Followers

2.9.09

Hari Jumaat Lepas di Kota Bharu

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua. Hari ni kakchik rasa macam nak cerita sikit pasal suasana Ramadhan di KB ni sebab sepanjang 12 hari berpuasa ni belum pernah lagi kot kakchik ceritakan pasal ni. Takdelah menarik sangat pun ceritanya tapi tak kisahlah kan sebab ini je yang kakchik terfikir untuk kemaskini hari ni.

Jumaat lepas kakchik rancang nak ke kuliah jumaat di Dataran Ilmu, KB tapi Cik Abe guna kereta ke tempat dia imamkan solat Subuh dan pulang lambat kerana dia jumpa kawan dia lepas tu. Terpaksalah batalkan hajat. Ummi pulak dok ajak ke pasar untuk beli barang-barang dapur yang sudah hampir habis stok. Kereta Ayah dan adik ipar ada tapi kakchik seganlah nak pinjam. Tapi kesian pula kat Ummi, jadi adik kakchik si La tu kata takpelah, pakai aje kereta suaminya tu sebab nanti kena keluar juga untuk membeli barang dapur. Lepas minta izin Cik Abe, kakchik pun bersiaplah nak bawa Ummi ke pasar.

Wahhh... inilah kali pertama boleh pandu TOYOTA WISH ( betul ke idak ejaannya?). Moden sikit dari kereta kakchik tapi oklah, masih boleh pandunya. Hehe, kakchik ni kalau kereta besar yang paling risau ialah kaki tak sampai nak tekan pedal minyak atau brek. Alhamdulillah, sampai je, heheh. Lagipun kereta tu auto, senanglah kan. Kalau manual, mungkin susah sikit la.

Bila dah ready, Ummi pulak kata nak ke KB dekat kuliah jumaat sebab hari ni barangan lebih murah kat situ dan banyak sayur kampung. Ummi nak cari telekung sembahyang untuk dia dan kakak. Kami pun, apa lagi pusing aje je KB, bolehlah merasa perubahan laluan di sekitar bandar yang dah banyak menjadi sehala. Kakchik dah agak tentu sesak teruk kat tempat yang kami nak tuju tu.

MEMANG BETUL PUN.


Kakchik tak tahu pun sekarang ni ada gerai-gerai di sebelah kanan tu. Sebelum ni tak pernah pula ada gerai seperti tu semasa Ramadhan atau bulan-bulan biasa. Agaknya MPKB-BRI membuka peluang perniagaan baru untuk peniaga-peniaga kecil kali ni. Tapi kan... kalau hari Jumaat-Sabtu, bak kata laluan hanya akan muat sebuah kereta ajelah walaupun asalnya untuk 2 lorong. Jem teruk di kawasan ni di pagi Jumaat lepas. Susah nak dapat parking sebab lebih dari separuh ruang parking dah jadi gerai.


Beginilah sesaknya jalan di sebelah Bazar MPKB di Jumaat selepas kuliah jumaat di Dataran Ilmu, Jalan Dato' Pati. Kami duduk dalam kereta ni hampir satu jam mencari parking. Kiri-kanan jalan pula penuh dengan gerai-gerai menjual barangan. Di bulan Ramadhan ni serata tempat di KB ni tumbuh pelbagai gerai kecil. Naik lenguh kaki menekan brek.


Masa kami sampai kat sini, sebenarnya dah hampir jam 11 pagi dan kuliah pun selesai hampir setengah jam yang lalu. Kalau awal sikit tentu penuh sesak dengan orang membeli-belah. Lagipun masa kami banyak dihabiskan dalam kereta kerana jalan yang jem teruk, susahnya kakchik nak cari parking. Hampir sejam kereta hanya bergerak perlahan, kesian Nana, dia dah mula letih dan lapar. Macam-macam video kakchik pasang bagi dia tengok tapi budak kecil ni bila dia bosan, bukannya dia boleh tahan lama... mulalah nak buat perangai.


Ummi dan Nana di gerai menjual telekang sembahyang. Sebenarnya Ummi sedang tolong carikan telekung sembahyang untuk kakak. Lepas melihat-lihat di beberapa gerai, Ummi beli dua pasang dengan harga RM40 sepasang. Mestilah tawar-menawarkan. Kakak hanya nak yang bunga kecil-kecil tapi kain yang berkualiti. Alhamdulillah jumpa juga.


Selalunya kakchik akan ronda-ronda di bahagian depan Bangunan PAS tapi kali ini kakchik bawa Ummi dengan Nana di jalan belakang pula iaitu bersebelahan dengan Bazar MPKB kerana laluan sehala dan Jalan Dato' Pati masih ditutup kerana kuliah jumaat Tok Guru. Bahagian belakang ni kebanyakannya gerai pakaian dan kelengkapan ibadah. Kalau di depan (Jalan Dato' Pati) kebanyakannya peniaga kecil menjual makanan dan sayur-sayuran dari kampung.


Nana mencuba jubah kanak-kanak warna ungu. Dia memang nak sangat pakai jubah macam kakchik tapi sayangnya yang tu labuh walaupun bahagian bahu dan badan ok. Lagipun itu untuk budak umur 7 tahun dan Nana baru 4 tahun. Tak jadi beli... kesian Nana. Satu lagi sebab kakchik tak jadi beli ialah kerana HARGAnya mashaAllah... sama mahal dengan abaya kakchik, RM85.90! Mungkin kakchik kena beli kain dan tempah ajelah jubah untuk Nana ni. Baju kat tepi tu saje je ambik gambarnya sebab nampak cantik.

Itu ajelah sedikit cerita kakchik di hari Jumaat lepas. Nanti kakchik cerita pasal lain pula. Wassalam.

5 comments:

  1. Bila baju yg teringin nak dibeli mahal sgt,zureen pun kadang2 sayang nak membayar..he3(buat sendirilah maknanya. )

    ReplyDelete
  2. sdap nyer g jln bazar ramadhan keh,mcm2 ado..he3

    ReplyDelete
  3. salam kakchik
    memang betul KB menjadi KL pada 1 minggu yg lepas. Almaklumlah cuti sekolah. Ted juga tersekat di KB hampir 1 jam. Kakchik bawa auto, Ted bawa manual...huhu rasa mcm nak cari tukang urut Siam upah ngurut kaki..Tapi Alhamdulillah, skrg dah kembali normal.Jadinya kalu nak membeli keperluan raya, baik beli skrg sblm warga Kelate pulang semula utk raya

    ReplyDelete
  4. wah, syahdu lak tgk pic KB. Sedih bila dok jauh dr kg..

    ReplyDelete
  5. Salam Kak,

    Wah, dah shopping raya. Nampak meriahnya suasana Ramadhan di Kelantan. Saya tak berpeluang sampai sana lagi...InsyaAllah ada rezeki sampailah kat sana.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs