Followers

4.6.09

Harumnya Roti Canai Restoran Syedina



Assalamualaikum semua. Salam cuti sekolah kepada semua yang sedang bercuti dan Selamat Pengantin Baru kepada semua yang akan mengangkat ijab & qabul begitu juga kepada para ibu bapa yang bakal menerima menantu. Semoga semuanya berlangsung dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama.

Kakchik hari ni bersiaran dari bumi Shah Alam, Selangor sempena bertugas untuk Muktamar Muslimat. Macam biasa la kakchik kerjanya di bahagian yang sentiasa menggunakan kamera dan komputer. Invisible individuals yang bergerak di tingkat atas dewan.

Oklah, apa yang kakchik nak kongsi ialah sarapan pagi tadi. Aduh... harum sungguh bau kuah roti canai di restoran yang kami singgah. Tapi sayangnya kakchik tak berselera untuk menjamahnya. Sekadar meminum segelas milo panas (melanggar boikot hari ni sebab takde vico kat situ dan kakchik pulak tak minum kopi atau teh). Minum lah juga untuk tenaga.

Sekarang ni masih di Dewan MBSA sementara menanti sidang muktamar selesai sebentar lagi. Lepas tu barulah kakchik akan balik bersama rakan setugas ke rumah penginapan sementara iaitu di Sentul. Jauh la jugak...

4 comments:

  1. hmm..sibuk betul ya..penuh aktiviti..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Apa kata kakchik buat resepi roti canai..mesti best :)

    Vico? saya ada bru terima mesej katanya vico malaysia ada kod babi. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. salam kak chik..

    hehehe..ha'ah apa kata jugak buat resepi roti canai tu..blh yan cilok nnti..ngeee..

    ReplyDelete
  4. Syahidah, begitulah kehidupan.

    Wkslm Ibnurashidi, kakchik tak pandai buat roti canai. Tiru org punya blh la. Pasal vico tu kakchik dah cek, kod mana yg pasal babi tu? Takde pulak.

    Wkslm Yan. Tak pandai la Yan. Cilok kat MyR je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs