Sarapan @ Makan Tengahari |
Assalamualaikum dan selamat pagi yang ceria untuk semua. Selamat bersarapan untuk mengalas perut bagi memulakan aktiviti pada hari ini.
Pastikan Doa Sebelum Makan dibaca agar makanan yang dimakan berkat, makan menjadi ibadah dan syaitan tidak dapat berkongsi makanan kita.
Jika terlupa nak membaca sebab lapar sangat tadi dan terus saja 'ngap' masih ada doa yang boleh dibaca agar kita tidak terus berkongsi makanan kita dengan syaitan tu. Bacalah Doa Ketika Terlupa Membaca Doa Makan ini:
Sedapkan bila perut telah diisi, badan rasa lebih bertenaga, fikiran pun lebih mantap dan iman kita pun menjadi kuat kerana kita telah menambah ibadah pada pagi ini. Minumlah air perlahan-lahan selepas habis makan. Lepas tu bacalah Doa Selepas Makan sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah dengan rezeki kita pada pagi ini.
Selamat meneruskan ibadah untuk hari ini. Segala amalan kita akan menjadi ibadah bila kita lakukannya kerana Allah. Sama-sama kita usahakannya.
Assalamualaikum kakchik. dah sarapan ke? hari ni umi brunch je sbb kalut sikit first day back to work (lepas 'bertapa' hampir 2 bln kat umah). Rasa lapar benar tgk gambar makanan kakchik ni yum..
ReplyDeleteDah byk kali sign in nak jadi follower, asyik sanggkut je kat traffic Internet ni hm..menduga kesabaran sungguh!
Wa'alaikummussalam umi. w/pun amat lambat kakchik reply komen umi yang ini, insyaallah kakchik yakin smasa komen ini di'publish' kakchik telah selesai sarapan. Huhu, gambar makanan segera pun umi boleh jadi lapar, tak tahulah kalau hidangan lengkap LOL. Ala... umi masak lagi best la.
ReplyDelete