh pulak kitowang panggil buah nam2.

    tp kan...sha tak pernah jumpa bunga kunyit. macam mana nak jadikan ulam ye? makan macam ulam raja, mentah2 ke?

    geram tgk kerang dalam plastik tuh...!!!

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Menarik gambar2 yg Kak Chik tayang. Boleh jugak saya tengok. Maklumlah, dengan ada anak kecik ni, saya susah keluar nak ke pasar...

    ReplyDelete
  3. Kakchik, smpt gak ambik pic kt psr pg...best la...

    ReplyDelete
  4. tengok tulisan kakchik kali ni rasa tambah rindu dgn kelate. kita jumpa raya nanti ya. yahuuuuu....saya balik!!!!

    ReplyDelete
  5. semua makanan yg kakchik paparkan adalah kesukaan tu. Bunga halia tu sedap. mmg dapat buang angin dlm badan.

    buah-buah tu sedap. tambah buah katak puru. Oh mmg sedap.

    Jeruk mamer sedap jugak. Tapi paling best jeruk dalo.
    mkn dgn tempoyak + lada hok tumbuk sajo ( ada ore panggil lada rencoh ) hehe.
    sedap nyer kakchik. bab ulam ni mmg kesukaan.

    hehhe. ( loni tiap tiap mlm mkn colek )

    ReplyDelete
  6. salam kak chik...saya suka buah katak puru tu...waktu kecik dulu ada pokok kat tepi rumah sekarang dah takde dah...lama dah tak mkn...

    ReplyDelete
  7. sha - ooo rupanya kat tempat lain ada nama lain utk buah2 tu.

    bunga kunyit tu selalunya kakchik tengok adik ipar makan begitu je, dia cicah budu.

    ReplyDelete
  8. wkslm ummu farhan.
    kalau begitu kakchik gembira sangat sebab ada juga dapat menggembirakan orang lain.

    ReplyDelete
  9. hasnah - kakchik buat tak tau je main ambik gambar tu, memang org tengok pelik, hehe

    ReplyDelete
  10. normi, kalau macam tu jemput beraya di pulau melaka deh, singgah rmh kakchik, ajak huda sekali

    ReplyDelete
  11. shu - amboi2... bukan main lagi berselera ya. tak sakit perut ke asyik mkn ccolek tu?

    ReplyDelete
  12. wkslm suzi. kecik2 dulu kita ni mmg byk makan buah2 kayu/hutan tapi skrg ni mmg susah nak jumpa. kakchik ni dok di kg, kalau ke pasar selalu je nmpk b.ktk puru ni.

    ReplyDelete
  13. kat kedah pon buah katak puru tuh dipanggil buah nam2...jeruk maman tuh tok saya suka makan ^_^

    ReplyDelete
  14. Salam, kakchick..ni blog baru irin. Baru je buat..^_^ Buah/ulam yg warne ijau bulat2 kecik tu..kalau org johor panggil buat pipit. Ktorg msk dgn sambal tumis..sedap..=)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs