Assalamualaikum semua.
Dah selesai solat Maghrib kan? Hehe, saja je ni kakchik nak kemaskini sikit sebelum sambung mengaji dan tunggu Isyak. Nanti kan kita semua nak berterawikh pula jadi takut mengantuk bila tamat nanti, baiklah kakchik kemaskini sekarang.
Haaa... itulah dia menu ringkas berbuka hari ni.
Ada PULUT SERAWA, AIR KELAPA dan NASI KERABU KUNING dimakan bersama TELUR MASAK PEDAS. Selalunya kakchik makan nasi selepas terawikh tapi hari ni memang terasa terliur sangat dengan nasi kerabu tu jadi kakchik berbuka terus dengan makan nasi. Sikit je nasinya tak sampai sesenduk pun sebab bila dicampur ulam dan bahan-bahan lain, nasi akan jadi banyak. Sikit saja tau, kalau tidak nanti tak larat nak terawikh.
Ok, sampai di sini dulu. Wassalam.
hmm...sha blaja vocab baru dr kak chik lagi. serawa...hmmm...tak pernah dengar. kak chik jd cikgu sha la ye?
ReplyDeletesha ingat nasi kerabu warna biru je. Ada warna kuning jugak. kak chik buat ke ni?
sha, perkataan serawa tu kakchik pun tak tahu mana datangnya tapi memang nama makanan tu pulut serawa. kakchik belum layak jadi cikgu la sha :)
ReplyDeletenasi kerabu ni ada banyak versi kat Kelantan ni. Ada biru, kuning dan putih. Yang tu Ummi yang buat sebab dia bersiap awal hidangan tu masa kakchik di pejabat lagi. Selalunya kakchik jadi pembantu tkg masak je.
Salam Kak Chik
ReplyDeleteWah~ Tak sabar rasanya nak balik Kelantan Rabu ni
Mengidam air kelapa nih~
Wkslm zam. Sabarlah ya. Seronok sakan la tu nak beraya kat sini. Kalau ada masa tu singgahlah di rumah kakchik di Pulau Melaka.
ReplyDelete