Followers

1.9.09

SALAM MERDEKA KE-52

Assalamualaikum dan salam Ramadhan untuk semua.

Dah beberapa hari kakchik tak menulis kan. Sejak talian internet mengalami kelambatan yang amat, mungkin kerana cuaca menyebabkan kakchik hampir hilang 'mood' untuk mengemaskini blog. Tapi... kakchik teramat rindukan teman-teman semua jadi hari ni kakchik ambil sedikit peluang untuk mengemaskini blog ini serba-sedikit.

Semalam kita telah menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-52 dan buat pertama kalinya TIADA SEBARANG KONSERT diadakan sempena sambutan tersebut. Kakchik AMAT GEMBIRA sebenarnya bila hari merdeka jatuh dalam bulan Ramadhan ni sebab BANYAK PERKARA MAKSIAT dapat dielakkan. Kalau tahun-tahun sebelum ini, kita semua maklum bagaimana hampir seluruh negara menunggu DETIK 12 MALAM dan berlakulah pelbagai perkara maksiat semasa acara tersebut. ALHAMDULILLAH syukur sangat sebab tahun ini tidak berlaku sedemikian. Kalau tidak, tercemarlah bulan yang mulia ini.


Raja Iqbal Murshidi Raja Amizan sudah pun sebulan usianya.

Kakchik takde ke mana-mana pun semalam, cuma berada di rumah bersama keluarga, membaca Qur'an sebanyak yang mampu dan asyik menonton rancangan dokumentari di ASTRO. Tapi semalam kali pertama kakchik tidur siang paling lama. Selepas solat Zohor kakchik ingat nak lelapkan mata sekejap je tapi terlajak sampai ke pukul 4 petang, punyalah lama. Bila sedar tu badan dah melekit-lekit dengan peluh. Cuaca panas + mendung macam nak hujan memang bahangnya amat terasa kalau di dalam bilik. Cik Abe pula sejak Zohor ke masjid tak balik-balik. Biasanya dia bertadarrus di sana, kalau dia balik pun sama juga di rumah, dia tetap bertadarrus. Kakchik ni tak mampulah nak buat macam dia.

Rasanya, cukuplah setakat itu dulu, sebab kakchik ada banyak kerja juga ni. Hari ni hujan renyai-renyai je dari pagi tadi. Memang mendung sangat. Kalau ikut memang bertuah kita berpuasa dalam cuaca macam ni sebab takdelah rasa lapar sangat kan. Oklah, jumpa lagi di lain siaran. Wassalam.

nota: gambar tu saja-saja letak, takde kaitan langsung dengan cerita

11 comments:

  1. Salam kakchik,

    Salam kemerdekaan dan salam ramadhan dari kak tie. Kak tie pun ada problem dgn internet dan pc. Selalu hang je, menguji kesabaran betul.

    Oh ya, memang Kak tie perasan, kali ini tiada konsert, tiada maksiat dan kemungkaran yang terang2 dihebahkan. Rasa suka sangat. Alhamdulillah.. moga2 negara kita terus aman...

    ReplyDelete
  2. salam kak chik....internet skrg ni biul..dahlah lambat bayar dpt surat amaran...kdg-kdg rasa tak adil pulak...kita bayar bulan-bulan tapi servis tak bagus..nak buat camna kan..

    akak pun kdgkala tidur tak bangun-bangun...entahlah skrg ni badan rasa letih lesu aje..tak tahu kenapa..dah makin berumur kot..

    cik hb tak adalah mcm tu..akak jelous tenguk dia..org lelaki memang mcm tu kot.

    ReplyDelete
  3. Ye la kakchik kan..syukur lah hari kebangsaan tahun ni jatuh dlam bln ramadhan..tak de la maksiat berleluasa..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kakchik. harap sihat selalu.

    mmg b/band ni agak perlahan. klu kat perumahan ni, mlm laju lh sikit. siang hari biasa-biasa je.
    kalau nk lagi best, kat bandar Jertih. hehe.

    rindu ngam kakchik.

    ReplyDelete
  5. Salam ramadhan kak chik. Alhamdulillah sambutan merdeka sederhana gitu ye...

    saya pun sekrg ni kurang mood berblogging gak kak chik...lama juga tak jenguk kawan2..hehhe..

    Semoga kak chik tenang2 selalu, dipermudahkan segala urusan dan diberkati setiap amalan , terutama di bulan ramadhan nih...

    ReplyDelete
  6. Kaktie - wa'alaikummussalam kak. Internet ni makin lama makin teruk servisnya tp kita terpaksa jg pakai sb takde pilihan dah. itulah kan, syukur sambutan merdeka sederhana tanpa maksiat tahun ni.

    ReplyDelete
  7. kak ina kl - hehe, betul biul kak. kakchik blm pernah dpt surat amaran tapi tension juga kalau dlm sebulan byk kali tak dpt online sdgkan kita langgan pakej tanpa had. org pompuan ni letih sb kena buat byk keje kot. org lelaki takdelah multitasking sgt kan.

    ReplyDelete
  8. hasnah - kita sama2 doakan agar untuk tahun akan dtg pun negara kita dah tak anjurkan lagi program maksiat sempena merdeka ni.

    ReplyDelete
  9. shu - wa'alaikummussalam shu. rasa rindu tu biasa shu bila kita selalu ingat pada kawan kita. itulah manisnya persahabatan kan. bband kat rmh kakchik mmg teruk sgt tp di pejabat lbh baik. tapi utk byk buat keje peribadi tentulah masa kat rumah kan.

    ReplyDelete
  10. kin - salam ramadhan kembali. syukurkan sambutan merdeka sederhana je. mood kakchik ni kin bergantung pada apa yg kakchik sedang alami pd masa ni. biasanya kalau lama kakchik tak menulis ni sama ada masalah internet mcm skrg ni ataupun masalah peribadi. gitulah kan.

    ReplyDelete
  11. salam kak chik..selamat hari merdeka..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs