Followers

8.2.11

Purdah Juga Satu Jalan Untuk Berdakwah

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kakchik tidak tahu berapa ramai di luar sana yang bekerja di peringkat pengurusan atau di peringkat eksekutif adalah muslimat berpurdah. Setakat pengetahuan kakchik dari kenalan yang agak ramai kebanyakannya adalah dari kalangan usahawan dan para pendidik. Selebihnya adalah surirumah. 

Gambar hiasan dari arkib 2009.

Kali ini kakchik ingin berkongsi pengalaman peribadi sebagai seorang muslimah berpurdah yang bekerja di sektor swasta di bahagian pengurusan dan pentadbiran. Oleh kerana ia pengalaman peribadi maka ia tidak boleh disamakan dengan orang lain. Dan setiap orang yang bekerja mempunyai pengalaman yang pastinya berbeza dan unik.

Tidak lama lagi cukuplah 11 tahun kakchik bekerja di perpustakaan ini. Dalam tempoh 11 tahun itu, 7 tahun darinya secara sambilan kakchik bina bisnes kedaibuku iaitu MariBaca Bookstore dan setahun lepas menjadi penjual abaya Dubai melalui Abaya Elegan. Kakchik tetap bekerja, berniaga dan dalam masa yang sama kakchik menyambung pengajian di OUM dan bulan Mei 2010 kakchik telah grad. Alhamdulillah.

Sepanjang tempoh itu kakchik amat bersyukur kerana Allah sentiasa memberikan diri ini kekuatan untuk kekal memakai purdah. Ada masanya kakchik melalui pengalaman indah, melucukan, menyedihkan dan menyakitkan hati berkaitan dengan purdah ini. Semuanya kini menjadi kenangan dan mungkin akan dialami lagi satu masa nanti.

Antara pengalaman indah yang kakchik ingat hingga ke hari ini ialah bila orang bukan Islam tertarik untuk bertanya kenapa kakchik menutup muka sedangkan ramai yang lain bertudung sahaja atau tidak bertudung. Dari situlah kakchik menggunakan peluang yang ada untuk bercerita tentang keindahan Islam. Banyak juga yang ditanya tapi masa yang pendek sewaktu insiden pertemuan itu menyebabkan kami hanya berbincang tentang perkara asas saja yang banyak memfokus kepada pakaian wanita Islam.

Dari kata-katanya kakchik yakin mindanya lebih faham dan terbuka tentang kepentingan menjaga aurat pada wanita Islam. Kakchik mendoakan dia masuk Islam tapi Allahu'alam tiada berita selepas itu kerana kami tidak sempat bertukar maklumat perhubungan.

Minat kakchik yang mendalam dalam usaha galakan membaca di kalangan kanak-kanak juga telah membawa kakchik ke beberapa buah sekolah rendah dan tadika untuk membentangkan kertas kerja, berceramah dan juga menjalankan aktiviti seperti bercerita. Ada pihak sekolah yang terkejut bila melihat tetamu khas mereka datang dalam pakaian serba hitam dan berpurdah.

Memang ada pandangan sinis dan prejudis kakchik lihat dan alami. Tapi dengan kemahiran komunikasi yang ada kakchik gunakan sebaik-baiknya peluang menjadi tetamu mereka untuk menonjolkan akhlak terbaik sebagai seorang muslimah berpurdah yang yakin untuk berucap di khalayak ramai mengenai sesuatu topik di samping membawa imej Islam yang sebaik-baiknya.

Ringkasnya sehelai purdah yang asalnya menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dan sinis telah menjadi pembuka jalan untuk kakchik berdakwah. Selain dua pengalaman yang kakchik kongsikan di atas, ada banyak lagi pengalaman dakwah yang ada hubung kain kait dengan pakaian kakchik. Ada orang memilih untuk diam saja di rumah dan menambah ilmu dan amal-ibadah tapi kakchik memilih untuk turun ke medan masyarakat untuk sama-sama menarik masyarakat terutama wanita Islam untuk mencintai pakaian menutup aurat.

Purdah tidak menghalang tapi memberi kakchik kekuatan untuk ke depan bagi membantu Islam. Kakchik percaya, bila kita benar-benar yakin dan bangga dengan pakaian kita, kita akan membawa diri sebagaimana yang Islam telah ajarkan. Matlamat dakwah hanyalah satu iaitu mencari redha Allah dunia akhirat. Kaedah dakwah ada pelbagai, gunalah mana yang halal, selari dengan ajaran Islam dan kita selesa dengannya. Berani kerana benar.

15 comments:

  1. Salam Kakchik,

    Tak mampu rasanya nak jadi seperti Kakchik. Byk sgt yg "kosong" pd diri saya ni.I'm not a good muslim.

    ReplyDelete
  2. salam kak chik..
    perkongsian akak ni amat bererti ..tq kak...

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan...
    Yang berkerja di sektor kerajaan tak boleh pakai purdah kerana telah disyaratkan begitu. tapi saya pernah melihat sendiri kegigihan seorang pensyarah INTAN yang berpurdah. Dia buka masa berceramah dan ketika menjalankan tugas rasmi. tapi bila waktu lain seperti makan, bawa kerta, dia akan pakai purdah. masyaAllah... kuatnya semangat beliau. Moga ALlah kuatkan saya juga untuk kembali berpurdah suatu ketika nanti seperti dahulu... Ameen..

    ReplyDelete
  4. salam ukht
    saya baru je berjinak dgn niqab ni
    hamdlillah.nikmatnye hanya si pemakai yg tau
    sy bhasrat utk mmkai niqab ini shgga akhit hyat
    insyaAllah.
    doakn

    ReplyDelete
  5. Salam Chik,

    Baca pengalaman2 chik berpurdah ni menguatkan lagi keazaman akak, kalau mula2 dulu akak memang berat nak keluar dengan berpurdah, tapi sekarang tidak lagi, dah boleh ke mana2 dengan berpurdah, setakat ni tak de masalah, rata2 masyarakat kita tak kisah sangat. Kecuali kat tempat kerja, tapi akak berazam nak pakai jugak dan sekarang sedang mengumpul kekuatan, insyaAllah Allah akan kabulkan doa akak dan permudahkan urusan nak berpurdah secara istiqamah.

    Pengalaman pahit tu memang ada, tapi yang manis dan menyejukkan hati lebih banyak.

    ReplyDelete
  6. Wkslm Alasmal.
    Kakchik pun masih ada banyak yang kosong dalam diri Dayang. Kalau kakchik tengok para pimpinan Muslimat yang selalu sibuk ke sana-sini memperjuangkan Islam, kakchik rasa diri ini sangatlah lemahnya.

    ReplyDelete
  7. wkslm ain. sama-sama ain. segala yang baik adalah dr Allah juga, yang kurang itu dari kelemahan diri kakchik juga.

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan kembali arni.
    ha'ah kakchik ada dapat makluman pasal tu. sektor swasta pun kena tengok juga, ada ramai kenalan yang terpaksa berhenti kerja kerana majikan suruh buka purdah tapi ada juga yang buka purdah terus kerana kerja. niat masing-masing hanya Allah yang tahu. insyaallah arni pun boleh jadi seperti pensyarah INTAN itu.

    ReplyDelete
  9. wkslm adik mujahidahsolehah. alhamdulillah dan tahniah. semoga Allah memakbulkan hajat adik dan sentiasa menguatkan hati adik untuk istiqomah.

    ReplyDelete
  10. Wkslm kak haza.
    Alhamdulillah kak. Bila praktis dan usaha disekalikan dengan niat yang suci, insyaallah lama kelamaan kita menjadi mudah mengamalkannya. Insyaallah sampai satu masa akak akan mampu juga memakainya bila bekerja. Kita ingat pengalaman yang manis ajelah kak, baru kita sentiasa semangat.

    ReplyDelete
  11. Salam kak,

    Rupanya pakai purdah pun ada banyak dugaan ya?
    Tapi saya rasa org sekeliling lebih mhormati. (tak tahu la sbb sya pun masih byk kekurangan dlm pemakaian)

    ReplyDelete
  12. Wkslm Mekar. Pakai purdah lagi banayak dugaannya. Syaitan lagi kuat menggoda. Nafsu makin kuat meronta. Masyarakat pula masih ramai yang prejudis. Mereka akan menghormati bila mana orang yang memakai purdah ini tidak eksklusif tapi dinamik suka bergaul bersama mereka dengan akhlak yang terpuji. Kalau buat silap sikit, ia kelihatan spt besar.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum k.chik..jazakillah ats perkongsian...mebca hasil perkongsian k.chik ni..mmbuatkan hati saya makin mekar utk trus beristiqomah...doakan saya terus istiqmah bila pulang ke tanah air nnt..^_^

    ReplyDelete
  14. wa'alaikummussalam PIA. afwan. alhamdulillah. kakchik doakan PIA akan terus istiqomah bila pulang dan turun ke medan masyarakat nanti. insyaallah hati yang yakin payah nak diganggu-gugat.

    ReplyDelete
  15. excellent sharing kak chik.
    I pray that Allah grant you with strength and peace all together to accompany you all the way through the obstacles and towards Jannah. Insyaallah. ^_^

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs