Followers

8.6.09

Mulakan dengan semangat baru

Assalamualaikum dan salam pagi semua. Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera sentiasa. Kakchik juga berharap diri kakchik dan keluarga turut sentiasa dalam keadaan baik dan gembira selalu walaupun kadang-kadang ujian datang bertandang. Tapi, inilah kehidupan yang perlu ditempuhi bagi mendewasakan diri dan membina peribadi yang lebih baik sama ada di sisi insan lain ataupun di sisi Allah SWT.

Kakchik, alhamdulillah rasanya sudah banyak berehat dan ingin bangkit seperti hari-hari sebelum ini yang ceria malah akan lebih bersemangat berbanding sebelum ini. Akan dijadikan kenangan dan pengajaran akan apa yang telah berlaku. Biar diri menjadi manusia yang lebih berhati-hati dan tabah. Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul. Mungkin diri yang mengalami sahaja yang betul-betul memahami. Tapi itu episod semalam, jom kita bina sejarah baru yang lebih gembira.

Hari ni kakchik masih punya sehari untuk berehat di rumah kerana esok kakchik akan kembali bekerja seperti biasa. Insya-Allah sudah terbayang kerja-kerja yang bakal menghilangkan kebosanan dan me'ralit'kan kakchik. Kawan-kawan yang sedang bercuti, makan angin di mana-mana tu tentu mendapat pengalaman yang sangat menyeronokkan bersama orang tersayang. Mungkin kakchik pun akan mencari peluang untuk bercuti bersama cik abe. Insya-Allah jika kewangan dan masa mengizinkan.

Jadi... azam untuk hari ni, MESTI SENYUM dan CERGAS.

6 comments:

  1. ummu doa kan kakchik bertambah sehat. semoga lepas ni Allah kurniakan kakchik rezeki yg melimpah ruah. setiap yg berlaku itu pasti ade hikmah disebalik. take care kakchik.

    ReplyDelete
  2. terima kasih ummu hanis. amat2 dihargai segala kata semangat tu.

    ReplyDelete
  3. senyum sokmo..

    ReplyDelete
  4. Saya baru sempat menyingah di sini, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    Apapun, Kak Chik adalah insan terpilih untuk menghadapi ujian ini. Terus itiqamah berdoa dan usaha, Insya-Allah suatu masa kelak masa itu akan datang jua.

    Saya mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Kak Chik. Mudah-mudahan sentiasa dilimpahi kesejahteraan dan keberkatan.

    ReplyDelete
  5. yginsaf4, begitulah yang sebaiknya

    ReplyDelete
  6. Masayu, tak mengapa... sudi menjengah kakchik dan bertanya khabar pun sudah amat mencukupi dan membahagiakan kakchik. Terima kasih ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs