Assalamualaikum dan salam petang untuk semua. Semoga di saat ini kalian semua dalam keadaan bahagia, ceria dan sihat sentiasa. Hari ini adalah satu hari yang penuh kesyahduan dan perasaan terharu bagi kakchik. Dari pagi lagi beberapa peristiwa yang kakchik lalui menyebabkan sudah beberapa kali air mata ini mengalir. Banyak kali juga hati ini memuja-muji Allah SWT yang begitu hebat dalam mengatur segala apa yang berlaku.
23/06/09 Sucinya sebuah persahabatan.
Pagi tadi hati kakchik cukup sayu melihat cik abe yang agak muram. Mungkin hatinya masih terasa kehilangan sahabat baik dan rakan sekerja yang telah pun berhenti mengajar dan akan menyambung perjuangan hidup beliau di medan ilmu. Kakchik begitu terharu kerana selama ini cik abe jarang ada kawan rapat apatah lagi sahabat yang boleh diajak ke sana ke mari, berbual bersama, makan berjemaah dan beraktiviti bersama. Selama ini kakchik sentiasa mendoakan agar cik abe akan menjalinkan persahabatan dengan lebih ramai orang terutama yang sebaya kerana kakchik telah lama merasai kemanisan persahabatan sebegitu.
Kakchik peluk dia dan beri kata-kata semangat agar cik abe bersemangat untuk ke sekolah dan menerima hakikat dengan hati yang tabah. Sudah adat hidup kan bertemu... kemudian berpisah dan mungkin akan bertemu lagi di suatu hari nanti. "InsyaAllah Yang, suatu hari Yang akan berjumpa lagi dengan dia. Doakanlah dia berjaya dalam pelajarannya. Mungkin Yang akan jumpa kawan baik lain pula lepas ni."
Semangat ya Yang!
20/06/09 Bertemu Sahabat Lama
Petang tu Adik sibuk mengajak kakchik ke KB Mall sebab dia nak beli beberapa keperluan. Dalam kekalutan kami mengejar masa kerana pergi pun dah pukul 6 petang, sampai pula dalam jam 6.30 maka masa untuk berada di sana tentulah pendek tambah-tambah Maghrib pun dalam setengah jam saja lagi. Kaki kami berjalan agak laju ke beberapa kedai yang kami pergi dan bila nak ke Popular, kakchik berjumpa dengan sahabat lama.
MashaAllah.... seronoknya hati tak terkira. Siapa tak gembira kan, kawan yang tinggal berdekatan tapi begitu sukar untuk bertemu lantaran masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Takdir Allah kami bertemu di tepi tangga di KB Mall. Sempat bertanya khabar serba sedikit dan bertukar-tukar no telefon. Alhamdulillah... insyaAllah kini kami kembali bertaut.
23/06/09 A Shoulder to Cry On
Dalam berkawan, kadang-kadang kita bermasalah dan kadang-kadang kawan kita pula yang bermasalah. Bila ada je masalah kita tentu ingin meluahkannya kepada seseorang selain itu kita jangan lupa tempat luahan yang terbaik ialah di hadapan Allah SWT.
Kakchik amat menyayangi sahabat-sahabat kakchik terutamanya sahabat seusrah yang begitu rapat sehinggakan kami saling berkongsi ilmu, tegur-menegur, mengambil berat dan yang paling penting ialah persahabatan itu dikemaskan dengan perjuangan kami untuk melihat Islam ini subur di dalam kehidupan masing-masing dan masyarakat.
Petang itu kakchik sekali lagi terharu apabila seorang sahabat datang menjenguk di pejabat dengan membawa bersamanya bebanan yang hebat. Di atas bahu seorang perempuan sepertinya menggalas pelbagai tanggungjawab dan amanah. Sementelah pula dia adalah seorang yang sentiasa cuba untuk memenuhi tuntutan tersebut. Datangnya dengan wajah yang sugul, terasa sarat dengan tanggungan. Ingin saja rasanya kakchik melegakan hatinya tapi hanya cara itu saja yang kakchik tahu. Mendengar, mendengar dan berkongsi.
Alhamdulillah... dalam tangisan hiba kami masih dapat senyum dan ketawa. Bila dia mahu pulang kakchik lihat wajahnya sudah banyak ceria. Hati kakchik juga merasa amat bersyukur. Terfikir di hati, ya Allah... alangkah besarnya kekuatan persahabatan ini. Saling percaya mempercayai menjadikan hati-hati kami begitu erat sekali. Terima kasih ya Allah.
24/06/09 Berkongsi Gembira
Kakchik dapat merasakan banyak yang kakchik kongsikan dengan sahabat tersayang. Tujuannya ialah untuk mendapat kekuatan diri dan menjadikan diri ini seorang yang ceria dan gembira. Bila kita gembira insya-Allah orang di sekeliling kita juga akan gembira. Semalam, sahabat baik yang jarak usia kami agak jauh datang berkunjung. Inilah sahabat yang kakchik sendiri tidak sangka yang kami akan menjadi begitu akrab... bagi kakchik akrab sebab kami boleh bercerita apa saja di antara kami.
Mungkin eratnya kami kerana ada banyak perkara yang kami mempunyai minat yang sama. Kami sama-sama minat membaca, kami juga sukakan fesyen, hehe, sama-sama pakai niqab, dan rasanya ada lagi persamaan yang lain. Terima kasih ya Allah kerana menghubungkan kami di atas perjalanan hidup ini. Kakchik cukup berterima kasih sekali.
25/06/09 Sahabat Hingga ke Akhir Hayat
Teman-teman tersayang di alam blog ini, kalian juga kakchik harap dapat menjadi teman kakchik hingga ke akhir hayat. Walaupun kita mungkin tidak bertemu di alam nyata kerana jarak yang memisahkan kita, namun kakchik sentiasa mendoakan agar ukhuwah yang telah kita bina ini mendapat manfaat bagi diri kita semua sama ada di dunia ini dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
Kakchik berharap benar agar setiap perkongsian di sini mempunyai kebaikan walaupun sekadar tulisan rambang yang tidak ilmiah. Sedikit kisah kehidupan yang bukan contoh terbaik tapi diharapkan menjadi inspirasi kepada orang lain. Mohon kalian semua sudi menjadi sahabat kakchik dunia akhirat.

assalamualaikum kak chik
ReplyDeletebertuah sebenarnya sahabat2 kak chik kerana mempunyai sahabat yang baik hat dan penyayang. alangkah indahnya kalau yan jugak diantara mereka semua.
terima kasih kak chik kerana sudi menjadi sahabat baik yan di alam maya ini, walaupun jarak umur kita jauh bezanya tapi yan selesa bersahabat dgn kak chik
Yan doakan juga moga kita jadi sahabat dunia akhirat...amin..
Salam Kak Chik,
ReplyDeleteKem salam pd cik abe kak chik tu..memang perit ditinggalkan kawan baik..saya dah melaluinya banyak kali...sedih, pilu, sepi, dan rasa kehilangan sgt yalah sebab yang ditinggal itu lebih sepi dari yang pergi...
Apa pun semoga dia berjumpa kawan baru...
As u well aware of, I havent been here lately, jez visiting u at d wardrobe....tetiba hari ni rasa nak masuk sini and voila!!i'm reading this!
ReplyDeletethanks to u for being a good, understanding and helpful friend...but, u made me feel so OLD!!!(re: jarak umur yg jauh, huhuhu....)Jez kidding....
kakchik. w/pun kita belum bersua [ w/pun satu tmpt tmpt belajar ] tapi kita sahabat kan? [ w/pun kita berbeza umur ] boleh kan?
ReplyDeletebersyukur kerana dikurniakan 'kakak' spt kakchik. Alhamdulilah. Semoga persahabatan ini kekal. InsyaAllah. Amin
[ dulu selepas ambik turun dr pejabat oum, terpandang seorang wanita berjubah hitam. sedang melihat 'annoucment' dkat bwh. kawasan lif. hati tertanya tanya siapa. terdetik ingin menyapa. kerna saya tahu dia student agak baru. tapi langkah terhenti. tak jadi, kerna saya yakin saya akan mengenali dia juga ] dan sehingga kini adakah org yg diketemui dulu adalah kakchik.. ???
Wa'alaikummussalam Yan. InsyaAllah Yan juga semakin hampir ke arah itu di dalam kamus hidup kakchik. Semakin jujur kita di dlm persahabatan di alam maya, moga di alam hakikat kita jg bersahabat.
ReplyDeleteWkslm aJa. Hehe, gelak cik abe baca tu... insyaAllah moga keperitan kehilangan sahabat baik akan dikurniakan Allah dengan yang lebih baik. trm ksh ya aJa.
ReplyDeleteKak An, tu tandanya Allah bagi ilham (nama kak an tu) agar ke mari.
ReplyDeleteHehe, tak berniat tu...I was hoping that people would think that I'm the older one. kena ubah ayat sikit ni.
shu, insyaAllah... itulah yg kakchik harapkan, menjadi sahabat. umur bukanlah penghalang sedangkan Nabi pun bersahabat dengan Saiyidina Ali yang lebih muda.
ReplyDeleteEheh, adakah itu kakchik?
Kak Chik,
ReplyDeleteWalau tak pernah bersua, semoga ukhuwah kekal selamanya.. :D
Hani, persahabatan boleh terjalin w/pun kita belum pernah bersua muka. Insyaallah beberapa titik persamaan yang kita ada boleh menyebabkan ukhuwah di antara kita berkekalan. Kakchik aminkan.
ReplyDelete