Assalamualaikum dan selamat membuat persiapan untuk berbuka kepada sesiapa yang berkunjung ke sini petang ini.
Kali ni kakchik hanya nak tulis ringkas-ringkas saja sebab waktu ni keluarga dah sibuk di dapur. Maklum saja kami ni keluarga besar, mesti tolong-menolong kan.
Jadi kita tengok apa yang kakchik buat hari ni.
angan-angan nak pasang yang ni kat ruang tamu
Sepanjang pagi kakchik mengemas di bilik, kemudian menghadap internet mencuba untuk masuk yahoomail tapi gagal. Entah berapa ratus email yang ada, tapi sejak awal minggu lagi kakchik tak dapat masuk. Ada dua kali berjaya masuk tapi yang boleh dilihat hanyalah header dan sidebar sahaja. Naik malas nak mencuba dah.
yang ni cantiknya kalau pasang kat dapur atau bilik air, ceria je..
Dalam pukul 10 pagi, kakchik ke KB Ceramics bersama Ayah untuk membeli mozaik lantai rumah baru. Wah... rambang mata dibuatnya. Asalnya kakchik rancang nak beli warna coklat muda atau pun ungu muda dengan ada corak sikit-sikit tapi hampir 2 jam kat situ, setiap pilihan yang kami nak, tak cukup stok.
tak tersusun langsung mozaik-mozaik dalam kedai ni
Akhirnya kami beli yang saiz 1 kaki berwarna peach untuk seluruh lantai di tingkat bawah. Tingkat atas tu kena beli lepas rayalah. Lagipun orang yang nak memasangnya mungkin akan datang esok dan dia hanya nak pasang di tingkat bawah saja.
Kat dalam kedai tu memang bertimbun sampel mozaik, kakchik terfikir bagaimanalah mereka nak mencari satu-satu jenis mozaik mengikut kod kalau benda tu berat dan bertindan-tindan. Tapi hairannya, sebut aje kod pekerjanya dah tahu nak cari di mana atau mozaik yang itu ada dalam stok atau tidak, canggih! Pengalaman dan kemahiran...
kakchik beli salah satu yang kat atas tu
Selepas beli mozaik kami terus balik tapi kerana jalan terlalu sesak dari Wakaf Siku nak balik ke Pulau Melaka, perjalanan yang biasanya 30 min menjadi 1 jam. Rasa nak tertidur je dalam kereta. Ayah memang lentuk terus sampai ke rumah, hehe.
Sampai di rumah, lori menghantar mozaik dah selesai mengangkat kotak-kotak mozaik ke tempat simpanan. Cepat dia dari kami padahal kami bertolak dulu.
pandangan dekat, sedap kan
Lepas asar ni, ke dapur membantu mana yang patut. Hari ni Ummi masak Butir Nangka, Agar-Agar Sirap Telur (buat dalam mangkuk kecil) dan Sup Ayam. Cukuplah untuk memenuhi tuntutan berbuka nanti. Kakchik tukang makan je tau.
biskut yang kakak tempah dengan sepupu
Oh, terlupa. Pagi tadi sepupu kakchik datang ke rumah menghantar biskut-biskut raya yang ditempah oleh kakak kakchik. Tak tahu pulak dia menempah banyak biskut. Maknanya raya kali ni banyak jugalah biskut kat rumah ni. Buat masa ni takde satu pun yang kakchik terliur.
Ok, kita tengok pula apa menu untuk berbuka petang semalam.
Hidangan semalam ialah Pengat Pisang Nangka dan Mee Goreng Basah. Makan dua hidangan tu pun dah cukup mengenyangkan. Ikan Percik kami simpan buat bersahur. Ringkas kan.

hujung-hujung puasa ni tak kisah sangat dah bab menu untuk berbuka. belasah je apa yang ada.
ReplyDeleteKakchik dah siap tmph mozek, best nyer..saya baru nak pi cari..nampak gayanya rumah kakchik siap dulu la..
ReplyDeletemurah ke kat KB Mosaic tu?
one z - main belasah je? senanglah kalau macam tu. baguslah, taklah susah orang rumah cari idea nak masak.
ReplyDeletehasnah - bukan tempah tapi dah beli dah, hehe. tak tahulah sempat siap tahun ni ke tak. maklumlah, ada duit projek jalan, takde, projek tangguh dulu.
ReplyDeletekat sini kalau yang sekaki tu paling murah RM1.50 jenis gred 2. kami beli yang mahal sikit je RM1.80 punya jenis gred 1. ada juga RM2, RM2.20, RM2.40 hinggalah RM4.50 sekeping. kena tengok poket dan kualiti juga.
kakchik,
ReplyDeletehati2 dengan yahoomail.arituh ade org tukar sha punya data...masuk banyak sangat spam sampai susah nak delete:(
SALAM, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..
ReplyDeleteJemput ke blog ambil kad raya ya.. (kad raya kat sini)
Minta maaf kalau ada perkataan yang saya tulis menyinggung perasaan anda di blog..
Ikhlas :
Luth Textile, Penang