Followers

2.6.09

Kek Keladi

Assalamualaikum dan salam petang semua.

Terasa macam lama tak sembang-sembang kat sini padahal semalam dah menulis, hehehe. Rindu kat kalian sebenarnya. Tentu ramai yang dah mula bertolak sama ada balik kampung, makan angin di mana-mana tempat percutian dalam atau luar negara (eh, kak e akan ke Medan kan?). Seronoknya kalian... kakchik juga yang masih di sini. Tapi, mungkin esok atau lusa kakchik juga nak gi makan angin, sambil bekerja.


Sekarang ni sambil tulis-tulis ni kakchik dok makan kek keladi. Kek yang Dila beli untuk jamuan minum teh kat pejabat ni. Mmmm.... sedap la kek ni. Khabarnya dibuat oleh pembuat kek terkenal di daerah Bachok, iaitu Kak Na. Rupanya Kak Mar pun pernah belajar buat kek dengan dia. Kata Kak Mar, Kak Na tu buat kek keladi ni menggunakan keladi yang asli, dibeli dari pembekal khusus. Memang sedap la... alhamdulillah, syukur dapat makan ni. Rezeki hari ni. Lepas makan kek, nak makan pisang sebiji lepas tu minum air suam. Cukup la tu.

Bandar KB ni bila cuti je, memang jem teruk. Kalau ada urusan yang terpaksa ke bandar, adui malasnya terasa. Masalah yang utama ialah nak parking kereta. Huhuhu, letih la berpusing-pusing, nasib baik KB tu jenis berpusat, kalau kena jalan kaki takdelah letih sangat. Orang Kelantan yang dok di luar balik bercuti, orang negeri lain pulak datang bercuti... pakat datang makan angin sambil beli-belah. Maklum la kan barangan & makanan masih lagi murah kat sini.

Kat rumah kakchik pun makin sesak dengan ahli keluarga jauh & dekat yang balik. Semalam kakak yang di Kuala Krai 4 beranak balik. Malam ni Abang long yang di Bangi juga 4 beranak akan balik. Entah sapa yang nak ambil diorang di airport tu. Kakchik ada meeting. Tengok-tengok Ayah jugalah tu yang pergi ambilnya. Kakak yang bercuti ke Macau pulak akan balik esok. Bak kata rumah yang dah meriah akan gegak gempita la lepas ni. Eheh, tak sabar sebenarnya nak berkumpul ramai-ramai ni tambah-tambah kenduri-kendara sedara-mara pun banyak ni.

Seronok kan dapat CUTI.

10 comments:

  1. Sedapnya kek keladi, my favourite tu kakchik..hehe

    ReplyDelete
  2. tengok kek keladi tu teringat kat cikgu azza kat penang tu hihihi...lama dah dia menyepi...

    ReplyDelete
  3. oo sy rs ini prtama kali dgr kek keladi. besenyer air keladi jw.. haih kank2 ini prlu byk mnjelajah lg.. :D

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat berkumpul ramai-ramai...

    bila agaknya...saye dapat menikmati suasana camtu lagi...
    ....hmmmm...???

    ReplyDelete
  5. Salam Kakchik..
    Alhamdulillah pagi ni Adam dah lasak semula. cuma masih ada batuk2 kecil.
    Pejabat Kachik di Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra'kan.. Hheee TED pernah singgah di sana pulang dari sekolah. Try intai2 kalu nampak Kachik. TED ingatkan boleh meminjam rupanya hanya boleh membaca disana. Maklumla TED baru je di Kota Bharu ni. Rumah TED pun dkt aje dr situ di belakang SIC je

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumussalam wbt, tk krn sudi membaca coretan ckg. silakan copy jika ianya bermakna...

    ReplyDelete
  7. wui. sedapnye kek keladi tu. memikat kalbu!

    ReplyDelete
  8. salam kak chik..

    hem nmpk menyelerakan sungguh kek keladi tu..teringat kak azza pnya kek keladi...

    ReplyDelete
  9. intan, kek keladi ni kegemaran ramai.

    suzi, memang azza terkenal dgn kek keladi kan. kakchik percaya dia memang dah pro bab membuat kek keladi ni. agaknya sibuk sgt di sek nya skrg ni.

    awrapurnama, alahai... tak sangka dik awra blm pernah kenal kek keladi. itu yg kena dtg ke kelantan tu...

    aja, insya-Allah akan sampai masanya aja pun dpt kumpul ramai2 dgn keluarga.

    wkslm ted, agaknya skrg ted di selangor kan. adam pun harapnya dah sihat. mmg dekat benar tu rumah ted dgn zahra'.rupanya ted dah prnh singgah ya... kakchik tak tau pun.

    cikgu rash, terima kasih ya.

    mar, kek keladi memikat kalbu ada kat sini.

    wkslm yan. boleh order dah tu dgn azza tu... nanti kan yan termimpi2 pulak.

    ReplyDelete
  10. Zam penah makan, sekali jek, 5 tahun lepas rasanya.. tp
    memang sedap!
    Ermm, zam balik gak kelantan baru2 ni, tp bila Kak Chik post cerita ni baru teringat kat kek keladi tu
    Takdo rezeki nak mkn :P

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs