Followers

2.2.11

Bangga rasanya. Alhamdulillah.

Kelantan Hantar RM120,000 Bantu Pelajarnya Di Mesir

KOTA BARU: Kelantan hari ini menghantar wang tunai RM120,000 menerusi misi kemanusiaan Mercy Malaysia ke Mesir bagi membantu 1,281 pelajar negeri itu yang terperangkap di sana.


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bantuan itu yang dibawa bekas Pengerusi Kelab Pelajar Mesir selaku wakil kerajaan Zulkifli Yaakob bertujuan membantu pelajar Kelantan membeli bekalan makanan.


"Bantuan itu untuk pelajar Kelantan yang dikatakan tidak cukup bekalan makanan dan dijangka tiba di Kaherah esok," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


"Saya juga harap rakyat Malaysia dapat dibawa pulang dengan selamat dan seberapa segara berikutan keadaan kian meruncing," kata Nik Abdul Aziz yang turut meminta Presiden Mesir Hosni Mobarak tunduk kepada tuntutan rakyat negaranya agar berundur bagi memulihkan keadaan. BERNAMA

Terima kasih banyak Kerajaan Negeri Kelantan. Dalam keadaan yang begini genting bagi para pelajar kita di sana, bantuan telah dihantar. Semoga RM120 ribu itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban lebih 1,200 orang pelajar Kelantan di sana.

Semoga semua rakyat Kelantan dan pastinya seluruh rakyat Malaysia yang berada di Mesir akan selamat dibawa pulang. Terima kasih Kerajaan Malaysia kerana telah menghantarkan misi penyelamat ke sana. Semoga misi ini berjaya dan lancar.

2 comments:

  1. Salam kak Chik,
    Saya pun bangga... :) Kelantan pun hantar bantuan. Negeri lain pun kena la buat sama. Kat Mesir harga makanan dah melambung tinggi. Makanan pun dicatu. Moga dirahmati Allah selalu..

    ReplyDelete
  2. wkslm nur. terima kasih nur. insyaallah negeri2 lain pun pasti ada yg menghantar bantuan. syukur kan sebahagian sudah selamat dipindahkan. harap2 semuanya akan selamat.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs