Followers

22.2.11

Tahniah Bob Lokman!

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pertama sekali kakchik nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua teman-teman blogger dan pembaca yang singgah di sini mengucapkan selamat sempena ulang tahun perkahwinan kakchik dengan cik abe. Terima kasih banyak terutama bagi yang mendoakan kebaikan ke atas kami berdua. Semoga kalian juga mendapat banyak pahala kebaikan di atas segala niat baik kalian.

Keduanya, kakchik sangat bersyukur dengan berita terkini mengenai Bob Lokman yang terkenal dengan lawaknya di dalam tv. Siapa sangka, hidayah Allah datang di dalam jiwa seorang lagi insan seni tanah air kita. Semoga penghijrahan Bob Lokman kepada jalan Islam mendapat doa kebaikan dari kita semua. Bila hati telah tekad mahu mencintai Allah dan jiwa memberontak mahu membina sebuah keluarga Islam yang sebaik-baiknya, maka angin keinsafan tidak akan ditangguh-tangguh lagi. Syukur dan tahniah untuk Bob Lokman!

Kakchik hari ni bukan lagi penonton setia tv kerana kehidupan harian kakchik jarang sekali memungkin untuk kakchik berlama-lama di hadapan kaca tv. Sesekali saja kakchik ada peluang itu dan itu pun hanya tonton sambil lalu saja. Sepanjang program Raja Lawak disiarkan di tv tidak pernah sekalipun kakchik menontonnya jadi kakchik tidak tahu siapa yang menjadi juri dan siapakah artis-artis yang menyertai, memenangi dan sebagainya. 

Bila tiba-tiba ada kawan yang tag video Raja Lawak mengenai penarikan diri Bob Lokman dari menjadi juri, hati terpanggil untuk melihat apa cerita di sebaliknya. Rasanya semua orang dah tengok video ini:



Tentu terkejut habis para penonton siaran langsung ni kan? Mungkin ada yang ingat Bob Lokman buat lawak je sebab itukan program Raja Lawak tapi hakikatnya dia memang serius. Tak sangka tapi kakchik bangga. Berani sungguh beliau mengambil kesempatan berbuat demikian di dalam rancangan yang disiarkan secara langsung untuk memberitahu keputusannya. Tambahan pula beliau sempat berdakwah,
"... takut banyak sangat ketawa kan cepat pulak pergi nanti kan...."

Satu peringatan yang sangat baik untuk kita semua. Hidup ni memang perlukan juga unsur-unsur lawak, lucu dan kelakar bagi menghiburkan hati kita tapi bila terlalu banyak, maka ia akan menyebabkan kita lalai dan leka. 

Kakchik amat yakin, ramai insan seni di negara kita berada dalam situasi yang sama seperti Bob Lokman sebelum berhijrah dan mereka ada kemahuan untuk berhijrah. Banyak faktor yang menyebabkan mereka cepat atau lambat berhijrah yang mungkin boleh kita buat andaian dan tak boleh buat andaian. Bagi yang bulat keyakinan dan berani, mereka melangkah seperti Bob Lokman. Bagi yang masih punya maslahah, mereka melangkah perlahan-lahan. Semoga makin ramai insan seni yang berubah ke arah kebaikan dan turut serta dalam menyebarkan kebenaran.

Pagi ni kami di Zahra' macam sebulat suara membaca blog Bob Lokman dan masing-masing bersyukur atas perubahan diri beliau. Marilah kita sama-sama mendoakan agar hajat beliau untuk mendidik anak-anak beliau dengan sebaik-baiknya menurut Islam akan tercapai. Bukan mudah, kita semua pun tahu tapi boleh diusahakan. 

Blog Bob Lokman : DEMI ALLAH

10 comments:

  1. Assalmualaikum kak chik...sblm tu nak ucap selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 9 ye...semoga terus mendapat berkat hingga ke akhirnya..sama kita thn ni sambut anniversary ke 9, Ana hari khamis nanti cukuple 9 tahun hidup bersama suami..hehe

    ttgpost kakchik harini..Alhamdulillah, dah makin ramai artis2 malaysia ni yg berhijrah ke arah yg lebih baik kan..kdg2 org2 yg melihat artis2 zaman skrg ni macam2 dikutuk, sedangkan siapala kita nak kutuk2 & hina makhluk Allah lain, biar kita benci & kutuk sikap & kelakuan tak baiknya sudahla kan, jgn kutuk & benci orangnya, mana tahu 1 hari Allah bg hidayah, berubah mnjd lbh baik..

    pjg lak eh...bkn nak kata saya lbh baik le, sekadar peringatan kpd diri sendiri, mana tahu terdetik di hati sanubari ni kan..hehe

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.
    terima kasih Allah yang mengurniakan hidayah kepada Bob Lokman.

    Moga kita semua sentisa di dalam lindungan-Nya... Aminnnn.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah......thanks kak chik....ayu pun nak share link utube n blog bob lokman ni.....:)

    ReplyDelete
  4. bagus la kan kak chik dia berhijrah untuk kebaikan....dari dulu lagi tengok bob nih kata2 dia selalu mendalam....maksudnya..

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Anna.
    Terima kasih banyak. Selamat hari ulang tahun untuk Anna juga. Esok, ada buat sambutan ke dgn suami? Kakchik doakan Anna dan suami akan bersama-sama mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
    Memang betul tu. Kita hanya boleh kritik sikapnya bukan orangnya tapi mengutuk ni sebaik-baiknya kita elakkanlah takut nanti berbalik kat kita. Tak mahulah kan?
    Sebab itu kita kena sama-sama beringat.

    ReplyDelete
  6. Latifah, kita semua gembira dengan berita ini kan? Kakchik percaya, ramai orang di luar sana yang mengharapkan dan mendoakan perubahan untuk artis-artis kesayangan mereka. Berubah kepada jalan yang Allah redhai. Insyaallah ramai lagi akan insaf dan menyusuli Bob Lokman.

    ReplyDelete
  7. Sama-sama Ayu. Silakan. Takde masalah.

    ReplyDelete
  8. Betul shiori. Kakchik tak kenal sangat dengan Bob ni tapi mungkin latar belakang keluarganya dan didikan yang dia terima semasa kecil dulu kini dapat membuka mata hatinya. Shiori yg biasa tengok dia dlm tv tentu lebih kenal.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,kak chik...
    apabila diri melakukan penghijrahan....pasti mengundang pelbagai persoalan dimata masyarakat.namun,kekuatan yang datang bukan saja datang daripada dalam diri sendiri, namun Allah jua lah yang berkuasa membolak-balikkn niat hati kita.buat Bob Lokman, moga beliau teruskn usahanya ke jalan Allah...=))

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam ain.
    Betul tu ain. Bila kita melakukan perubahan ke arah kebaikan, nafsu dan syaitan makin kuat memainkan peranan untuk menggelincirkan kita dari landasan kebenaran. Sebab itulah kita kena selalu berdoa agar Allah tetapkan iman kita. Insyaallah kita semua akan selamat.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs