Followers

26.6.09

Catatan perjalanan.

Assalamualaikum.

Khamis 25/06/09

Seawal pagi kakchik sudah bersiap dengan beberapa pakaian dan telah mengemaskan beg laptop. Semuanya dibawa masuk ke kereta. Pagi ini kakchik akan bertolak ke Manek Urai, ada kerja di sana. Tau-tau saja... sekarang ini musim pilihanraya kecil, maka sedikit kelapangan yang ada ingin kakchik sumbangkan untuk kerja-kerja Islam. Berbekalkan izin suami dan rengekan anak-anak saudara yang ingin ikut serta, kakchik mulakan doa dan perjalanan ke MU. Sebelum itu singgah sebentar di Kampung Sireh untuk mengambil seorang teman. Berdua lebih baik dari berseorangan kan.

Sepanjang perjalanan segalanya berjalan lancar cuma jalan KB - KKrai pada pagi semalam amatlah sibuk. Kenderaan seolah-olah di musim cuti sekolah, bertali-arus hampir sepanjang perjalanan. Kami menganggarkan akan tiba ke destinasi sebelum pukul sebelas tapi akhirnya sampai pukul 11 lebih kerana memandu perlahan. Alhamdulillah... gembira bertemu rakan-rakan seperjuangan yang lain yang telah berhari-hari berkampung di sana. Terharu dan kagum dengan mereka. Kakchik baru kali pertama ke situ.

Posting yang semalam tu kakchik tulis di sana kerana siangnya tiada program dan malam tadi baru kakchik memulakan tugas.

Selepas Asar, kakchik bertemankan seorang junior ingin menziarah kakak kakchik, chenah yang tinggal di Kg. Laloh, juga dalam MU. Bila dah naik kereta, terasa semacam je... macam kereta tu senget, rendah di sebelah kakchik (pemandu). MashaAllah! Pancit lagi rupanya! Hmm... dalam cuaca yang sangat panas kami menelefon Penghulu meminta bantuan. Kakchik tak mampu nak jek tayar naik sebab takde 'jek angin' yang sesuai.


Penghulu telah berjaya menaikkan tayar dan sedang membuka skru. Pakcik jiran pun datang membantu. Terima kasih kepada mereka berdua.

Alhamdulillah Penghulu memang baik hati. Begitu juga dengan pakcik yang berjiran dengan rumah kami. Mereka berdua terutama Penghulu telah bersusah payah menukar tayar kereta kakchik. Alhamdulillah tayar 'spare' masih banyak anginnya. Bila selesai, kakchik ingat nak beri upah kepada Penghulu sebab dia telah bersusah sampai berpeluk sakan, tapi dengan rendah diri beliau menolaknya. Bagi kakchik dia patut menerima upah tu sebab sebelum ni orang di kedai tayar pun kakchik beri upah. Tapi orang yang ikhlas menolong, dia tidak ingin menerimanya. Sebaliknya dia nasihatkan kakchik agar membeli 'jek angin' dan satu pemutar jek yang berbentuk sesiku. Nampaknya balik KB nanti kakchik memang kena membelinya.

Akhirnya hampir 6.40 petang barulah kami menuju ke rumah chenah. Ini kali kedua kakchik ke situ selepas rombongan menghantar chenah ke rumah mertuanya 6 tahun lalu. Lama kan? Itulah kakchik ni, walaupun kakak tinggal senegri tapi nak menziarahi pun jarang sekali.

Bila sampai, Akiff sudah pun tidur sebab keletihan semasa di ambil di taskanya. Sayu hati melihat kakak hanya berdua di rumah yang besar tu. Abang ipar dan Aqim (anak sulung chenah) pula berada di Perak kerana abang ipar kakchik mengajar di sana. Chenah pula mengajar di MRSM Kuala Krai. Petang semalam kami berbuka di rumah chenah dan kakchik buat keputusan untuk bermalam di rumahnya selepas ceramah malam nanti. Selepas solat Maghrib kami kembali ke MU Baru untuk taklimat tugas. Malam tadi kakchik diamanahkan membuat lupitan di program ceramah YB Dato' Muhammad Amar di Kg. Manjor.

Perjalanan kami berdua menuju ke Kg. Manjor rasanya adalah pengalaman pertama bagi kami berdua. Tak akan dilupakan kerana jauhnya jarak kampung tersebut dari jalan utama. Dengan keyakinan bahawa Allah bersama kami, kami beranikan diri dalam kepekatan hutan getah meredah jalan dan jambatan sempit menuju ke kampung tersebut. Mengejutkan! Selepas jauh masuk ke dalam kawasan getah akhirnya kami sampai di Kg. Manjor yang seperti sebuah pekan di tengah hutan. Tak sangka langsung. Kakchik ada ambil gambar, sayangnya 'flash' kamera tidak berfungsi dengan baik, kebanyakan gambar nampak bayang saja. Hakikatnya kampung di dalam hutan getah itu amat padat sekali.

Bekerja sebagai wartawan sambilan ini bukannya ada upah atau gaji tapi yang pasti kami merasakan satu kepuasan kerana serba sedikit dapat berbakti untuk agama dengan kemahiran yang ada. Syukur ke hadrat Ilahi yang mengizinkan kakchik mendapat ilmu dan kemahiran yang berguna sekali. Dapat membantu sedikit pun jadilah. Perjuangan ini ialah perjuangan yang bakal disoal di hadapan Allah nanti, maka lebih baiklah kakchik cuba sebaik mungkin. Betul tak?

Ceramah memang 'best' menyentuh isu-isu akidah dan kepentingan mengutamakan agama dalam segenap jalan kehidupan di samping penjelasan-penjelasan yang berkaitan isu-isu pembangunan di Kelantan. Kelantan telah banyak membangun, terlalu banyak bagi kakchik. Kalau orang Kelantan yang tinggal di negeri lain tidak balik setahun, pasti dia terkejut melihat kebanyakan tempat di Kelantan ini.

Usai ceramah, kami memecut ke rumah kakak. Lagipun sudah lewat malam. Manjor dan Laloh bukannya dekat sangat, walaupun lebih dekat dari MU Baru. Gembira hati bila dapat bermalam di rumah chenah. Terasa macam kakchik menghilangkan rasa 'kesik' mereka berdua. Selepas memindahkan fail-fail rakaman audio ke dalam komputer, minum lewat malam dan membersih diri. Hampir jam 2 pagi barulah kami lena.

Jumaat 26/06/09

Hari ni kakchik terpaksa balik sebab kakchik ada kelas di OUM. Kakchik tidak mahu ketinggalan apa yang dibincangkan di dalam kelas. Bila masa nak membaca kita terlalu terhad maka bagi kakchik tumpuan yang baik dan interaksi positif di dalam kelas adalah amat penting. Bertolak jam 8.30pagi sampai di OUM jam 9.40pagi. Alhamdulillah... dapat hadir semua kelas hari ini. Sebelum balik kakchik singgah di pejabat OUM kerana ada sedikit urusan berkaitan gerai MariBaca sempena Hari Terbuka OUM pada 4 Julai nanti.

InsyaAllah kedai buku kakchik akan membuka gerai jualan. Jadi, JEMPUT KE GERAI MARIBACA di Hari Terbuka OUM nanti Sabtu, 4 julai, 9pg - 5ptg.

Selain itu, kakchik sempat berjumpa dengan ALONG kepada Cikgu Zamani, salah seorang Follower KakChik's Wardrobe. Cikgu Zam... kakchik dah tahu satu rahsia...

Sampai di rumah melepaskan rindu pada orang-orang tersayang. Berjumpa & melayan anak-anak saudara terutama Amni yang ditinggalkan Umminya yang pergi konferens di USM Penang selama 3 hari. Kesian anak saudara kakchik tu, asyik nak dengan kakchik aje... rindu ibunya la tu. Hati puas, gembira dan bermain-main di minda, "JANGAN LUPA... MID TERM EXAM PADA 16, 17 DAN 18 JULAI NI..."

5 comments:

  1. Salam ,

    Wah.. kakchik ni memang sentiasa sibuk je... mudah2an segala pekerjaan dipermudahkanNya..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Chik
    Rahsia ape tu???

    ReplyDelete
  3. Wkslm kak tie. Sibuk setakat yang mampu je kak tie. Terima kasih kerana mendoakan kakchik. Amin.

    ReplyDelete
  4. Wkslm zam. Hehe, kakchik baru tahu yang zam bertiga dgn along dan ecah bukan adik-beradik sebenar... mati-mati kakchik ingatkan adik-beradik.

    ReplyDelete
  5. salam kakchik dearie...sehatke???maap gak lily xdan nk sggh umah kakchik..lily baru blk dr kg..bes cuti lame..wahh kakchik pandai sggh bahagi mase ek..walau bz ngan klas smpt lg wat urusan luar..moga semua urusan kakchik dipermudahkan ye...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs