Followers

8.9.09

Terima kasih daun keladi, pada yang kasih, pada yang sudi

Assalamualaikum kembali.

Teman-teman tersayang yang telah meninggalkan komen di entri sebelum ini, kakchik ingin ucapakan:

Terima kasih daun keladi, pada yang kasih, pada yang sudi.
Walaupun kalian mungkin meneka-neka apa yang sedang berlaku, namun kakchik hanya mampu beritahu setakat itu. Membaca komen kalian semua, sedikit sebanyak turut meredakan beban perasaan yang ditanggung. Tambahan pula segalanya sudah pun kakchik luahkan. Tiada lain tujuannya adalah untuk menguraikan simpulan-simpulan masalah agar akhirnya kakchik nampak kesudahan yang baik, bukan untuk kakchik seorang bahkan lebih-lebih lagi untuk orang-orang tersayang.

Kakchik harap kalian maafkan kakchik kerana tidak akan membalas satu-persatu komen kalian sebelum ini kerana ini entri khusus untuk jawapan kakchik. Semuanya telah kakchik 'approve' dan semuanya kakchik baca dengan hati terbuka terutama di atas perkongsian pengalaman yang kalian telah lalui.

Harapan kakchik selepas ini hidup ini akan kembali ceria dan kebahagiaan adalah milik kita. Konflik dan ujian memang adat kehidupan, cuma diri kakchik ini yang sering lemah menghadapinya. Kata orang yang perempuan ni emosinya kuat, mungkin benar.

Terima kasih sekali lagi untuk kalian semua.

Wassalam.

10 comments:

  1. Salam kakchuik, walaupun tak pasti apa yg berlaku tp hrp kakchik sentiasa tabah hadapi dugaan. Jgn mudah kalah.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kakchik.

    shu mintak maaf sbb baru menjenguk blog kakchik. dek kerna b/band yg menguji kesabaran. mintak maaf kakchik. hingga shu terlepas pandang kakchik dalam keadaan agak gundah.

    mohon maaf sekali lagi.

    mmg bersahabat kita perlu sering menasihati. apapun doa shu agar apa kakchik impikan tercapai.

    byk cerita utk shu sampaikan buat kakchik. ada duka dan ada manis.
    mesti bila shu cerita. kakchik akan tersenyum.

    miss u my sis

    ReplyDelete
  3. nampak sedikit ceria entry kakchik yg ni. nanti ummu tulis yg lawak lawak ye. supaya biler kakchik baca, kakchik gembira. ok.

    ReplyDelete
  4. Zureen doakan agar Kak Chik dapat ketenangan hati dan impian yg diingini tercapai....

    ReplyDelete
  5. salam kak chik..semuga apa yang kak chik luahkan dapat meredakan gundah gunala yang tersemat di hati kak chik..biasalah hidup ni..mana tak ada cubaan...

    ReplyDelete
  6. Salam kakchik... adat kehidupan ada suka ada duka... banyakkan bersabar :)

    ReplyDelete
  7. salam kakchik, sy dh follow tu n nnti kak chik follow gak ye...

    Byklh brsabar kakchik..kita org pompuan mmg gitulh. bnyk brkorban utk org trsyg w.pn kekdg xmmpu kita tanggung. dan kekdg hnya airmata jd teman setia kita.

    Moga kakchik tabah n kalu perlu crlh seseorg yg memahami utk luahkn mslah.....

    ReplyDelete
  8. Dr pagi tadi saya buka page k chik ni, setelah hampir 24 jam baru saya berpeluang baca entri k chik. Kebelangan ni saya uruskan anak4 sendirian, suami gi konferens, tu yg sibuk sket.Bg saya, perkara biasa kalau tiba2 jarang update blog. Mood berblogging pun boleh jadi turun naik. Tp, rupa2nya dlm kes k kchik ni, ada 'rasa' yg bersarang di hati. Moga k chik diberikan kekuatan utk menghadapi apa yg terpaksa k chik hadapi. Saya yakin k chik seorg yg tabah!

    ReplyDelete
  9. Terima kasih untuk INTAN RH, shu, ummuhanis, zureen, kak ina kl, kak e, dan kin. Semoga harapan kalian dimakbulkan Allah. Kakchik amat hargai.

    Che Noorazma, salam kenalan kembali.

    nza, wkslm. insyaallah kakchik follow. terima kasih ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails