Assalamualaikum dan salam malam semua. Apa khabar? Kakchik doakan kalian semua sentiasa di bawah lindungan payung rahmat Allah SWT. Bila dah hampir 2 hari tak kemaskini blog, terasa macam diri ni tertinggal banyak perkara dan peristiwa. Sebenarnya banyak yang kakchik nak kongsikan tapi talian broadband kakchik ni memang TERAMAT LA 'SLOW' sekarang ni. Kalau tak 2.4 Mbps tentu sekadar 3.6Mbps saja kelajuannya, amat menyusahkan sekali kerana kebanyakan web atau blog di internet mempunyai banyak imej dan grafik. Kalau dapat masuk BLOGGER, nak 'upload' gambar punyalah lambat sekali. Boleh terlentuk dulu menunggunya. Jadi kakchik jadi malas nak menulis hinggalah sekarang ni.
Nak cerita sikit kat kawan-kawan semua. Kakchik dah mendaftar sebagai AHLI RORINE sejak 3 16 Jun yang lalu, semalam dah pun terima KAD KEAHLIAN seumur hidup. Sebenarnya dah lama kakchik dok tengok iklan Rorine ni dalam suratkhabar dan kakchik berkenan dengan banyak kasut dan beg-begnya. Lepas tu bila ke KB selalu juga letak kereta kat depan butik Rorine tapi tak pernah la masuk hinggalah 16hb. hari tu. Jadi... sebagai ejen kakchik bolehlah membeli pada harga diskaun dan boleh juga BERBISNES, hehehe.
Sehingga ke hari ni dah 4 kali kakchik berulang-alik ke butik tu sebab kawan dan kenalan dah mula membuat pesanan. Alhamdulillah... kakchik pun tak sangka begitu cepat rangsangannya. Setakat ni juga kakchik dah beli 2 beg dan 2 pasang kasut untuk diri sendiri. Kasut kat bawah ni adalah yang kedua, khas untuk dipakai ke majlis rasmi. Warna kelabu bertumit 2", tinggi sikit tapi samalah tingginya dengan wedges kakchik yang setiap hari dipakai ke pejabat.

Selepas mendaftar hari tu kakchik diberi 2 buah katalog ni. Satu katalog barangan dapur dan keperluan rumah (bawah) dan satu untuk kasut & beg tangan - kasut untuk kanak-kanak dan orang lelaki pun ada banyak pilihan. Abang ipar dah jadi pelanggan pertama membeli sepasang capal berjahit tepi, kemas dan elok je dia pakai.
Yang ni contok mukasurat dalam katalog. Kakchik beli KLS-1619 saiz 4, hari ni baru kakchik mula pakai. Alhamdulillah memang selesa sekali. Selepas kakchik tayang gambar kasut tu kat dalam KAKCHIK'S WARDROBE, sudah 6 pasang kakchik beli kasut yang serupa, dikirim kawan-kawan, hehe. Tak sangka kan.
Yang ni dalam ni pun dah ada yang membeli, kasut yang warna biru tu... siap beli beg warna biru juga, untuk 'matching' katanya.
Bisnes ni kakchik rasa agak mudah dibuat secara sambilan kerana ianya amat dekat di hati wanita. Betul tak kawan-kawan? Lagipun kakchik yang memakainya boleh membuat testimonial sama macam testimoni kakchik pasal abaya/jubah hitam yang selalu kakchik pakai. Orang yang memakai akan lebih mengetahui bagus atau tidak sesuatu produk yang dipakainya.
Selain dari bisnes buku, kakchik memang akan mula membuka cabang bisnes dalam bidang pakaian pula nanti. Itupun hanya fokus kepada pakaian tertentu saja misalnya abaya, beg dan kasut. Allahu'alam akan tercapai atau tidak hasrat hati ni sebab sekarang kakchik masih mempunyai amanah di Zahra' dan juga 4 semester lagi di OUM. Buat masa ni kakchik rasa nak mula perlahan-lahan hinggalah tumpuan dapat diberikan kalau tak 100% pun mungkin 50%.
Dunia bisnes tak pernah jauh dari kita sebab inilah punca rezeki yang juga SUNNAH NABI. 9 dari punca rezeki pun melalui bisnes. Cuma kakchik berharap akan dapat menjadi usahawan yang ISLAMIK dalam berurusan. Agar nanti ZAKAT dapat dibayar kepada yang HAK.
Wassalam.
salam kakchik
ReplyDeletewah..cabangan biz baru yer..bagus3x...kwn2 sy pun ramai gak yg join biz mcm ni..sy ade join gak tp lain company la..tp x la rajin sgt promosi..berchenta sket...hehe...
ape2pun,brg2 rorine mmg best..byk choice..xpnah try lagik ni
Kakchik apa khabar?
ReplyDeleteWah... Kakchik ni mmg minat bisnes sungguh.
Ted ada juga mendaftar Rorine tapi tak 'pandai' nak menjual pada org.. Time nak pakai baru pi beli. Di KubangKerian pun ada 1 outletnya..Rasanya dekat lagi dgn tempat Kakchik
salam kakchik...baguihla kakchik pandai wat bisnes gni..hehe lily same cam ted..pandai pakai jek tak pandai jual kt org..pape hal pn hope kakchik sukses sokmo deh
ReplyDeletesaya pun suka gak tengok kasut2 rorine ni cantik2 gak...
ReplyDeletemoga terus sukses kak chik....
Salam Kak Chik
ReplyDeleteWahh
Cantik gak ye kasut2 rorine nih
lelaki nye pun ade kan?
Hmm
Moga2 Kak Chik sukses dgn bisnes ni :)
wkslm ummi hanie. sbnrnya kakchik jadi ejen utk beli pakai jugak tapi bila org dah mula order ni jadi semangat pulak nak lebih serius, serius sikit je... hehe.
ReplyDeleteTed, kakchik khbar baik, alhamdulillah. Kakchik takde la buat promo ke apa, cuma letak gambar dan cerita je pasal rorine ni, tak sangka le ramai jg yg minat. Kakchik tau outlet kat KK tu tapi kata kawan barang selalu lambat & takde stok kat situ. Setakat ni di KB selalu ada stok.
ReplyDeletewkslm lily. baru nak belajar je ni, belum pernah lg kakchik bisnes macam ni, bisnes buku tu taulah kakchik, hehe.trm ksh ya lily.
ReplyDeleteterima kasih suzi. asalnya sebab suka tengok la akhirnya kakchik jadi ejen, hehe dapat le pakai brg berkualiti pd harga murah.
ReplyDeletewkslm zam. ha'ah untuk lelaki pun ada... capal, sandal, kasut formal, kasut sukan, but pun ada. terima kasih ya zam doakan kakchik. setakat ni kakchik buat sambilan je.
ReplyDelete