Followers

8.9.09

Surat untuk teman-teman

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Menemui teman-teman dan sahabat-sahabat yang disayangi dan dirindui, semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera setiap masa. Kakchik di sini, alhamdulillah... fizikalnya adalah baik tapi minta maaf kerana keadaan spiritual kakchik sekarang ni memang kurang baik. Emosi kakchik sangat tidak stabil sekarang ni. Walaupun begitu kakchik akan sentiasa berusaha untuk menjaga kesihatan diri dan menceriakan kehidupan orang-orang yang terdekat.

Teman-teman semua,

Mohon berbanyak kemaafan dari kalian semua kerana sejak akhir-akhir ini kakchik jarang mengemaskini KeluargakuSayang mahupun menziarahi blog teman-teman semua. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kakchik rindu untuk menulis seperti dulu tapi pelbagai peristiwa dan masalah yang melanda telah menjadi peluntur semangat dan kerajinan kakchik. Memandang papan 'dashboard' dengan pandangan kosong memang menyedihkan walau di kotak minda segala macam cerita dan perkara yang kakchik ingin kongsikan di sini. Namun jari-jemari ini tidak dapat bergerak untuk mencurahkan idea mahupun cerita. Kakchik jadi termenung panjang...

Kakchik ingat diri kakchik ini akan sentiasa kuat dan tabah luar dan dalam tapi hakikatnya kakchik semakin lemah, terutama sekarang ini. Terasa Ramadhan kali ini benar-benar menguji diri ini sehinggakan terlalu banyak masa kakchik secara tidak sengaja dihabiskan untuk membazirkan air mata. Di saat begini kakchik mengharapkan ada orang yang memahami tapi siapalah kita? Orang lain juga ada masalah sendiri yang bukannya boleh dikongsikan dengan kakchik. Boleh jadi kakchik juga adalah punca masalah. Lebih baik kakchik 'bercakap' saja dengan Allah kerana hanya Dia yang banyak membantu jiwa kakchik menjadi tenang. Manusia hanya boleh menambahkan masalah dan kesangsian.

Teman yang diingati,

Di saat ini kakchik terasa ingin sekali membawa diri jauh dari segala kerunsingan ini. Teramat letih dirasakan bila kita begitu berusaha untuk membahagiakan orang-orang di sekeliling kita, mengorbankan kepuasan diri sendiri, menelan keraguan dengan harapan di situ adanya kejujuran, berperang sendirian memikirkan survival diri untuk meneruskan pengajian, melaksanakan amanah kerjaya dan menguruskan perniagaan yang dihimpit pelbagai tekanan. Sahabat... semakin hari semakin kakchik rasa ingin berteriak meluahkan segala ketidakpuasan ini. Tapi... adakah maksudnya akan sampai? Akan difahami? Atau akan terus dipandang remeh, diambil mudah... 'take it for granted'? I'm really afraid than i'll explode soon.

Orang akan berkata, "Sabarlah kakchik... ini semua ujian Allah." Ya, kakchik tahu ini memang ujian dariNya. Orang lain pula berkata, "Masalah ini biasalah kakchik... terutama di bulan Ramadhan ni. Banyakkan bersabar ya, kami akan sentiasa doakan kakchik." Ya, terima kasih atas kata-kata peransang itu tapi sebenarnya teorinya memang mudah tapi realitinya amat payah.

Sahabat-sahabatku,

Maafkan kakchik kerana telah merosakkan keceriaan hari kalian jika kalian telah membaca surat kakchik ini. Maafkan kakchik. Teramat sukar sebenarnya untuk menulis semua ini tapi sepertimana yang kakchik pernah sebutkan sebelum ini, dengan menulis di sini, terasa lebih ringan masalah yang dipikul. Terserah kepada kalian untuk menilainya. Cuma... tolonglah doakan kakchik akan mendapat kembali ketenangan dan keceriaan kakchik yang kian hilang.

Di Ramadhan yang ke-18 ini, kakchik mendoakan agar Allah SWT akan sentiasa melimpahi RahmatNya dan meredhai kalian semua. Mohon maaf zahir dan batin.

Kakchik bukan manusia sempurna. Diam kakchik kerana hati disakiti, terasa kejujuran tidak dihargai. Ya Allah... kenapa sukarnya...

Wassalam.


Nota:

Buat kali pertamanya kakchik terasa cukup benci dengan telefon, SMS dan 'missed call'.

8 comments:

  1. salam kakchik....
    ummu harap kakchik bersabarlah dalam menempuh dugaan ini....
    ummu doakan semoga segala masalah kakchik akan terhapus menjelang hari raya ini. dan kakchik dapat menyambut hari mulia ini dengan ceria dan gembira....
    sabar ye kakchik.....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak chik, diharap kak chik berada dlm keadaan sihat walafiat hendaknya.

    mar minta maaf krn sudah agak lame mar menyepi tanpa jejak walaupun kdg2 mar ade juge melawat sini.

    apepn, mar harap kak chik truskn bersabar hadapi dugaan ini. pasti ade hikmah disebaliknye. kdg2 ape yg kite harapkan n rancangkan x semuanya terjd.

    maaf utk bercerita sikit, dulu mase mar teruk berperang dlm diri dulu mmg x henti2 dugaan dr Allah dtg, tp alhamdulillah makin hari mar kembali bersemgt utk truskn kehidupan. ubatnya hanyelah al-quaran. masetu terase diri sgt naif. nk bercerita pd kwn rapat pn sgt malu. malahan pd keluarga pn tidak terluah. mar harap kak chik trus tabah menempuh apepn pancaroba yg dtg. yg pasti ALLAH itu maha m'dgr lg maha mengetahui. semua penyakit pasti ada ubatnya. semua masalah pasti ada penyelesaiannya.

    *harap kak chik x perlula approve komen mar ni. sekadar sedikit nasihat dr mar yg x brp pandai ini aje.renungan kite bersama.time kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam sayang kak chik...

    nape ni? bawa bertenang ek...bertenang dan bertenang...semoga kak chik bahagia dan sejahtera selamanya.

    ReplyDelete
  4. Salam Kakchik.

    Kak tie memang dah lama tak berkunjung di sini. Kadang2 cuma jadi silent reader je.

    Kakchik tidak bersendirian dalam hal ini. Kak tie pun sama, sedang dilanda gelombang dugaan... Kak tie tidak tabah. Air mata ni memang tak pernah kering. Tapi nak buat macam mana. Kena telan yang pahit juga.

    Dugaan kak tie bukan setakat pedih untuk diterima, malah kemungkinan besar tanggungjawab pun bertambah. Kak tie gagal sebagai seorang ___
    Rasa kesal. Mujurlah suami kak tie ada menyokong. Namun hidup kami, jadi tawar sekarang...

    Kakchik, Kak tie selalu pujuk diri sendiri. Ada hikmah di sebalik ini. Tuhan amat sayangkan kita. Dan mungkin kita akan lebih bahagia di masa akan datang kerana ini. Maaf zahir batin ....

    P/s- Ada masanya, kak tie rasa macam hipokrit, pura2 ceria sedang hati menderita...

    ReplyDelete
  5. Salam K Chik..
    Terkejut baca surat K Chik. Minda beputar-putar cuba meneka masalah k chik...alangkah bagusnya kalau saya dapat tahu masalah K chik..apapun saya doakan k chik diberi jalan keluar oleh Allah secepat mungkin dan menjadi K chik yg ceria seperti dahulu..

    ReplyDelete
  6. salam kak chik..moga Allah berikan ketenangan buat kak chik...take care!!

    ReplyDelete
  7. salam kakchik..

    berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..maafkan iza sbb cuma mampu membaca rintihan hati kakchik..tak mampu nak tolong apa2..

    hanya doa mampu iza titipkan..
    semoga hidup kakchik kembali bercahaya seprti dulu..dan semoga Allah sntiasa meletakkan kakchik di bawah perlindungan-Nya..insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. salam kakchik...agk terlewat cikmin baca surat kakchik ni..mohon maaf ye kakchik...keadaan skg agk sukar jgk bagi cikmin nak jenguk kekawan..
    Cikmin doakan kan kakhik tabah dgn apa jua yg kakchik sdg atau telah alami ketika ini...semoga ALLAH SWT sentiasa bersama kakchik...amin..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs