Followers

10.9.09

Tulis saja apa yang terfikir ketika ini

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.

SEMESTER BARU

Hari ni kakchik cuti hujung minggu tapi dah berderet tugasan yang perlu dilakukan untuk diri sendiri, keluarga dan kedai. Lagipun hari ni hari terakhir sebelum semester baru bermula esok. Nampaknya cuti belajar kakchik dah sampai hujung dah ni. Esok nak ke OUM untuk mendaftar dan mengambil modul-modul baru. Keputusan peperiksaan semester Mei belum pun keluar dan kakchik ternanti-nanti juga ni sebab 'exam' lepas menggunakan format baru, risau juga bagaimana keputusannya. Selalunya sebelum masuk semester baru, keputusan dah dapat tapi kali ni lambat sungguh.

TELEFON

Sejak telefon rosak, kakchik terputus hubungan dengan ramai orang terutama dengan mereka yang penting. Bila dah elok telefon tu, punyalah beratus mesej dan 'missed call' yang ada. Semalam kakchik dan membalas sebahagian mesej dan menelefon mana yang patut. Insyaallah hari ni kakchik akan cuba balas sebanyak mungkin yang bakinya. Entah apa tanggapan orang terhadap diri ni bila tidak membalas mesej atau menjawab telefon. Biarkanlah, nanti kakchik akan beri penjelasan yang sepatutnya.

10 TERAKHIR

Bermula hari ni, hanya tinggal 10 hari saja lagi peluang kita berpuasa dan meningkatkan amal ibadat sebanyak yang mampu. Kakchik memang kalahlah dengan Cik Abe, dia dah nak khatam Qur'an dan ada masa membaca terjemahannya. Kakchik masih berbaki hampir 10 juz lagi sebab mula pun lewat hari tu sebab 'lampu merah' seminggu di awal Ramadhan. Tapi memang kakchik tak terkejarlah suami kakchik tu. Rasa malu pada kawan-kawan yang dah jauh mendalami al-Qur'an terutama sepanjang Ramadhan ni. Ada pula yang ajak kakchik berlumba meningkatkan bacaan sempena 10 terakhir ni. Terasa macam ini satu cabaran yang agak sukar juga.

JASA KELUARGA

Kakchik amat terharu dengan ahli keluarga kakchik ni. Sebenarnya bila kita ada masalah terutama masalah kewangan, memang tidak tergamak untuk memberitahu sesiapapun hatta suami sendiri tapi bila terdesak, terpaksa juga menebalkan muka meminta bantuan mereka. Walaupun mereka semua bukannya mewah tapi tanpa banyak soal-jawab adik-beradik kakchik senang hati menghulurkan bantuan. Sepanjang jalan dari pejabat pulang ke rumah, kakchik menangis, terharu dengan kesediaan mereka membantu kakchik. Keluarga ini dengan segala kelemahan yang ada mempunyai terlalu banyak kebaikan yang tiada tolok bandingnya. Kakchik mohon Allah sentiasa berkati kami sekeluarga dan melindungi setiap ahli keluarga kakchik di mana saja mereka berada.

Dah nak pukul 8 ni, kakchik nak basuh kain dulu. Lepas ni banyak tempat nak kena pergi. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs