Duhai hati, janganlah bersedih. Insya-Allah setelah kesulitan ini pasti akan ada kemudahan di kemudian hari. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hadid, ayat 22 yang bermaksud:
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya..."
Insya-Allah... Allah akan menggantikan yang lebih baik.
FirmanNya yang bermaksud:
"Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan."
(Ar-Ra'd: 24)
Ya Allah! Mohon ampun kerana aku bersedih.
kak chik tengah sedih ke??...
ReplyDeletemoga kak chik tabah...byk2 bertenang...
setiap sesuatu ada hikmahnya...
Kak chik, baru tahu berita ni, baca kat facebook tadi. Sabar ye kak chik...Allah lebih tahu yg terbaik untuk hambaNya. InsyaAllah ramai yg mendoakan kesejahteraan untuk kak chik :).
ReplyDeletekalau air mata itu penghilang duka, biarkan ia mengalir, sekurangnya ia hilang bersama titisan air mata.. sayang kakchik sokmo.
ReplyDeleteSuzi, kakchik cuba bangkit semula. Syukran Suzi.
ReplyDeleteKin, terima kasih. Insya-Allah segalanya akan kembali pulih.
Shu, sudah puas menangis tapi bila membaca komen teman2 ia kembali mengalir. Terima kasih shu.