Assalamualaikum dan selamat berehat kepada semua teman-teman dan tetamu blog Keluargaku Sayang. Syukur alhamdulillah kerana kita masih lagi dapat menghirup udara di bumi Allah ini dan menikmati nikmat Islam dan Iman. Kita bertuah sebenarnya.
Kita bertuah, dan kakchik memang rasa amat bertuah kerana diizinkan Allah menjadi ummatNya yang merasai pengalaman hidup di bumi Kelantan. Negeri ini yang sering dianak-tirikan Kerajaan Pusat kerana berbeza parti dan dasar pemerintahan tetap berjaya membangun bersama Islam. Hampir 20 tahun, Kelantan terutamanya Kota Bharu telah membangun sedikit demi sedikit sesuai dengan perkembangan mentaliti masyarakatnya menerima pakai dasar-dasar Islam. Bukan takde cabaran dan masalah tapi hakikatnya Kota Bharu amat berkembang kini, lain dari yang lain. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmati negeri ini dan semoga hati-hati rakyatnya sentiasa dekat dengan Allah SWT.
Kelantan Trade Center (KTC) kini telah pun dibuka kepada orang ramai. Di sini ada dewan/auditorium canggih, Hotel Chantique, pusat perniagaan dan kondominium. Kedudukannya bersebelahan Hospital Pakar Perdana dan Stadium Negeri hanya mengambil masa 15 min untuk sampai ke pusat bandar jika berjalan kaki. Kakchik pun sudah menyertai seminar di dalam dewan besarnya sebulan yang lepas. Kalau ada yang ingin menginap di Hotel Chantique apabila bercuti ke KB bolehlah hubungi 09-7471222.
Di tengah-tengah pusat bandar kini tersergam bangunan besar ini, Kota Bharu Trade Center (KBTC) yang menempatkan Parkson dan Giant. Gambar kat atas tu kakchik ambil dalam bulan 7 dan sudah siap sepenuhnya dalam bulan 8. Dah beroperasi pun dalam bulan Ramadhan hinggakan sesak sungguh di KB. Jalan-jalan sekitar bangunan ini semuanya menjadi 4 lorong dan banyak yang sehala saja. Kakchik belum ada urusan untuk masuk ke sini. Bukan takde yang menggoda tapi kakchik malas nak meredah kesesakan kenderaan kerana ia betul-betul di pusat bandar, sebelah stesyen bas utama pulak tu.
Dari apa yang kakchik tahu, proposal dari syarikat-syarikat besar untuk membuka pasaraya/hypermarket memang banyak tapi Kerajaan Negeri membuat tapisan dan menghadkan jumlahnya kerana ingin memberi peluang kepada peniaga kecil mengemaskini bisnes mereka agar dapat terus hidup bila bandar semakin dimajukan seperti sekarang ni.
Gembira sebenarnya melihat perkembangan materialistik ni tapi bimbang juga kerana ia datang seiring dengan pelbagai ujian kepada setiap jiwa yang ada terutama jiwa remaja. Pembangunan material jika tidak diseimbangkan dengan pembangunan rohani bakal membawa lebih banyak masalah sosial dan semakin kuat kita mahu menjayakan dasar-dasar Islam, semakin kuat kita 'berperang' dengan gejala sosial. Syaitan dan nafsu semakin kuat juga menggoda jiwa-jiwa ini. Na'uzubillah. Semoga Allah lindungi dan berkati negeri ini.
Itu di KB belum lagi kakchik cerita di Kubang Kerian. Datang dan lihatlah sendiri.

salam kakchik...wow..pesat sungguh kan...ishhh...x sabar2 nak ke KB...pjg umo tahun depan la kot kakchik..bila dah selesai sume urusan...
ReplyDeletetak pernah gi kelantan. hanya dengar cerita dr ayah dan ibu yang pernah dok sana. ntah bilalah sha ada rezki agaknye. teringin nak makan nasi kerabu ori!:)
ReplyDeleteKakchik,last sy gi KB sebelum puasa aritu. Tgk jalan dlm town dah tuko jad sehala, ramai yg konpius. Sy pun konpius kejap hehe. Mmg KB tgh pesat membangun. Bangunan yg tgh bina kat sebelah "kedai makan cikgu" tu, bangunan apa plak? Parkson ke?
ReplyDeleteHotel Chanteque? Nti nak try la menginap kat situ, slalu terjah kat Raudah jek, mudah :)
Sayo here kalu oghe kato bila pas memerintah ni kelate takdok gapo2 hok berubah, tok maju ..bla..bla..dorang tgk dgn mato ko dgn gapo??? (emos plok..he..he..)
ReplyDeletewkslm cikmin. pembangunan mmg pesat tapi kakchik risau la juga, takut byk pula maksiatnya. ok, nanti bila segala urusan cikmin terutama pasal ckjunior selesai, rancanglah dgn famili dtg bercuti kat sini.
ReplyDeletesha, kalau belum pernah, kenalah dtg walau sekali. jemputlah ya, kakchik boleh tunjuk2 arah. nasi kerabu ORI kat rumah kakchik pun boleh, hehe.
ReplyDeleteintan, ha'ah MPKB dah mula laksanakan laluan sehala sejak 11 Ogos lagi. kakchik pun sama konfius masa mula-mula masuk bandar selepas tu tapi skrg dah tau trick dan short cut kat mana. bangunan parkson la tu intan. kalau nak kira mmg raudah sgt relevan sb di tgh bandar, kos pun murahlah dr chantique tu. kalau nak tukar angin, bolehlah cuba.
ReplyDeletenik ha, sabar ha, sabar... hehe kakchik pun kade2 emo jugok pasal ni. tapi skrg ni doh ado kamera canggih, internet, kito ambik jah gambar sbg bukti. biar gambarlah ghoyak ceghito.
ReplyDeletetergoda tgk gambar gambar tu.
ReplyDeletebelum kesempatan singgah situ. duk pikir bila nk p.
hehe.
betul tu k.cik...
ReplyDeletesbg ank klate kita risau gak takut erlakunya pembangunan yg tk seimbang.
"Gembira sebenarnya melihat perkembangan materialistik ni tapi bimbang juga kerana ia datang seiring dengan pelbagai ujian kepada setiap jiwa yang ada terutama jiwa remaja. Pembangunan material jika tidak diseimbangkan dengan pembangunan rohani bakal membawa lebih banyak masalah sosial dan semakin kuat kita mahu menjayakan dasar-dasar Islam, semakin kuat kita 'berperang' dengan gejala sosial. Syaitan dan nafsu semakin kuat juga menggoda jiwa-jiwa ini. Na'uzubillah. Semoga Allah lindungi dan berkati negeri ini"
ReplyDeletekak chik,benda nie lagi yang kita duk risaukan.saya pikir,tak penting sangat pembangunan "bangunan" nie.yang penting akal dan rohani rakyat kelantan.kalau dapat balance oklah.kalau nak ikutkan membangun,kena ada bnyak bangunan,tak guna juga jika kita terbelenggu jauh dari rahmat Tuhan.Negara barat,yg mostly non muslem maju juga,tetapi hakikatnya jiwa mereka tak bahagia.Bukan saya menolak kemajuan bangunan,tapi bila melihatkan kita sekarang bukan berada di bumi asing.Dunia terbuka,fitnah dan cabaran lagi banyak dari kebaikan.Dan usaha kerajaan kelantan memang patut dipuji dalam mengajak kepada yang makruf .
org kelate nih semangat berniaga,tapi kebersihan tu mungkin tak dititikberatkan sgt.apapun syabas kerajaan kelantan.moga Allah memelihara orang Kelantan dan seluruh rakyat negeri lain juga dan umat islam sedunia.
p/s:kubang kerian dah ada KK Square :p
shu - samalah kita. kakchik pun belum masuk parkson lagi. takdok duit dan takdok urusan nak gi.
ReplyDeleteBiarlah rahsia - nampaknya kita kenalah sama-sama mendoakan kesejahteraan negeri kita ni. nak tolong jaga dari segi lain tak mampu.
ReplyDeleteSalam Kak Chik
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok Zam tengok bandar KB sekarang ni, terutamanya jalan2 di sekitar KBTC-Nampak lain sangat, pulang beraya baru2 ni memberi pengalaman baru untuk Zam- it's look like a new KB is born!
Tp dlm ms yg sama Zam sependapat dgn kak Chik, yelah risau gak dgn segala pembangunan ni, akan dtglah juga mslh2 lain, terutamanya mslh sosial
Harap negeri Kelantan sentiasa dilindungi & dirahmati oleh Allah s.W.T. Pengalaman mengajar di tempat org betul2 buatkan Zam berharap Kelantan tak berubah menjadi spt di sini
erin smpat gak shopping kat kbtc ari raya ri2...
ReplyDelete