Followers

27.2.11

Jangan Lupa Bersarapan Untuk Elak Penyakit

Assalamualaikum dan salam ceria pagi Ahad.

Hari ni kakchik ambil cuti walaupun sudah siap memakai uniform, kakchik ambil cuti juga. Ummi kakchik masih tidak sihat. Tak sampai hati nak ke pejabat walaupun ada kerja yang belum siap. Alhamdulillah rakan-rakan sekerja boleh membantu. 

Kakchik ambil peluang untuk menulis sebentar sementara Ummi berehat selepas dia bersarapan sebentar tadi. Perut Ummi masih sakit, memulas-mulas dan semasa rumah agak sunyi ni biarlah dia tidur. Itupun Ummi bukannya mudah lelap apatah lagi bila ada orang sedang membaiki dinding rumah kami.

Sandwich Ringkas

Sarapan, janganlah kita ringan-ringan diri tidak mengambil sarapan. Walau sesibuk manapun kita, sarapan amat-amatlah penting untuk badan terutama otak kita. Kita pun tahu kan, otaklah yang mengawal  setiap fungsi dan pergerakan tubuh badan kita. Jika otak tidak mendapat cukup oksigen, maka kemungkinan besar fizikal kita akan mudah mendapat penyakit.

Wajibkan diri mengambil sarapan. Sedikit pun tidak mengapa asalkan ada makanan yang menjadi alas perut kita. Waktu yang sesuai untuk kita bersarapan pada kakchik ialah antara jam 7 pagi hinggalah jam 10 pagi. Paling elok ialah antara jam 7 hingga jam 8 kerana selepas itu kita biasanya sudah mula bekerja.

Kasihanlah pada diri kita yang memerlukan bekalan tenaga untuk meneruskan kehidupan. Jika kita tidak berusaha mengalas perut dengan makanan, macam-macam penyakit akan menyusul. Misalnya kembung perut, buluran kata orang Kelantan, sakit kepala (mana tak sakit kalau bekalan oksigen dalam darah kurang?), dan macam-macam lagi.

Jadi, untuk sentiasa ceria dan bertenaga, pastikan kita makan sarapan.

6 comments:

  1. sarapan memang penting.tp sy selalu lupa nak sarapan.hehe.pagi2 terus ngadap laptop :P

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikumwbh kak chik...ari ni ayu bekpes cereals jer.....mmm rindu nak makan pulot dakap kat kelantan....:)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. sizuka, jangan selalu sangat buat macam tu ya. sizuka tu masih belajar, kenalah selalu alas perut dgn sarapan. sarapan dgn laptop tak kenyang, nanti senang nak sakit kepala.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Ayu. Kakchik takleh makan cereal, nanti cepat lapar. Kalau roti atau nasi baru ok. Huhu, suka pulut dakap rupanya. Kena belajar buat sendirilah bila dok jauh tu.

    ReplyDelete
  6. sigmazetaz, kakchik guna roti gardenia biasa je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs