Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua... Apa khabar hari ni? Masih banyak lagi ke jemputan kenduri yang perlu dipenuhi? Sabarlah ya... beginilah hakikat musim cuti sekolah di negara kita ni. Masa ni lah ramai orang mengambil peluang mengadakan kenduri-kendara. Kat Kelantan ni sejak awal cuti sekolah hinggalah hari ni masih lagi sesak dengan kenderaan terutama di jalan-jalan utama ke bandar. Isyk, naik letih juga makan JEM hari-hari.
Kakchik pun ada banyak jemputan kenduri jauh dan dekat tapi banyak juga yang kakchik terpaksa tak hadir kerana berada di KL sebelum ni dan kesihatan yang tak mengizinkan. Ada yang hanya Cik Abe sorang yang pergi dan kakchik hanya sempat pergi ke kenduri sepupu dua beradik yang mengadakan walimah mereka semalam. Kebanyakan jemputan yang kakchik tak dapat hadir, kakchik telefon mohon maaf tapi ada dua yang kakchik terlepas tapi masih tak dapat berhubung dengan pengantin. Maafkan kakchik ya YUSEREE dan HAFIZ. Untuk kesemuanya kakchik doakan kalian semakin matang dalam melalui fasa baru dalam kehidupan agar sentiasa berbahagia bersama pasangan masing-masing dan tidak lupa peranan dan tanggungjawab dalam menjadikan rumahtangga masing-masing rumahtangga Muslim seperti yang dianjurkan Nabi Muhammad saw. Selamat Pengantin Baru!
Di Zahra' pula kakitangan silih berganti mengambil cuti kebanyakannya kerana kenduri sanak-saudara. Ye lah kan, tak kan tak mahu tolong-menolong di waktu ini sedangkan semasa kenduri kita dulu pun saudara-mara turut bercuti dan meluangkan masa membantu memeriahkan majlis kita. Nasib baik pengunjung tidaklah begitu ramai. Tenang dan damai saja suasana di dalam perpustakaan. Kakchik pun tak masuk ke pejabat sendiri tapi duduk di Kaunter Informasi menggantikan Dila dan Kak Mar. Hari ni tinggal 3 staf je kerana yang 3 orang lagi bercuti. Bersabarlah... keadaan ini akan kembali seperti biasa mulai minggu depan bila sekolah dah buka.
Hmm... tu nampaknya dah mula ramai adik-adik datang untuk membaca dan mengulangkaji, kakchik pun nak minum air lah sekejap. Sampai sini dulu ya. Hari ni kita baca buku, The Psychology of Selling oleh Brian Tracy.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
Kak Chik,
ReplyDeleteTakziah, lama tak jenguk blog kak chik...asyik la terbuai dgn masalah sendrik...entahlah kak chik...saye cuma kurang bernasib baik agaknya.
Semoga Kak Chik akan diberikan rezeki pada bulan2 mulia yang akan dtg ini...
Tak mengapa aJa. Segalanya suratan takdir yang perlu diredhai. Kakchik yakin peluang kita untuk mendapat kebahagiaan masing-masing masih cerah. Semoga kita sama-sama mendapatnya ya aJa.
ReplyDelete