Followers

2.2.11

Terbunuh atau dibunuh, macam dalam filem ganas

Allahu Akbar! Kes jenayah dan kematian misteri di Malaysia sekarang ni sudah macam dalam filem-filem Barat yang kejam dan zalim. Cuba baca berita yang kakchik salin dari mStar Online di bawah.

Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un. Salam takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga ruhnya dirahmati Allah SWT.

Pegawai Penyiasat Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan Di Kepala

Sumber: mStar
SHAH ALAM: Seorang pegawai penyiasat berpangkat Sarjan ditemui mati bersebelahan keretanya beserta satu kesan tembakan di kepala di satu kawasan tanah lapang di Jalan Mahang, Puncak Alam 2 di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Mohd Taib Ahmad berkata Mat Saini Omar, 50, merupakan pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan sedang bertugas ketika kejadian.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira 11.45 pagi berhubung penemuan mayat yang berlumuran darah dan tersandar di luar kereta Proton Wira itu.

"Turut ditemui di sebelah mangsa ialah sepucuk pistol .38 miliknya dengan salah satu daripada lima butir pelurunya telah digunakan dan barangan peribadi mangsa seperti dompet serta telefon bimbit juga ada bersama mangsa.

"Siasatan mendapati tembakan dilepaskan dari arah kiri kepala mangsa dan ketika mayat mangsa ditemui, bonet serta pintu kiri di tempat duduk penumpang depan terbuka," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Turut ditemui ialah sehelai pakaian seragam polis dan beberapa helai pakaian lain dipercayai milik mangsa yang tergantung di bahagian belakang di dalam kereta itu.

Mohd Taib berkata polis setakat ini mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai kematian mengejut dan sedang menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah mengenainya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

Mat Saini yang berasal dari Tanjong Karang telah berkhidmat dengan pasukan polis lebih 25 tahun.

Menurut Mohd Taib, Mat Saini telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang perkhidmatannya bersama pasukan polis dan Allahyarham juga tidak mempunyai sebarang rekod disiplin.

Turut melawat tempat kejadian dan juga mangsa ialah Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan dan Ketua Polis Shah Alam,Zahedi Ayob.

Mohd Taib mengesahkan bahawa jenazah mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat.

Allahyarham meninggalkan isteri yang juga kontraktor Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dan empat orang anak

Perasaan kakchik bila membaca berita ni ialah, takut. Sekali tengok umpama plot dalam filem bila mana penjahat membalas dendam kepada polis tertentu yang menyiasat kes mereka. Modus operandi macam dalam filem ganas yang berlambak di pasaran yang sering ditayang di dalam bas persiaran perjalanan jauh.

Moga-moga pihak polis dapat maklumbalas yang cepat hasil dari autopsi. Kakchik takut sangat bila setiap hari ada saja berita ganas seperti ini. Semoga Allah lindungi kita semua dari syaitan yang direjam dan mara bahaya. Amiin.

2 comments:

  1. Ya Allah, takutnya bila baca..
    Rasanya Malaysia pun bakal jadi macam negara2 lain... tak puas hati je, tembak...

    Ya Allah selamatkanlah kami dari bahaya...~

    ReplyDelete
  2. Berita macam ni setiap hari ada dalam paper Latifah. Makin hari makin ganas dan menakutkan bila dibaca lebih2 lagi bila ada gambar. Negara kita ni makin banyak jenayah dah hari ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs