Followers

11.6.09

Melayan Buku dan Pelanggan

Assalamualaikum semua... ah, baru ada masa nak update blog. Apa khabar? Kakchik sihat-sihat saja. Sekarang ni kakchik di MariBaca, menguruskan kedai. Dah 4 hari kedai bertutup sampai pelanggan pun dah mula menelefon bertanya khabar. Isyk, susah jugak bila takde pembantu kan. Sepupu kakchik bercuti 2 minggu sebab baru berkahwin 3 hari lepas. Dalam kesihatan yang tak menentu dan ketiadaan pekerja ni, MariBaca menjadi mangsa. Kakchik ingatkan balik dari KL dapatlah kakchik uruskan kedai ni tapi segalanya tergendala.

Apapun, hari ni kebetulan kakchik memang tak keje dan dengan semangat berkobar kakchik buka kedai pagi-pagi lagi. Eheh, takde lah pagi sangat tapi awal setengah jam dari biasa. Dah lah pagi tadi budak-budak semua nak ikut sama, sampai terpaksa pujuk sakan. Kesian campur gelihati tengok air muka sorang-sorang. Iffah dengan mata merahnya, Nana dengan buku Barneynya dan Ameerah dengan hidung berair, lebih dulu turun ke bawah menunggu kakchik di luar rumah. Alahai ... kesian sungguh, tapi hari ni memang kakchik tak boleh nak bawa diorang. Susah nanti kat kedai tu. Bukannya diorang boleh tahan lama kat kedai. Akhirnya termakan pujuk juga... dengan syarat masing-masing nak buku sticker. Aduh... boleh pokai tuan kedai kalau cam ni.

Alhamdulillah... kiranya bagus juga kakchik buka kedai hari ni. Ada buku baru sampai dan pelanggan pun agak ramai. Ramai pelanggan tetap yang datang bertanya khabar, risau takut kakchik tutup kedai, hehehe, minta dijauhkan Allah... insya-Allah MariBaca akan terus berkembang walaupun ekonomi kurang baik sekarang ni. Walau apa pun yang berlaku, kakchik akan cuba sebaik mungkin untuk pastikan kedai buku kesayangan ni kekal di sini dan berkembang ke tempat lain.

Wassalam.

5 comments:

  1. Tak berkesempatan lagi nak menyingah kedai Kak Chik.

    ReplyDelete
  2. salam kakchik

    oh..ade kedai buku rupenye...seronok yer ade perniagaan sndiri ni..taniah

    ReplyDelete
  3. Masayu, tak apa... tak sempat singgah di kedai fizikal, singgah yang maya dulu pun ok, hehehe.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Ummi Hanie, ha'ah dah nak masuk 5 tahun kedai buku kakchik ni, memang seronok sebab boleh buat benda yang kakchik minat tapi ada juga yg kurang seronok terutama bila staf cuti, huhu.

    ReplyDelete
  5. insyaallah..ada rezeki nanti nak belajar dgn kak chik hal2 kedai buku ni..
    mana tau ada peluang buka kedai nanti :D

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails