Followers

1.2.11

Mesir Bergolak: Moga Allah Lindungi Mereka

Assalamualaikum dan salam perjuangan. Salam kasih sayang untuk semua teman-teman, semoga sentiasa dilindungi Allah SWT dari mara bahaya di mana saja berada.

Sehari dua ni kakchik asyik mencari dan membaca berita-berita terkini tentang suasana di Mesir sana. Hati ini ada juga terasa risau mengingatkan sepupu dan lain-lain rakyat Malaysia yang masih berada di sana. Semoga Allah lindungi dan selamatkan mereka semua.



Dari pemerhatian kakchik, bila rakyat ditekan, ditindas dan diperas maka natijahnya terjadilah revolusi seperti di Tunisia dan kini di Mesir. Negara yang kedua-duanya adalah sekutu Amerika yang pastinya sekutu pula dengan I.s.r.a.e.l. Ada berita yang kata, tentu kedua-dua negara yang gila kuasa tu kini dalam kerunsingan.

Pemimpin negara yang korup seperti di Tunisia dan Mesir itu ada juga di negara kita ni cuma tidaklah begitu dahsyat seperti mereka. Bila dunia dijadikan raja dan mereka menjadi hamba dunia, mereka pergunakan rakyat demi nafsu buas mereka yang tak pernah puas.

Harta kekayaan, pangkat kedudukan, semuanya begitu lekat di hati mereka. Akhirnya Allah bangkitkan ammarah rakyat yang selama ini dikekang hidup mereka. Nak beramal ibadah dihalang, dihadkan, nak beramal dengan cara hidup Islam dilarang, dikenakan hukuman. Nah! Kini Allah naikkan darah rakyat, natijahnya satu dunia menjadi bimbang.

Hati galau. Tapi belum lagi jiwa kacau. 

Yang mampu dibuat oleh kita yang lemah dan jauh ini hanyalah solat, doa, solat, doa, menulis dan jika mampu, demonstrasi. Ya Allah, lindungilah kami semua dari mara bahaya akibat bala-Mu ke atas nafsu buas manusia. Ya Allah, segeralah hadirkan bantuan agar kekacauan di bumi Anbia' akan segera tamat, moga damai kembali lagi. Tolong ya Allah, perkenankanlah doa hamba-Mu yang lemah ini.

2 comments:

  1. amin...risau juga dan sedih bila dgr suara pelajar Malaysia kat TV tadi.."minta kerajaan Malaysia bawalah kami balik...."

    ReplyDelete
  2. salam kakchik...
    sedih betol tgk mesir skrg.... dah tak macam dulu masa kiter pegi... kesian rakyat kiter apatah lagi umat islam amnya.... mudah2an cepat2 la aman....

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails