Followers

23.2.11

Mee Udang Punya Pasal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

2 mangkuk Mee Udang Telur yang enak.

Mendung sungguh semalam dan hari ni. Ditakdirkan Allah kakchik pula agak tak sihat tapi masih boleh datang kerja. Kiranya takdelah berat sangat. Nak masuk facebook rasa takde mood sebab perut dan belakang yang rasa sakit-sakit sikit. Mungkin kesan makan nasi air special malam tadi dan lama duduk depan komputer. Tapi, tak perlu risaulah ya, ini hanya sementara saja.

Tengahari ni sesuai sangat kalau crita pasal menu makan. Betul tak? Maklumlah di waktu ini kita semua mungkin memerlukan suntikan tenaga untuk menyambung kerja-kerja di sebelah petang nanti. Rasanya kalau kakchik ceritakan pasal apa yang kakchik makan sehari dua lepas tak jadi masalah la kan? Kalau tiba-tiba terasa lapar atau kecur air liur tu kakchik nasihatkan segeralah cari makanan ya. Kakchik tak dapat nak tolong :D

So... Ahad lepas, kakchik dan rakan-rakan ke SMO di KB Mall untuk membeli buku baru untuk perpustakaan kami. Ikut perancangan awal, selesai membeli buku kami akan ke Berek 12 untuk mencuba Mee Udang di restoran yang baru dibuka iaitu Restoran Mee Udang Berek 12. Sudah banyak kali kakchik lalu di depan restoran tu dan setiap kali lalu mesti kakchik teringat kepada Mee Udang yang kakchik pernah makan semasa ke Kuala Sepetang dulu.

Ada kakchik cerita di sini: Mee Udang Kuala Sepetang

Sekali makan sampai hari ni masih teringat-ingat. Jadi kakchik sudah pasang niat awal-awal nak ajak kawan-kawan makan bersama di situ nanti. Kakchik tahu K.Mar dan Dila tentu suka kalau dapat keluar makan mencuba makanan baru di tempat baru. Selepas kakchik beritahu mereka pasal restoran tu, sebulat suara kami setuju nak singgah makan selepas kami selesai urusan membeli buku.

Medan Selera KB Mall yang masih lengang.

Kita merancang dan Allah juga merancang. Apa yang kami rancang tidak berlaku seperti yang diharapkan. Alhamdulillah... kami dapat juga makan Mee Udang yang sedap tapi bukan di Restoran Mee Udang Berek 12 tapi di Medan Selera KB Mall. Macamana boleh jadi macam tu? Haha, tau sajalah bila ke KB Mall, Pukul 11 - 12.30 pagi kami gunakan untuk membeli buku di SMO hinggakan hajat nak ke Popular tak kesampaian. Tak cukup bajet daaa...

Jika kami ke Berek 12 semata-mata untuk makan, mungkin kami akan memakan masa yang lebih lama dan akan menyusahkan 3 orang lagi rakan sekerja yang mahu berehat pada pukul 1 petang. Kami buat keputusan untuk makan saja di Medan Selera. Naik je ke atas tu kakchik tengok banyak sekali gerai makanan untuk dipilih. Dan tiba -tiba ternampak, 

K.Mar dan Dila menunggu pegerai untuk membuat pesanan.

Apa lagi, seperti orang mengantuk disorongkan bantallah macam ni. Kami bertiga setuju untuk memesan 3 mangkuk Mee Udang Telur untuk dicuba. Alhamdulillah, kami tidak silap. Harga RM4.50 semangkuk amat-amat berbaloi kerana kualiti dan kuantiti. Kalau tak percaya kalian kenalah ke sana untuk mencuba. Memanglah udangnya tidak sebesar udang yang di Kuala Sepetang tu, yang tu udang gred A, harga pun RM12 semangkuk tapi yang ini pun sudah cukup memuaskan hati kami.

Kakchik punya. Yummy!
Bila dah keluar makan bersama ni tak sah kalau tak pencuci mulut. Kakchik pesan Pengat Pisang dan K.Mar beli Bubur Jagung, kami kongsikan bertiga. Itupun sudah sangat-sangat mengenyangkan dan memuaskan w/pun orang lain terpaksa tolong kakchik menghabiskan bahagian kakchik hehe. Perut kecik, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Betul tak?

Pengat Pisang ada Pulut. Sedap. Pulutnya lembut dan kena dengan selera.
Bubur Jagung yang tak dapat kakchik cuba sebab sudah kenyang. Lain kali ya.

Mudah sebenarnya untuk makan jika membeli-belah di KB Mall ni sebab ada Medan Selera di tingkat atas dan ada juga restoran makanan segera di tingkat bawah. Makanan di Medan Selera agak bagus dan harganya pula berpatutan. Kiranya masih boleh menjimatkan bajet. Pilihan makanan pun banyak, tempat duduk pun banyak, luas, selesa dan ceria. Kalau bawa keluarga pun ok.

Tapi... ada satu yang tak seronok bila dapat makan Mee Udang ni. Huhu, sangat-sangat tak bagus. Bukan saja tak bagus, menyakitkan dan menggeramkan hati setiap kali bila nampak. Nak tau apa dia?

J E R A W A T !!!

12 comments:

  1. wa'alaikumussalam, kakchik..

    hehe samalah dengan dni kalo makan mi udang atopun yang ado belacan.. memang naik jerawat :D

    ReplyDelete
  2. itulah dni, sehari selepas makan tu habis berdenyut seluruh kepala dan muka. adalah dua tiga biji yang naik, bawah kulit pulak tu. mak ai sakitlah juga.

    ReplyDelete
  3. Lepas lunch baca entri ni,
    Rasa lapar balik pulakdah!
    Mesti kena pergi Kuala Sepetang ni...ramai DAH CAKAP Mee Udang sana sedap!!

    ReplyDelete
  4. Assaalamuailaikum Kak Chik

    Saya ada email semalam , tanya pasal abya elegan. Dapat tak?

    -Sue-

    ReplyDelete
  5. W'salam....

    Kak tie tak pernah ke medan selera KB Mall tu, tak perasan lak. Mungkin sebab ia di tingkat atas.

    Tapi, nampak gambar mee udang Kakchik tu dah buat kak tie terpikat. Nanti bila balik Klate, bolehlah ajak abang singgah di KB Mall... :)

    ReplyDelete
  6. kak Chik.....grrrr...geram tengok itu udang posing dlm mangkuk mee tuh....ooo julawat yer.....tak per....abe sayang.......:)

    ReplyDelete
  7. Salam.. Sedapnya menu mee udang ni. Kalau kat JB susah sikit nak cari mee ni..

    ReplyDelete
  8. author faethal: maknanya kuat benar daya tarikan mee udang ni kan? hehe

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikummussalam Sue's Place. Kakchik terlewat membalas komen utk post yg ni. Sue ni Suriati ke?

    ReplyDelete
  10. Kak Tie, next time kena cuba tu kak. Harga kat situ jimat sikitlah berbanding kat tingkat bawah tu. Lagipun banyak pilihan makanan panas yang ada.

    ReplyDelete
  11. Ayu, memang tang makan asyik geram kat udang je. Bahananya bila udang semua dah masuk dalam perut, habis ler segala julawat ker... jerawat ker... mula menunjukkan wajah. Nasib baik abe sayang lagi hehe.

    ReplyDelete
  12. Nur, kalau susah nak jumpa nampaknya kenalah usaha buat sendiri. Kakchik ingatkan mee udang ni ada kat mana-mana je rupanya susah juga nak jumpa kat sana.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs