Followers

16.6.09

Beli-belah Uniform Zahra'

Assalamualaikum dan salam petang semua. Ceria-ceria selalu ya... kalau ada gundah gulana, marilah singgah di 'rumah' Kakchik ni, insya-Allah ceria sikit hidup hari ni, hehehe. Semalam kami rancang nak ke kedai kain mencari kain untuk uniform baru kami tapi Kak Mar pula kurang sihat jadi pagi tadi baru kami dapat keluar. Keluar shopping di waktu kerja, siapa yang tak seronok kan? Kami cuma ada masa 1 jam untuk membeli-belah sebab di Zahra' ni tinggal warga tua semuanya, hehe.

Cadangannya hendak ke Nagoya tapi bila tiada parking kami melencong ke hadapan Kelantan Silk Store (KSS) dan sudah rezeki kami mendapat parking betul-betul di hadapan pintu utama Butik Rorine, jiran KSS. Alhamdulillah... tidak perlu kami berjalan jauh. Apa lagi, kami terus je masuk ke KSS dan mulalah 'kelabu mata' melihat segala macam pilihan kain.

Kali ni kami mencari kain yang kehijauan. Kat atas tu ialah pilihan pertama kami. Sayangnya tidak cukup meter untuk 4 orang staf perempuan. Huhu, kenalah pilih lagi. Susah juga ya nak mencari yang semua berkenan dan cukup meter. Maklum saja sekarang ni orang dah mula membeli kain untuk baju raya. Banyak kain yang cantik sudah pun tinggal hujung-hujung.

Selepas puas memilih, kami jumpa beberapa corak yang sesuai. Sebelum ni uniform kami ialah warna biru laut dan selepas itu warna coklat kekuningan. Akhirnya inilah pilihan kami, RM56 sepasang (4m). Warna sebenar lebih gelap tapi di bawah flash kamera jadi nampak buruk pula. Boleh la asalkan semua orang setuju.


Sambil menunggu pekerja memotong kain untuk baju kemeja CikMat dan CikAziz, Kakchik sempat tengok Jurufesyen KSS menghias patung dengan kain yang baru sampai. Kreatif juga...


Sebelah Kelantan Silk Store tu ada butik Rorine dan sementelah pula Kakchik parking kereta betul-betul depan pintu utamanya. Kami bertiga pun apa lagi, masuk le... Memang dah lama juga Kakchik berhajat nak menjadi ahli Rorine ni sejak ternampak iklan barangannya dalam suratkhabar. Harganya pun agak murah dan hari ni kami dapat diskaun 20%. Kakchik beli beg dan sepasang kasut. Jangan marah ya...


Selepas keluar dari Rorine, masa masih banyak jadi kami singgah pula di Mydin kerana Dila nak belikan anak patung tu untuk anak kesayangannya, Nuha. Katanya saiz badan Nuha dengan anak patung tu sama je, hehe kalau Nuha dakap memang Kakchik rasa sama tinggi je dengan dia. Seronoklah Nuha nanti dapat hadiah dari Mamanya.

Sementara Dila dan Kak Mar membayar barangan mereka di kaunter Mydin, Kakchik tunggu mereka di luar sambil melihat-lihat suasana pusat bandar ni. Kelihatannya bangunan Giant akan siap tak lama lagi. Tengok tu... kubahnya dah siap (hijau-kuning di sudut atas, kiri). Makin sesak la KB selepas ni.


Sempat la posing sekejap di luar Mydin. Saja je nak rakam kenangan keluar membeli-belah di waktu pejabat, hehehe. Kakchik pakai abaya terbaru ni. Kalau ada sesiapa yang berkenan, Kakchik nak jual. Harga asalnya RM139.00.


Oleh kerana Dila berhajat nak makan nasi 'atas kedai' maka dia pun ke Pasar Siti Khadijah. Kakchik tak lapar sangat dan Kak Mar pulak dah bawa bekal jadi dia hanya kirim Sup Perut dan Kakchik pula kirim Jagung Rebus (gambar kat bawah). Jagung ni dimakan bersama kelapa parut dan gula. Gambar kiri tu sebelum digaul dan bila nak makan, Kakchik gaul rata macam gambar di sebelah kanan. Alhamdulillah... kenyang makan jagung ni.


Entah dengan siapa Kakchik nak tempah jahit baju ni? Tukang jahit yang selalu ambil tempahan Kakchik pun dah bagitau yang dia dah tak terima tempahan kerana sudah terlalu banyak tempahan baju kahwin dan baju raya. Ni yang nak kena fikir ni...

8 comments:

  1. salam kak chik ...insyallah bulan depan gi ke kok lanas..nak hantar anakbuah ke poly di situ..

    ReplyDelete
  2. wkslm kak ina. nanti bila dah sampai kat sini, hello2 ya. ini no kakchik 019-9403659

    ReplyDelete
  3. kak cik...sedapnya jagung rebus dgn kelapa tu...nenek saya selalu beli kalau gi pasar....

    ReplyDelete
  4. Oo bangunan Giant ke?
    Zam tertanya2 bangunan apalah tu ms balik kampung baru ni
    Klu mcm tu, makin bnyk la shoping mall kat area tu
    Pantai Timur, The Store, Mydin
    Wah puas lah shoping nanti

    ReplyDelete
  5. lawa ler kak chik. Abaya tu pun cantik...

    ReplyDelete
  6. Suzi, memang sedap kan makanan tradisi kita ni. Tentu banyak makanan yang Suzi rindu nak makan kan. Sabar ya... tak lama lagi boleh balik dan lepaskan kerinduan tu.

    ReplyDelete
  7. Zam, bangunan tu sebenarnya nama dia KB Centre dan khabarnya di bahagian bawah akan dibuka Giant.
    Memang makin banyak pusat membeli-belah tapi Kerajaan Negeri masih KIV banyak permohonan kerana memikirkan nasib peniaga bumiputera. Dah lepaskan Tesco pun dah ramai yang gulung tikar. Tapi orang Kelantan memang suka 'shopping' dan orang luar pun sama.

    ReplyDelete
  8. Ummi, kalau berkenan kakchik nak jual abaya kakchik tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs