Salam Jumaat untuk semua teman-teman di mana saja berada. Burp... alhamdulillah... lega bila dah selesai makan tengahari kan. Rasanya kebanyakan dari kita sudah atau pun sedang menikmati hidangan tengahari kita. Hari ni kakchik takde tutorial jadi dapatlah menolong Ummi di dapur. Banyak juga yang kami masak tadi tapi kakchik cuma nak kongsi 2 gambar je.
Lauk utama kami hari ni ialah Daging Goreng Kampung atau pun senang kami panggil daging goreng bawang lada. Mungkin sebab bahannya hanyalah daging, kunyit, garama, bawang besar dan lada hidup/hijau. Sangat senang memasak lauk ini dan sedap pula dimakan bersama nasi panas dan beberapa hidangan sampingan yang lain.
Masakan sayur pula ialah Sayur Lemak Sawi. Huhu... baunya aje sudah cukup menggoda selera. Ditambah pula dengan ikan goreng atau ayam goreng panas-panas, memang tak ingat orang keliling kelalang dah.
Selain dari 2 hidangan ni, kami juga sediakan sambal pedas, ulam-ulaman dan juga budu. Yang budu tu takde lah pula kakchik makan, hehe.
Lepas ni kakchik nak keluar, ada usrah bersama kawan-kawan di Kubang Kerian. Itulah sekali sebulan nak juga menghadiri program ilmu begini agar jiwa ini mendapat pengisian rohani dan kekuatan iman. Menghadiri kuliah agama tu satu hal mesti juga pergi kalau ada kesempatan tapi berusrah ni seperti menservis diri sekali sebulan. Iman kita sentiasa turun naik, sebab itulah kita kena selalu dekat dengan orang-orang yang mencintai ilmu dan Islam. Barulah diri kita makin dekat dengan Allah dan tidak hanyut dibawa kelalaian hidup.
Ok, kalau lepas usrah nanti ada cerita menarik, kakchik akan kongsikan di sini.
Wassalam.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
sedapnya...terutama tang budu tu...saya suka sgt...budu + ikan singgang + ulam....tak pandang lauk lain dah...
ReplyDeletesalam kak chik,
ReplyDeleteslmt berhujung minggu yea..adeh daging goreng sedapnyer..yan suka buat daging goreng camtu kak chik..klu tambah sayur kacang panjang pun best kan..kan...laparlah pulak..hehehe
Salam Kak Chik,
ReplyDelete2 sebab utama saya masuk blog ini (walaupun jarang komen.hehe..) adalah kerana;
1.Saya suka lihat gambar-gambar makanan esp masakan Qlate dan makanan-makanan yang ada di Qlate.
2.Mengubat kerinduan terhadap masakan bonda di kampung.huhu..
Saya setuju institusi usrah sangat penting dalam membentuk fikrah dan jatidiri fardul muslim. Membentuk asas sebelum ke baitul muslim, mujtami' muslim, daulah islamiah dan seterusnya khilafah islamiah (maaf, jika kelihatan mengarut pula.hehe..)
Zam suka gak makan daging goreng nih
ReplyDeleteNak2 lagi kalau ade gulai lemak telur sekali
Sedap~
Rasa garing daging goreng tu masuk je dengan rasa lemak gulai & telur
Baru teringat
Tak makan nasi lg mlm ni :P
Sedapnye kak chik...
ReplyDeleteBaru malam tadi makan budu ngan ikan bakar..peh..tak terkata sedapnya..
Suzi, malu pula rasanya sebab kakchik tak makan budu.
ReplyDeleteWkslm Yan. Ha'ah boleh juga kalau ditambah kacang panjang. Tapi kami jarang buat cam tu sebab Ayah tak makan kacang.
Wkslm ST, tak kiralah berapa sebab pun yang pasti terima kasih kerana sudi singgah. Kakchik juga berpegang begitu pasal usrah ni sebab tau masih meneruskannya hingga kini.
Zam, tu mesti tengah rindu masakan mak dia la tu. Hehe, gulai lemak telur pun ok.
aJa, makan gitu je ke?
salam k chik..sedap nyo dgg n sayur ituu..menari doh prot tgk lauk k chik..huhu grrrr lapar laa..muahuahua
ReplyDelete