Followers

13.6.09

Macam-macam perasaan

Assalamualaikum dan salam pagi semua.

hmmm.... nak mula macamana ni? Dari semalam lagi asyik tulis sebaris tak jadi, dan dok termenung je tengok skrin.

Mungkin sebab mental dan fizikal yang letih menyebabkan kakchik kepupusan idea nak menulis.

Mungkin juga kerana di dalam minda kakchik ni terlalu banyak cabang perkara yang sedang difikirkan. Kalau buat mind mapping ni mungkin kalah sarang labah-labah.

Adoi la... perasaan pun ada macam-macam. Ada rasa sedih, ada rasa geram, ada rasa terima kasih, ada rasa terkilan, ada rasa takut, ada rasa malu - semuanya berkecamuk sekarang ni tapi yang paling pasti, kakchik masih dapat bertenang. Alhamdulillah. Insya-Allah segalanya ada penyelesaian. Oh, terlupa... rasa menyampah pun ada.

Saja je nak lepaskan tension sekejap. Kalau tak lepas nanti kan meleret pulak... kakchik ni jenis yang nak cepat hilangkan perasaan yang negatif sebab ia akan melambatkan segala kerja. Lebih baik banyak perasaan positif barulah semangat je nak buat apa-apa. Sebab tu wajah nak kena selalu ceria. Kalau ada masalah sikit, tentu orang lain boleh rasa TAPI MUNGKIN BUAT-BUAT TAK FAHAM saja.

Yang paling atas dalam fikiran kakchik sekarang ni ialah MARIBACA. Kalau kakchik ni jenis tak fikir panjang, agaknya dah banyak kali kakchik ni merajuk. Kesian kat kedai kakchik tu... kalau staf bercuti alamak meranalah dia. Kakchik pun tak kan nak selalu ambil cuti kan... inilah susahnya kalau bekerja dan ada bisnes pulak. Dulu ingatkan ORANG-ORANG TERDEKAT akan cuba membantu tapi bila dah masing-masing SIBUK, dalam saat-saat adhoc terpaksalah memendam rasa dan usahalah sendiri. Kalau IKUTkan HATI, nak saja rasanya BERHENTI KERJA tapi cukupkah hanya dengan GAJI CIK ABE sorang? Itulah masalahnya.

Dalam kehidupan yang belum betul-betul stabil ni, kakchik akan usaha juga menambah pendapatan. Hajat di hati nak buat umrah tahun depan, nak naik haji tu mungkin lambat sikit. Tapi yang prioriti sekarang ni ialah HUTANG WAJIB DIBAYAR. Kakchik nak selesaikan dulu hutang-hutang dengan penerbit buku dan juga hutang dengan bank (kereta). Mana boleh nak bersenang-senang saja sedangkan hutang-hutang tu belum langsai kan?

Bagi kakchik, kita WAJIB BERTANGGUNGJAWAB atas setiap urusan yang kita pikul. Misalnya kalau ambil barang orang dengan kredit, SEBOLEH MUNGKIN kita usaha membayarnya dengan segera. Kalau tak boleh bayar cepat, maklumkan kepada pemiliknya bukan berdiam diri saja. Diam dalam situasi begini langsung tak akan menyelesaikan masalah malah menambah masalah seperti, orang akan hilang kepercayaan kepada kita, buat tanggapan buruk, meluat dengan kita, benci dengan kita dan boleh jadi membawa mulut pasal kita. Itulah yang kakchik bimbang sebab kakchik tahu Allah tak suka sikap begitu. Moga-moga dijauhkanlah sikap begitu dari diri kakchik.

Gitulah dulu... kepala pun masih sakit lagi ni sejak 2 hari lepas. Kat luar tu bunyi riuh-rendah staf lain sedang minum pagi. Kakchik pun nak rehat sambil minum susu sekejap. Dah lega sikit, hehehe.

(Gambar kat atas sekali tu, gambaran pagi tadi... sekarang dah COOL)

12 comments:

  1. Ahah kak chik..saye pum camtu jugak..kalau ada apa2 perasaan yang tak elok kalau boleh nak
    cepat2 hilangkan perasaan tu...

    Yalah bukannya apa...takut kesan sampingannya terkena pada org yang tak sepatutnya...

    Semoga kita sentiasa tabah ye Kak Chik..!

    ReplyDelete
  2. aJa, betul sangat pasal kesan sampingan tu.

    ReplyDelete
  3. Ooo...tension ke ?

    Kak tie ni tension juga... sabor je laa.... selalu telan pil sebab migrain.. ni pun baru ok sikit, baru boleh ngadap pc....

    Tenang2kan hati, tok sah fikirkan sangat... biarkan je..........

    Kak tie selalu berzikir bila tension...dapat kurangkan stress...hihi...

    ReplyDelete
  4. salam kakchik...takutnye cikmin tgk gambar yg mula2 tu..byk betoi perasaan kakchik masa tu kan...alhamdulillah bila kakchik kata dah lega sket....

    ReplyDelete
  5. kak tie, pagi tadi yg tensionnya, skrg dah cool, hehehe. kakchik suka dengan orang baca Qur'an. Nak berzikir, kakchik belum berjaya bertahan lama, kejap je dah mula mengantuk tapi baca Qur'an boleh tahan lama.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam cikmin, hehe kesian cikmin sampai takut. gambar tu ekspresi perasaan pagi tadi, skrg dah banyak cool.

    ReplyDelete
  7. Salam kak chik....
    wahhhh...lain macam aja bunyi nya...
    memang sesi luahan perasaan ni..

    sabar ye kak chik...
    idup, kalau tidak diduga, bukan idup namanya....

    ReplyDelete
  8. Wkslm TC,
    bunyi apa yang lain macam tu TC? bunyi orang tengah lepaskan geram adalah kot, hehehe. tapi geram kakchik pagi tadi je, sekarang dah tak geram dah. alhamdulillah.
    memang hidup ni penuh dugaan kan.

    ReplyDelete
  9. Salamz,
    Sabarlah k.chik,
    Dalam kehidupan ada bermcm2 ujian.
    Bercelaru juga satu ujian. Kesabaran & bijak berfikir mengatasi segalanya. Toko buku Maribaca tu kena ambil staff yg consisten dgn kerja. Saya sendiri alergi kalau bekerja dgn sedara terdekat. Kalau ada masalah dgn pekerja kita jadi serba salah nak menegur staff. Semoga segalanya diselesaikan dgn cara yang paling bijaksana. Mcmana sekarang dah sehat ka? Harap semuanya OK. Cantik niqab dan tudung k.chik tu. Nampak ada tranformasi dlm berfesyen.


    p/s: Semoga K.chik dimurahkan rezeki & menjadi pilihan ALLAH utk mengerjakan umrah & haji secepat mungkin.

    ReplyDelete
  10. Wkslm Kittun,
    Terima kasih... rasanya kakchik cuba bersabar sebanyak mungkin tapi nak juga luahkan, sebab tu kena menulis. Hehe venting out omputih kata.
    Setakat ni takde masalah sgt di kedai tu sebab sepupu dan adik (sebelum ni) mmg dpt keje dgn baik dan kakchik blh menegur mereka kalau ada yg tak kena dan mereka pun ok. Cumanya bila nak cuti pjg tu yg prob sikit sebab stafnya cuma sorang, hehehe. Insya-Allah dah ada pengganti sementara.
    Alhamdulillah, kakchik dah sihat dan kembali bekerja seperti biasa.
    Pasal fesyen niqab tu takdelah baru sangat sebab kakchik selalu juga pakai macam ni cuma tak pernah letak gambarnya dlm blog, hehehe. Tu gambar dengan shayla terbaru yg dapat masa beli abaya.
    Terima kasih ya Kittun utk doa Kittun tu. Semoga Allah makbulkan.

    ReplyDelete
  11. Nama pun manusia biasa...sesekali terperasaan jugak walaupun puas dipujuk dan dirayu hati nan satu..hehehe..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs