Hari Sabtu lepas kakchik ke pasar ramadhan dekat Stadium Sultan Muhammad IV di KB. Hajat di hati nak mencari Zan's Pizza tapi kerana cuaca buruk, hujan lebat, kakchik tak jumpa. Tersilap khemah. Sepatutnya kakchik ke bahagian sebelah depan stadium. Lain kalilah kalau sempat. Jadi, kakchik beli je 2 bungkus air kelapa dan juga 3 set ROTI MAT SALAI, 2 daging dan satu ayam. Kebetulan parking dekat dengan gerai Mat Salai, rezeki depa.
Kali pertama mencuba makanan segera hasil tangan anak tempatan. Lebih kurang macam burger je rasanya cuma lebih sos lada hitam.
Dagingnya lembut dan rasa macam ayam panggang (kakchik makan yang isi ayam) tapi takdelah mengancam sangat sedapnya. Kira bolehlah tukar-tukar dengan burger sekali-sekala.
Mungkin sesiapa yang minat nak bisnes makanan segera boleh cuba bisnes Mat Salai ni. Lebih kurang cara 1901 je pilihannya cuma tidaklah begitu banyak lagi.
Selamat berbuka!
salam kakchik...kt bazar ramadhan di bantong pun ada ni org jual mat salai ni..x pernah la cuba..bila dah tgk gambar kt sini..mcm terleleh jek air liur CKjunior..hiks...
ReplyDeletewkslm cikmin.
ReplyDeleterupanya kat sana pun ada mat salai ni. kira dah seluruh negaralah bisnes dia.
hehe, CKjunior yg meleleh atau mak dia yang meleleh? hihihi.