Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar? Kakchik doakan kalian semua dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu. Rindu kakchik tak? Hehe, saja je tanya walhal kalian pun sibuk tiada masa nak rindu-rindukan kakchik yang sudah beberapa hari seperti letih-lesu dari blogging. Rindu sekali kepada aktiviti menulis, bercerita, berkongsi bahan bacaan dan nasihat-menasihati. Rindu juga untuk blogwalking yang sudah lama kakchik tak buat. Hakikatnya memang rindukan kalian tapi kakchik ada masalah.
Masalah kakchik ialan iman kakchik yang pasang surut dan akhir-akhir ini seperti agak surut daripada biasa. Diri kakchik ni seperti daun hanyut saja. Hidup sehari-hari macam tiada apa-apa yang penting padahal amanah yang perlu diselesaikan ada banyak. Rutin yang selalu berlaku ialah membuka tingkap rumah, duduk di kerusi, pandangan kakchik buang jauh-jauh ke luar dan fikiran menerawang ke sana-sini. Macam-macam yang kakchik fikirkan.
Empat hari kakchik cuti empat hari jugalah banyak masa kakchik terbuang begitu saja. Kakchik ada buat kerja-kerja rumah, mengemas, membasuh, membaca tapi selesai sahaja melakukan semua itu kakchik kembali kepada rutin tadi. Komputer kakchik buka sepanjang masa tapi kakchik langsung tidak produktif. Teruk sekali rasanya.
Perut juga selalu saja tidak sihat dan sememangnya perut kakchik memang sangat sensitif kepada sebarang perubahan yang berlaku di minda kakchik. Bila minda berkecamuk, perut akan mula meragam. Kena pula di dalam situasi itu ada orang marah atau sakitkan hati kakchik, maka kakchik akan lagi mudah jadi pendiam dan kadang-kala pendendam. Tapi kakchik mudah pulih dan cepat pulih dengan sentuhan dan senyuman.
Di waktu-waktu begini yang kakchik tidak dapat tunaikan solat wajib 5 waktu, iman kakchik tersangatlah lemah. Terbaca sesuatu yang menyedihkan, airmata mudah sekali mengalir, mendengar cerita-cerita yang sepatutnya membahagiakan, air mata mengalir juga, melihat kegembiraan orang, menangis lagi. Memang sensitif dan lemah. Pendamkan saja bila ada orang di sekeliling.
Sukar untuk diceritakan tapi dengan menulis begini, terasa sedikit kelegaan. Usahlah ada yang meneka-neka kerana kalian mungkin tersasar. Cukuplah kalian menjadi pembaca yang cuba memahami keadaan kakchik yang sedang dilanda emosi. Tidak ada apa-apa ilmu yang dapat kakchik kongsikan melalui tulisan hari ini. Kakchik pun tidak tahu apa intipatinya. Moga Allah legakan hati kakchik selepas ini. Moga luahan ini akan meringankan beban di dalam dada.
Ya Allah, suburkanlah jiwaku ini dengan semangat Islam.
Lindungi daku dari gangguan syaitan.
Kuatkan hatiku untuk bangkit meneruskan kehidupan.
Dorongi daku dengan keinsafan.
Jauhi daku dari bersendirian
Kerana syaitan sentiasa mencari peluang
Menggoda hamba-Mu yang kesunyian.
Bimbinglah aku agar terus berjuang
Menegak yang makruf mencegah kemungkaran
Agar hidupku lebih bermakna dan berkesan.
Tolonglah duhai Yang Maha Penyayang perkenankan.
Salam Kak chik,
ReplyDeleteSya blogwalking & firstime singgah sini.
Saya kalau ada masalah mesti rasa tension. Tapi lps tu bila fikir blk, sebenarnya ada org lain yg lagi hebat di uji, membuatkan saya cool dgn kerisauan di hati. Luahkan pada seseorg yg boleh dipercayai, insyaALLAH tenang jiwa :-)
mymekar.com
Salam
ReplyDeleteKak Chik..harap kak Chik lega pas menulis..dan semoga iman Kak Chik meningkat semula..biasalah Kak Chik,waktu bulan mengambang pelbagai emosi mengganggu kerana perubahan hormon..Idapun mengalaminya..
Idapun ada2 masa time lemah iman tu rasa nak teruskan je tidur lepas subuh..tapi kalo anak sekolah, pas setelkan anak sekolah..tp bila dah start tidur sekejappun, keja2 lain terganggu juga...byk masa dah dirugikan..lainlah kalau kita sakitkan..
Semoga kak Chik ceria dan gembira spt sediakala :)
Wkslm Mekar. Terima kasih banyak sudi singgah dan tinggalkan komen. Kalau tak pandai nak luahkan pada orang jadi ruangan blog inilah menjadi tempat untuk meleraikan gundah. Selalunya bila kakchik dapat menulis, sekejap saja rasa tak selesa di hati akan hilang. Memang betul kata Mekar tu, bila ingat orang lain lagi teruk dugaan hidupnya dr kita akan buat diri kita kembali tenang.
ReplyDeleteWkslm Ida. Alhamdulillah... memang lega sangat lepas kakchik dapat menulis. Hehe, memang keadaan iman kita ni ada hubung-kait juga dengan keadaan biologi badan kita kan? Sebab itulah orang terdekat sepatutnya ambil cakna perubahan diri kita agar dapatlah dia tlg elakkan kita dari bermuram durja kan?
ReplyDelete