Followers

7.2.11

Zakini Nasi Kukus

Assalamualaikum dan selaat petang.

Sudah lama tak makan nasi kukus dari restoran ini. Hari ni kakchik belum makan tengahari walaupun nasi sudah dibeli tapi sebab takde selera kakchik biarkan aje nasi tu kat situ. Mungkin bawa balik makan di rumah saja. 

Tadi kakchik download gambar-gambar lama dari hp yang sudah banyak di dalam memory card dan ternampak gambar ni. Teringat pulak lauk ayam gorengnya yang garing dan wangi. Tapi tak laparlah sebab selera kurang.

Kakchik masih ingat satu masa dulu kakchik dan kawan-kawan usrah MSK makan beramai-ramai di restoran ni. Seorang kawan, kak B telah memesan lauk telur penyu. Ingatkan murah rupanya RM7 sebiji. Huhu, hampir pokai kak B dibuatnya.

Kawan-kawan pernah makan telur penyu tak? Kakchik belum ada pengalaman jadi tak dapat nak kata sedap atau tidak. Terasa anak tekak kakchik belum bersedia untuk mencubanya. Kalau ada yang sudah pernah makan, bolehlah kongsikan pengalaman kalian di sini.

14 comments:

  1. Kakchik, lauk telur penyu tu masak apa? mcm menarik jea, sedap tak...

    ReplyDelete
  2. Salam Kakchik,

    Kak tie belum pernah merasa nasi kukus Zakini tu. Biasa bila balik Selising, kak tie sibuk sikit urus semak samun di rumah tu.. suami kak tie laa, hehe..

    Pernah makan telur penyu, dulu kak tie suka, tapi sekarang ni dah kurang gemar. Rasanya berbiji-biji.. macam pasir sikit.

    ReplyDelete
  3. salam kak Tie, saya masih tak berpeluang makan nasi kukus, kat kawasan rumah saya ni banyak gak gerai jual nasi kukus. Kata suami saya, nasi kukus ni makan dengan ayam goreng berempah dan sedikit sambal belacan...yer ke?? takde sayur,lauk2 lain ke??

    saya pernah sekali makan telur penyu..kirim pada kawan kat terengganu. Sebijik jer..rebus punya rebus tak jugak keras...last2 saya belahlah jugak..macam telur setengah masak..rasanyer? errr,,,entah ler.. tak macam telur ayam pun.. itulah pengalaman pertama dan terakhir...tp kalo ke Kelantan, teringin juga nk cuba masakan telur penyu mcm kat kedai Zakini Nasi Kukus tu..tp kena tanya hargalah dulu yer...

    ReplyDelete
  4. telur penyu sedap k.cik.....
    kalau kita rebus dia tetap xkeras kekung...masih ada cecairnya yang warna putih...nk sedap rebus dgn gram skit..ataupun arendam air daram skit...

    rasa dia kan...hurm....ore klate kato kappooor...gano nk oyat...rasa debbu gitu..sangat lemak.....sedapnyoooooooooooooooooo

    cubala k.chek..mok saya kata berubat...dan berkhasiat..xtahula plk ape khasiatnya..cumamak kato org tua2 dulu kata berkhasiat, sbb barang payoh nk buleh..hhahahahahha

    molek makan sambil niat laa..utk kesihatan sbb payoh n mahal nk bulis katonyo....

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak chik..

    sy pnh mkn tlur penyu..tapi sbji telur pnyu 2 sy xhbis mkn..mgkn sbb baunya dan rsa brbiji spt pasir mbuatkn sy xlalu nk mkn tlur pnyu..:-)
    tapi mak sya mgemari tlur pnyu:-)

    ReplyDelete
  6. Salam kak Chik..

    Idapun suka makan telur penyu..sebab dah biasa makan waktu kecik..rasa dia macam telur masin yg oren tu tapi tak semasin telur masin..tapi skrg payah nk dapat dan mahal..berapa tahun dah tak makan...

    ReplyDelete
  7. Melati: Seingat kakchik kak B makan telur penyu rebus. Dia kata sedap.

    ReplyDelete
  8. Wkslm kaktie.
    Kat Selising takde cawangan kak. Cuba singgah di cawangannya di Berek 12, KB dekat dgn HRPZ2.
    Rupanya macam tu ek rasanya. Ni yang makin kurang minat nak cuba ni.

    ReplyDelete
  9. Noorma: memang kat sini nasi kukus semuanya femes dengan lauk ayam goreng berempah. Biasanya sayur ialah mentimun atau kangkung goreng.
    baca testimoni Noorma ni makin buat kakchik tak lalu nak mencuba hehe. takut membazir.
    Nanti kalau dtg ke sini, kakchik bawa ke Zakini Berek 12 ya. Rasanya harga agak mahal sebab yg lauk ayam goreng pun RM5 sebungkus sebab seekor ayamnya dipotong 4.

    ReplyDelete
  10. shafida: huhu ini testimoni pertama yang yakin kata telur penyu sedap. terima kasih ya shafida sb kongsikan dgn cara memasak sekali. kakchik belum yakin nak cuba tapi kalau ada peluang nak cik abe try dulu sebab dia mudah sikit cuba makanan baru ni. mungkin betul kata mok shafida tu. barang susah nak dapat, tentu ada khasiatnya.

    ReplyDelete
  11. wa'alaikummussalam noor azlen. terima kasih kongsikan pengalaman. insyaallah kakchik jadikan panduan.

    ReplyDelete
  12. Wkslm Ida. Terima kasih juga kongsikan penglaman. Nampaknya macam adil je pandangan kawan2 pasal telur penyu ni. Kalau dah biasa makan tentu suka macam ida ni. kalau belum ada pengalaman dan penakut untuk mencuba hehe.

    ReplyDelete
  13. terima kasih kakchik kerana telah bagi komen yang membina..insyaalah pihak kami akan cuba memperbaiki nya

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs