Followers

4.2.11

Things that happened during my absence from blogging

Assalamualaikum.

Post blog malam ini adalah dalam bentuk grafik. Kakchik sedang melalui musim ke M A L A S an sekarang ni yang agak kronik kerana asyik membaca, mencari, menonton berita mengenai konflik di Mesir. Tumpuan sukar diberikan untuk menulis seperti biasa. Oh, sebelum lupa, semalam ialah hari Drama Crazy. Memang crazy. Sibuk + kurang R A J I N = tak update blog. Maafkan kakchik ya kawan-kawan.

Shopping wearing my fav butterfly abaya.
Kasut terbaru - Ruccini.
Layan anak-anak buah membaca dan bermain.
Membelek majalah-majalah yang baru dibeli.
Singgah Courts Mammoth untuk tinjau harga sofabed. Berkenan sangat yang hijau ni.

Semua ni bukan berlaku dalam sehari tapi dalam beberapa hari. Kakchik rasa bersalah bila tak update blog sedangkan setiap hari ada tetamu yang singgah dan mungkin ada yang mengharapkan kakchik menulis sesuatu yang baru. Tak baik kakchik ni kan sebab tak dapat memenuhi janji dengan diri sendiri. Kakchik akan cuba sebaik mungkin selepas ni.

Insyaallah jumpa lagi selepas ini.


4 comments:

  1. assalamua'laikum kakchik.

    apa khabar? latifah juga dah lama tak update blog... lebih seminggu...
    macam2 hal kena dahulukan. huhuhu...

    kakchik sihat?

    ~ohhh bila nak rajin menulis balik ni? BW pun dah slow sangat~

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam latifah.
    alhamdulillah kakchik sihat2 saja. mungkin kita semua sibuk sangat di awal tahun ni. banyak perkara yg nak dibuat kan? hehe, macam ni lah semangat dlm blogging turun dan naik macam iman kita juga. insyaallah nanti semangat latifah akan kembali juga.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumwbh kak chik....lama tak tinggal jejak....Ayu busy kak, sbb ngan kerje kat sekolah, kelas fitness, tempahan cake, anak lagi n kuliah ayu last thesis ni..plus nak get ready before Ayu fly doha visit suami kat sana next week..

    MMM rindu kat kak chik....kak ok? Sihat dok? :)Moga Allah swt memudahkan urusan kak n meringankan kesulitan kak....amen....

    err, anak buah ayu yg belajar kat egypt pun dah dlm pjalanan balik sini kak....:)

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Ayu.
    Banyak sungguh kerja yang Ayu nak kena buat ya. Moga-moga semuanya berjalan lancar. Wah... seronoknya dia nak ke Doha. Nanti tentu banyak pengalaman yang boleh dikongsikan. Semoga selamat bertemu kasih ya Ayu hehe.
    Kakchik ok, alhamdulillah cuma mood menurun sikit skrg ni. Biasalah ni ada musim2 macam ni. Terima kasih ya. Semoga Allah ringankan dan mudahkan urusan Ayu juga.
    Khabarnya hari ni keadaan di Mesir makin pulih. Harap2 segeralah Hosni Mubarak turun takhta.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs