Followers

24.9.09

Indahnya suasana kampung Mak

Assalamualaikum dan salam Syawal.

Sebagaimana yang kakchik dah janjikan dalam post sebelum ni, kali ni kakchik kongsikan gambar-gambar (yang sempat kami ambil) semasa kakchik dan cik abe balik keraya di kampung Mak iaitu di Berangan, Selising, Pasir Puteh.


Selepas solat subuh di masjid hari kedua raya (cik abe yang imamkan dan bagi tazkirah ringkas pula - hehe jarang-jarang kakchik dapat dengar, seronok la kan) kami berdua pusing kereta ke kawasan sawah.


Kampung keluarga cik abe memang masih hijau dengan sawah padi tak macam kampung kakchik, Pulau Melaka. Dah jadi bandar dah kampung kakchik tu.


Pemandangan sebelum pukul 7 pagi memang mengasyikkan dan udara di sini sungguh menyegarkan badan.


Matahari dah mula naik, nampak jaluran cahayanya di kejauhan, cantik kan?


Tersenyum gembira cik abe bila dapat balik kampung hehe. Balik mengeratkan kembali persaudaraan, balik menghirup udara kampung yang bersih.


Kakchik pun sangat 'happy' bila dapat balik kampung Mak sebab dapat jumpa Mak dan Ayah... juga dapat jalan-jalan keliling kampung jumpa saudara-mara sambil menikmati alam sekitar kedesaan yang masih belum begitu tercemar.


Ok, itu aja yang dapat dikongsikan. Sebenarnya kami terlupa nak ambil gambar semasa berhari-raya di rumah Mak ataupun di rumah sedara-mara, jadi gambar-gambar pagi tu je yang ada. Yang dalam kereta ni kami dah dalam perjalanan balik ke Pulau Melaka semula.

Wassalam.

13 comments:

  1. adoiiii...sha sbnrnye nak updatekan satu post pasal benda2 yg sha dah miss dalam raya nieh. salah satunya: pemandangan sebenar kampung. cemburu betul tgk kak chik dpt tgk sawah. sha hanya dpt tgk dinding rumah je...maklumlah, kampung di dalam kawasan perumahan...

    ReplyDelete
  2. Teringat masa kecik2 dulu, zam suke sgt masuk kt dlm bendang
    sejuk je rasa tanah liat
    tp sejak dh dipawah ni, dah lama tak g sana

    ReplyDelete
  3. kalau tahu kakchik balik berangan, boleh jumpa. rumah shu dekat jer tu. Mesti Abg kak chik kenal kg shu. hehe.

    pssstt : entah entah waris. hikhik

    ReplyDelete
  4. sha, kalau sha cemburu dgn kakchik, kakchik pulak cemburu dgn suami kakchik sebab dia membesar dlm suasana yang sungguh indah, ada sawah, bukit, tali air dan kebun getah. memang kita yang dok di bandar dah susah nak jumpa. skrg ni kat kelantan ramai org cari tanah dlm kampung atau dekat sawah kalau nak buat rumah.

    ReplyDelete
  5. zam, at least zam ada juga kenangan bermain dlm bendang. kakchik ni dr kecik sampai ke tua ni takde pengalaman tu. rezeki bila kahwin dgn cik abe baru boleh enjoy pemandangan sawah padi.

    ReplyDelete
  6. shu, asal kampung mana? tak baik tau kalau tak bagitau. kalau waris, lagi rugi, hihihi.

    ReplyDelete
  7. Kak Chik Selamat Hari Raya..Taqaballuminna wa minkum..

    ReplyDelete
  8. MS Rizal, selamat hari raya kembali. Minna waminkum taqabbal ya kareem

    ReplyDelete
  9. salam kak chik,

    bestnya tgk gmbr kak chik dan che abe...mmg bestlah kan dpt beraya di kg nie...lagik2 dgn pemandangan yg indah..mcm gmbr2 yg kak chik amik nie..cantik sgt2 pemandangannya...penuh dgn pengertian..

    ReplyDelete
  10. wa'alaikummussalam yan.
    terima kasih... kami hanya berdua je yan kenalah sentiasa happy macam ni.
    beraya di kampung cik abe memang berbeza dari di kampung kakchik sebab suasananya. di berangan kampungnya masih lagi kedesaan tapi di pulau melaka, terasa macam di bandar w/pun tiada bangunan tinggi.
    kakchik dulu selalu impikan kehidupan di sekitar sawah padi tu.

    ReplyDelete
  11. kakchikkkkk. shu duk kg banggol pa'esah. depan masjid. umah dekat sawah. pagi pagi.
    suka sgt duk kg sbb boleh tanam mcm mcm. nanti raya lagi, dtg lah. hehe

    ReplyDelete
  12. shu, nak kena tanya cik abe nih. rasanya dia tau kot kat mana. insyaallah suatu hari nanti kakchik cuba ziarah.

    ReplyDelete
  13. nanti kakchik jengok blog shu. shu akan masuk gambo. hehhehe

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs