Followers

13.2.11

Uban

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terasa macam lama je kakchik tak menulis di blog Keluargaku Sayang ni walhal siang tadi kakchik ada jenguk-jenguk sekejap untuk membalas komen-komen yang mana sempat. Makin hari makin cepat letih rasanya untuk mencari idea untuk dikongsi dengan kalian semua. Hehehe memang kakchik makin tua dah ni. Jiwa je masih muda.

Setiap hari umur kita makin bertambah dan kita pula makin lalai dan leka. Nasib baik Allah jadikan rambut ni boleh beruban, dapatlah sikit peringatan yang diri ni masih terlalu jauh dari prestasi terbaik dalam amal ibadah. Petang tadi sewaktu mandi, kakchik syampoo rambut dan macam biasa banyaklah juga rambut yang gugur. Kakchik kutip dan gumpalkan rambut yang gugur tu untuk dicuci dan simpan dalam bekas khas untuk ditanam.

Dalam banyak-banyak tu tiba-tiba kakchik ternampak ada sehelai yang warna putih. Huhu, uban kakchik rupanya. Ini ialah yang ketiga yang kakchik jumpa. Tahun lepas kakchik jumpa 2 helai dan ada kakchik simpan dalam buku catatan harian kakchik sebagai iktibar. Peringatan agar kakchik sentiasa sedar diri yang hidup kakchik ni hanyalah pinjaman dari Allah saja. Bila-bila masa pun Allah boleh ambil balik. 

Sumber: Beauty Care Remedies

Uban yang 3 helai ni kakchik simpan kerana ia banyak menginsafkan diri kakchik. Hidup riang-ria macamana sekalipun kena ada banyak masa mesti serius. Serius dalam menjalani hidup di atas dunia sebagai isteri, sebagai anak, sebagai menantu, sebagai pekerja, sebagai peniaga, sebagai ketua dan sebagai orang yang pasti akan mati dan akan menghadap Raja kepada segala raja iaitu Allah SWT.

Kakchik senyum bila kakchik jumpa uban yang ketiga tu. Teringat kata seseorang, "Orang yang ada uban ni tandanya dia sudah matang dalam hidup. Kata-katanya bernas, dirinya menjadi ikutan dan pedoman orang lain." Alangkah bagus kalau ianya memang benar untuk diri kakchik ni. Sayangnya kakchik masih belum begitu matang. Ada banyak pendekatan kakchik yang masih tidak sepadan dengan usia kakchik. Belum matang lagi.

Ada orang kata uban di kepala tandanya kita ada penyakit. Betul juga dan tidak betul pun ya juga. Kalau kaji dari segi sains kesihatan, kakchik pernah membaca tentang pelbagai punca yang menyebabkan seseorang mendapat uban di usia yang lebih awal. Tapi kalau tak silap, jika sehelai dua tidaklah berbahaya. Jadi, tak perlulah bimbang kan? Yang penting kesihatan diri hendaklah sentiasa dijaga walaupun rambut dah mula beruban.

Boleh baca Akibat Gaya Hidup Tidak Sihat: Beruban Sebelum Usia untuk tambahan ilmu.

Ada orang yang takut dan malu dilihat orang rambutnya yang beruban maka mereka mewarnakan rambut mereka. Persoalannya, boleh ke? Bukankah kejadian uban itu adalah kejadian ciptaan Allah juga? Maka carilah ilmu dari hadis dan al-Qur'an tentang hal ini. Insyaallah akan ada panduannya. Dan jangan pula ambil mudah-mudah saja mengatakan mewarnakan rambut itu tak boleh atau mewarna rambut itu boleh. 

Carilah ilmu biar jelas dan jangan main ikut membabi buta saja. Ingat, nak buat sesuatu mestilah dengan ilmu kalau tidak kita akan menjadi orang yang rugi kerana melakukan perkara yang sia-sia. Di sini ada tulisan berkenaan Hukum Mewarna Rambut. 
Bacaan tambahan: Hukum Mewarna Rambut - baca dari awal hingga akhir ya.

Uban hai uban, biarlah engkau menjadi pemberi ingat kepada diriku yang lalai. Insyaallah aku akan kembali kuat semangat untuk menjalani hidup secara Islam. Terima kasih Allah kerana menjadikan uban di kepalaku ini.

10 comments:

  1. salam
    buat apa nak malu bila tumbuh uban..tak payahlah nak kaler rambut...bkn kah itu peringatanNYA
    yg kita semakin dekat menemuiNYA..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Berkenaan uban ini ada beberappa hadis yang menarik.

    Yang pertama Nabi SAW menegah perbuatan mencabut uban kerana ia akan menjafi nur/cahaya pada hari akhirat nanti. Kalau tak salah dari riwayat Abu Daawood and At-Tirmithi

    Yang kedua ialah setiap uban akan menberikan satu pahala dan menghapuskan satu dosa. Yang ini saya tak ingat dah dari kitab mana tapi hadis sahih jugak kalau tak salah saya.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Assalam kakchik.
    Latifah yang belum masuk 30 pun dah beruban jugak...
    Mula ingat sebab syampoo, tapi bila dah tukar syampoo pun, still beruban gak.
    Jadinya redha je lah, sebagai peringatan usia yang semakin bertambah.
    =)

    ReplyDelete
  4. salam kakchik, sy beruban sejak form 5 lagi tapi itu tak jadikan sy tension :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum wbt..

    saya pun ada beberapa helai uban disebabkan master.. erm.. klu lihat sekarang ramai student u ada banyak uban.. mungkin faktornya adalah stress dan corak pemakanan...

    http://ambo-store.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Wkslm kak kam. Betul kak, tak perlu malu bila rambut dah mula beruban. Sayangnya ada juga orang di luar sana yang malu maka mereka sanggup warnakan rambut. Kononnya nak sentiasa kelihatan muda. Semoga orang macam tu insaf juga nanti.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam ahong.
    Memang betul tu. Kakchik ada membaca hadis tu dalam banyak buku dan artikel berkenaan kesihatan dan perubatan Islam. Dalam artikel tentang kedoktoran pun ada. Terima kasih sebab kongsikan di sini untuk tatapan bersama.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikummussalam Latifah.
    Kakchik rasa uban di kepala Latifah tu lebih kepala kesan tekanan semasa belajar kot. Kadang-kadang bila otak kita kuat berfikir, uban boleh tumbuh. Apa pun, kakchik percaya ia tak membahayakan.

    ReplyDelete
  9. Wkslm intan. Bagus sekali. Begitulah yang sebaiknya. Kalau kerana uban diri boleh tertekan, buang masa aje kan?

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam syudet.
    Kakchik pun rasa tanggapan syudet tu betul.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs