Assalamualaikum dan salam Jumaat pertama di bulan Syawal ini. Apa khabar agaknya teman-teman semua hari ni? Kakchik doakan semuanya sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tersayang dan masih bergembira mengisi hari-hari terakhir percutian raya sebelum menyambung kembali kerja masing-masing.
Hari ni ialah hari pertama kakchik sepatutnya menghadiri tutorial di OUM untuk semester September tapi ehem, maafkan kakchik ya sebab memontengkan diri. Sebenarnya kakchik memilih untuk menghadiri REUNION EX-FARIS '91 di sekolah lama kakchik iaitu SMSTMFP di Pengkalan Chepa. Memang nak juga ke kelas tapi hati lebih kuat mahu ke REUNION kerana sudah 18 TAHUN kakchik tidak bertemu muka dengan kawan-kawan sekolah dulu.
Sepanjang pagi kakchik rasa macam nak senyum saja. Terimbau kembali kenangan-kenangan semasa di sekolah menengah dulu. Wajah-wajah teman-teman silih berganti terbayang di mata. Sambil membuat kerja rumah, dalam kepala kakchik ni membayangkan pelbagai persepsi yang bakal dialami bila bertemu buat kali pertamanya dengan mereka selepas 18 tahun. Apakah perubahannya? Masihkah mereka ingatkan kakchik? Bagaimana perkembangan diri, keluarga dan kerjaya masing-masing? Dan macam-macam lagi.
Kami janji majlis dimulakan jam 10 pagi. Kakchik di rumah mula menggosok pakaian cik abe dan abaya kakchik jam 9 pagi. Sambil menggosok, kakchik tersenyum-senyum sendiri memikirkan apakah yang akan terjadi di sekolah nanti? Siapakah yang dapat datang? Malam tadi Wan (Dr. Wan Hasmawati) dah telefon untuk 'confirm'kan sama ada kakchik akan hadir atau tidak. Aya (Cikgu Ruhaya) pun ada menghantar SMS juga dengan tujuan yang sama. Agaknya kawan-kawan kakchik ni mahu pastikan siapa yang bakal hadir. Isyk, tak sabarnya...
Beberapa minit sebelum pukul 10 pagi, kakchik dan cik abe bertolak ke SMSTMFP. Sepanjang perjalanan kami tak bercakap banyak lagipun kakchik asyik dok melayan kenangan sampai tersenyum-senyum dan ada ketikanya mengalirkan air mata. Bukan kalian tak tahu, bagi kakchik kenangan semasa di sekolah tersebut terlalu banyak yang indah. Di situlah kakchik mula belajar menjadi insan seperti diri kakchik hari ini. Di situlah kakchik membina ukhuwah dan rasanya sehingga ke hari ini kakchik masih amat menghargai persahabatan yang kakchik bina dengan kawan-kawan di sekolah itu. Ah... terlalu amat manis kenangannya. Sudah tidak mungkin berulang lagi tapi masih boleh dikenang-kenang sebagai penguat semangat di kala 'down'.
Hari ini kakchik sungguh gembira dapat berjumpa kawan-kawan lama, bertemu muka. Walau ada yang kakchik sudah bertemu kembali di blog atau di facebook tapi amat berbeza kali ini kerana dapat melihat diri masing-masing secara 'live'.
Paling gembira dapat jumpa kawan-kawan perempuan Syikin (Wan Norasyikin, ex-5 Delta), Hasni (Hasnizaini, ex-5 Gamma), Nora (Tg. Amarianora, ex-5 Gamma), Sue (Suwaibah, ex-5 Gamma), Aya (Ruhaya, ex-5 Beta), Jack (Norzaiti Akhtar, ex-5 Gamma), Wan (Wan Hasmawati, ex-5 Alpha), Minie (Marini, ex-5 Beta), Tan (Tan Yok Mui, ex-5 Alpha) dan Zue (Baizura, ex-5 Gamma). Kawan-kawan lelaki pula seperti Zul @ Kopi, Noridzwan @ Tok Ngulu, Shukri, Abon, Shahrum, Mat Bu, Bob, Adnan, Fadzli, Salam, Rasdi, Mazlan, Ibrahim, Dolah, Kogi, Zailani, Faizol dan yang lain-lain yang kakchik tak ingat nak cam betul-betul. Dah ramai melalui banyak perubahan, hehe terutama fizikalnya. Nanti bila kakchik 'upload' gambarnya barulah cam kot.
Majlis pun sempoi sahaja, jumpa, bertemu mesra, makan-makan, ucapan ringkas (kakchik pun ada buat ucapan sikit tapi merapu je), kami pun bertuah kerana ada wakil-wakil guru yang hadir. Teruja sungguh dapat jumpa bekas guru-guru kami. Terima kasih kepada Cikgu Rodziah, Cikgu Wan Faezah, Cikgu (Mama) Chan dan juga Cikgu Sarifuddin yang sudi datang bertemu kami bekas anak murid mereka. Riuh-rendah dewan besar dibuatnya. Memang seronok sungguh. Dalam dok seronok-seronok tu kakchik risau juga takut-takut cik abe tak dapat 'get along' dengan kawan-kawan kakchik. Bila kakchik tinjau-tinjau, nampaknya 'line clear', alhamdulillah.
Lepas makan yang lelaki dah sibuk nak solat Jumaat jadi tinggallah golongan perempuan di dewan. Sambil menunggu tu kami jalan-jalan pusing sekolah melihat kesan-kesan peninggalan kami. Nanti boleh tengok dalam gambar ya. Kemudian seorang demi seorang mohon mengundur diri kerana ada urusan lain. Akhirnya kakchik dan cik abe menjadi orang terakhir meninggalkan dewan sekolah sebab cik abe bersolat Jumaat di masjid sekolah. Mungkin dia pun meninjau-ninjau suasana sekolah.
Kami meninggalkan bumi Sek. Men. Sains Tg. Muhammad Faris Petra dengan seribu kenangan baru. Kenangan yang baru kami cipta bersama teman-teman yang jauh dan dekat, memaut kembali ikatan persahabatan yang 18 tahun lalu kami ikat. Semoga persahabatan baru yang turut terbina hari ini terutama dengan isteri-isteri kawan-kawan lelaki akan menambah luas lagi ukhuwah Islamiah. Oh, diri ini terasa bahagia.
Terima kasih Allah kerana mengizinkan aku pergi ke program itu.
GAMBAR-GAMBAR AKAN KAKCHIK 'UPLOAD' KEMUDIAN.
oooo...kakchik sekolah kat pengkalan chepa ke? ibu dan ayah sha bertemu kat situ. dua2 blaja kat maktab perguruan kat sana. bila baca cerita kak chik nieh teringat plak bila ayah ibu jumpa kawan2...riuh:)
ReplyDeletekakchik, tentu sronok kan bertemu ngan kawan lama, sy pun bru jumpa kwn lama pd raya ke4 baru ni..best sesangat..
ReplyDeletesha, ha'ah, sek kat p.chepa, berhadapan dgn maktab perguruan tu. skrg ni maktab dah dipanggil institut perguruan kb. memang riuh kalau jumpa kwn2 lama, maklum mcm2 cerita yg nak kongsi, hehe
ReplyDeletehasnah, memang seronok, tambah-tambah mereka semua tu amat rapat dengan kakchik dulu
ReplyDeletesalam kak chik
ReplyDeletewah mesti sonok sgt kan...best2...
wkslm yan. alhamdulillah... seronok sangat. kalau ikutkan hati, nak je buat tiap-tiap tahun
ReplyDelete