Followers

22.9.09

Aidil Fitri 1430 Hijrah


Assalamualaikum dan salam Syawal kepada semua teman-teman di mana saja kalian berada saat ini. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan sedang menikmati percutian masing-masing bersama keluarga tersayang sempena Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. Kakchik dan Cik Abe pun alhamdulillah tahun ni dapat beraya bersama keluarga di kedua-dua belah pihak pada hari pertama. Maklum saja kami berdua orang Kelantan, nak balik kampung mertua pun hanya lebih kurang satu jam saja.

Kakchik belum ada idea nak tulis panjang-panjang jadi kakchik hanya tayang gambar-gambar pada hari raya ajelah. Kakchik takde dalam gambar sebab kakchik yang jadi jurugambarnya, hehe. Jomlah tengok.


Hidangan di pagi raya kami makan bersama sebelum ke masjid untuk solat sunat Aidil Fitri.


Cik Abe bersama Ayahanda dan dua orang anak saudara kakchik, Nabil Izzudien dan Nabil Zaffry.



Ini pula ahli baru keluarga kakchik yang merayakan Aidil Fitri pertamanya tahun ni, Raja Iqbal Murshidi, dua bulan.


Abang sulong kakchik, En. Ismail posing bersama Adik sebelum berhari-raya di rumah Chena.


Kakak sulong kakchik, Dr. Aminah bersama Ameerah.


Adik kakchik, Dr. Azila yang baru habis pantang bersama 3 dari 4 orang anaknya. Tahun ni adik ipar kakchik, Mejar Amizan terpaksa berhari-raya di sempadan sebab bertugas.


Ayah melihat kami beramai-ramai menuju ke rumah Chena.


Ini pula abang kedua kakchik, Prof. Mohd. Nasir bersama Angah (isterinya).


Nampak tak anak-anak saudara bujang kakchik tu, semua dah besar panjang sekarang ni.


Candid! Along dan Achik tak sempat nak posing, hehe.


Ahhh... barulah posing betul-betul.


Kanak-kanak ikut Papa Long naik kereta ke rumah Chena, yang remaja jalan kaki je sebab bukannya jauh pun.

Itulah sedikit sebanyak kenangan hari raya di Pulau Melaka. Insyaallah lepas ni kakchik kongsikan kenangan di Berangan pula.

Wassalam.

4 comments:

  1. Pulau Melaka nieh kat mana ye Kak Chik? Hebat betul nama2 tpt yang Kak Chik sebut nieh...Berangan laa...Pulau Melaka la. Waaa...adik2 Kak Chik doktor ye:)

    ReplyDelete
  2. Sha, kampung kakchik ni di Kelantan. Ini kampung Tok Guru Menteri Besar kami. Hebat ke nama2 tu? Hehe, kakchik tak terasa macam tu pun.
    Sorang je adik yg jd doktor, yg lain2 tu kakak2. Senang sikit kalau sakit demam kan.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak chik, bessnye susana kg kak chik! sonok keluarge besar ni kn;) yg kg cik abe kak chik tu.. wahh, sawah padi... mmg bess dpt hirup udara pg segar cmtu kn...terign nk ke sana ni.

    di kesempatan ini, mar in menyusun 10 jari mohon mapun maaf ye kak chik. mane tau sepjg kte kenal mar ade buat salah silap ke. ampun maaf ye kak chik. moga perkenalan ini terus berkekalan hendaknye;)

    selamat hari raya kak chik!

    mar~

    ReplyDelete
  4. mar, syukur mar. semuanya Allah yang takdirkan. keluarga besar, nikmat persaudaraan dan ikatan kekeluargaan yang erat memang menyeronokkan terutama bila menyambut hari raya.
    kampung cik abe tu, kena masuk agak jauh ke dalam tapi memang suka balik ke sana.
    kakchik pun suka nak mohon maaf dr mar sb belum berjaya menjadi teman yang terbaik buat mar. semoga kita sama2 berusaha ya mar.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs