Followers

20.2.11

Selamat bertemu kembali

Assalamualaikum dan salam ceria di pagi Ahad bersamaan 17 Rabiulawwal 1432H.

Selamat bersarapan dengan lepat pisang.

Apa khabar teman-teman semua? Lama sungguh kakchik tak bertemu kalian di ruangan blog ni, terasa amat rindu dan ada banyak sangat perkara yang kakchik mahu kongsikan dengan kalian. Begitu lama tak menulis dari hati bukan kerana kakchik mahu meninggalkan dunia penulisan blog tapi tanpa sebarang alasan yang kukuh kakchik dengan sendirinya 'bercuti' dari menulis. Maafkan kakchik jika kalian tertanya-tanya apa yang berlaku. Jangan bimbang, kakchik sihat-sihat saja.

Insyaallah bermula hari ni jika kakchik tidak tenggelam dalam kesibukan kerja pejabat, ada masa rehat nanti kakchik akan kongsikan sedikit demi sedikit apa yang berlaku sepanjang kakchik menghilangkan diri dari blogging. Kakchik tahu tidak semua orang berminat untuk membaca dan mengetahui apa yang berlaku tapi sebagai kenangan untuk diri sendiri, kakchik akan catatkan juga di ruangan yang ada ni.

Sekarang ni kakchik nak bersiap untuk ke pejabat dulu. Semalam kakchik bercuti tapi hari ni sudah perlu kembali bekerja seperti biasa. Cuti lama sangat dari bekerja pun tidak produktif buat diri kakchik. Jadi lebih baik kembali ke perpustakaan dan menjalankan tugas seperti biasa. Rindu dengan Zahra' dan segala isinya. Tentu banyak perkara menarik yang berlaku di sana sepanjang kakchik bercuti dari Maulidur Rasul hingga semalam. Tak sabar rasanya nak tahu.

Ok lah, sampai di sini dulu untuk kali ini. Insyaallah nanti kakchik sambung kembali cerita untuk kalian. Wassalam.

12 comments:

  1. salam kakchik..

    sy pun lama tak berupdate...sbb sy kurang sihat...
    tgk lepat pisang tu teringin plak..sy suka lepat pisang tanpa ada inti di dalam...

    ReplyDelete
  2. terliur ler jugak..makan masa panas lagi manambahkan kesedapannya :)

    ReplyDelete
  3. Salam, kakchik..

    lama pula dni tak pekena lepat pisang. rindunya ;)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kakchik
    semoga kakchik sihat2 sahaja dan dalm lindungan Allah jua
    sedapnya lepat pisang tu
    pagi2 makan sarap dnegan lepat pun dah kenyang

    ReplyDelete
  5. wkslm asha. nampaknya kita berdua sama-sama hilang dr blogging buat sementara waktu. asha demam ke? atau... asha pregnant? kakchik pun dah agak lama tak jenguk blog asha. lepat pisang yg kakchik makan ni takde inti. kakchik pun tak suka yg ada inti.

    ReplyDelete
  6. mdshaari: memang betul tu. yang panas-panas lagi sedap tapi yang kakchik punya ni dah simpan dlm peti ais, sejuklah pulak.

    ReplyDelete
  7. wkslm dni. selamat menjadi tunangan orang. kalau tak silap kakchik di pasar kubang kerian tu ada orang jual lepat pisang. kalau terliur, cuba cari kat sana hehe.

    ReplyDelete
  8. wa'alaikummussalam ummu masyitah.
    terima kasih. insyaallah kakchik baik-baik saja. ha'ah memang sedap lepat ni tapi kakchik tak tahan kalau hanya makan kuih untuk sarapan, kena makan nasi juga. perut orang kelantan tulen hehe.

    ReplyDelete
  9. Kak Chik...pe kabor....sihat? Ayu kat doha ni...adala dlm 2 bulan kot, before we move to saudi...lama tak jenguk kak...maaf yer, sebab busy ngat!!! Tak tinggal jejak jer.....moga kak mudah di sana...:)

    ReplyDelete
  10. terliuq tgk gambar lepat pisang kak chik kat atas..

    ReplyDelete
  11. Khabar baik Ayu. Alhamdulillah, kakchik sihat.Dah sampai ke Doha dah dia. Tentu best dapat hilangkan rindu kat suami hehe. Best juga dpt tengok tempat org kan? 2 bulan? Huhu kalau kakchik la, tentu asyik shopping abaya je. Enjoy ya sambil2 mencari pengalaman. Nanti pindah ke Saudi di mana? Jangan lupa update ya. Terima kasih byk sb Ayu sudi selalu singgah kat sini.

    ReplyDelete
  12. sue, mai laa... lepat masih ada lagi ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs