Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua.
Alhamdulillah... betapa kakchik bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah pun mengembalikan ketenangan yang kakchik harap-harapkan. Melalui perbincangan hati ke hati maka banyak kekusutan yang terlerai. Terasa bagaikan makin cerah sinar Mentari walaupun jauh di sudut hati kakchik tahu, akan datang lagi ujian-ujian lain selepas ini.
Kini barulah kakchik dapat menikmati dengan sebaiknya bacaan ayat-ayat al-Qur'an bila kakchik membacanya tidak seperti mana sebelum ini. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang... memang benar tapi bila fikiran berkecamuk, untuk memujuknya mengingati Allah memanglah satu perjuangan.
Kepada kalian, teman-teman tersayang, terima kasih banyak-banyak ya kerana sikap mengambil berat kalian terhadap kakchik, kata-kata nasihat dan sebagainya - semuanya amat-amat kakchik hargai. Kehadiran kalian dengan nasihat dan peransang sentiasa membuahkan senyuman di bibir ini. Terasa bertuahnya diri mempunyai teman-teman yang mendampingi walaupun bukan semuanya kakchik kenali di alam realiti. Terima kasih ya.
Bermula petang semalam, kakchik sudah mampu kembali tersenyum dengan mudah. Tidak lagi terasa pahit tapi senyuman yang datang dari hati untuk sesiapa sahaja yang bersesuaian. Lega rasanya.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
salam K Chik..Alhamdulillah K Chik dah OK.Saya doakan yang terbaik untuk K chik. sayang Ukhuwwah dan salam sayang dari wan...nanti raya jmput datang rumah yer..
ReplyDeletealhamdulillah... semua kekusutan sudah terlerai... kak e doakan semoga tiada lagi badai yang akan melanda... ceria-ceria sentiasa ya...
ReplyDeletehugs - kak e -
Alhamdulillah..
ReplyDeleteChik, maaf ye..lama benar kak tirana tak menjengah ke sini...Dah banyak tertinggal cerita.
ReplyDeleteApapun kak tirana gembira, sesuatu yang membebankan perasaan chik itu telah berlalu. Selalulah cari sesuatu yang positif di sebalik yang negatif. Memang payah terutamanya dalam keadaan yang amat tertekan tapi Allah menurunkan ujian tentu dengan bersebab..tentu ada hikmah disebaliknya so carilah hikmah itu.
Mudah-mudahan 10 hari terakhir ramadhan ini akan membawa ketenangan yang berterusan...
wkslm wan. terima kasih ya. insyaallah kakchik cuba berhari raya di rumah wan nanti. rumah wan warna apa ya? kakchik pernah ke situ tengok-tengok bulan lepas.
ReplyDeletekak e, terima kasih banyak kak.
ReplyDeletezureen, terima kasih juga.
ReplyDeletekak tirana, maaf diterima. tapi chik tahu akak sibuk dan peminat akak ramai, tentu letih dan banyak masa yang kak tirana perlukan untuk ziarah kami semua.
ReplyDeletechik cuba melihat yang positif kak dan bertindak selepas berfikir panjang tapi ada masa-masanya tekanan yang datang gagal dikawal.
insyaallah sekarang sudah tenang.