Followers

12.2.11

Nak adakan kelas aktiviti wanita di rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar? Kakchik doakan semuanya dalam keadaan iman yang kental dan jiwa Islam yang sedang memuncak. Hari ini Kerajaan Hosni Mubarak di Mesir telah jatuh dan bagi kakchik ia adalah satu kejayaan buat umat Islam di sana yang mahukan sebuah Kerajaan yang lebih Islamik dan boleh membela nasib rakyat. Semoga dengan turun takhtanya Hosni Mubarak, maka akan dipilih atau dilantik pemimpin-pemimpin baru yang lebih Islamik dan berjiwa Islam misalnya dari Ikhwanul Muslimin.

Dalam keadaan semangat Islam berkobar-kobar ni kakchik terpanggil untuk melaksanakan satu amanah yang kakchik rasa mampu untuk kakchik lakukan demi membantu memberi kefahaman Islam kepada masyarakat setempat. Sejak kemenangan Kerajaan PAS memerintah Kelantan hampir 21 tahun ni, dari tahun ke tahun, negeri ini terutama Kota Bharu mengalami banyak perubahan positif yang pro-Islam sesuai dengan moto Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bersama Islam. Kalau nak pembangunan, pada kakchik sudah terlalu banyak dan syiarnya boleh dilihat di merata tempat.

Tapi ada sedikit kekhilafan yang berlaku pada masyarakat terutama dari golongan anak muda dan remaja yang semakin kurang pegangan hati mereka pada akidah Islam. Budaya pop semakin menular dengan rancak sekali dan penghayatan Islam semakin menipis di kalangan akar umbi. Boleh dikatakan golongan muda yang jiwanya kental dengan Islam sama naik dengan anak muda yang jiwanya 'atas pagar', nama saja Islam tapi cara hidup mereka semakin keliru. Fitrah alam, makin lama kita selesa dengan sesuatu keadaan, kita jadi lalai dari usaha untuk meningkatkan ilmu Islam dan amal ibadah juga makin berkurang.

Sebagai seorang Islam, kakchik cukup bimbang melihat perkembangan ini di kalangan anak-anak muda dan remaja. Orang dewasa sibuk membina negeri, orang muda sibuk mencari hiburan dan hidup bebas mengikut budaya pop semasa. Kelantan kini sudah berkembang maju dalam dua bidang iaitu material dan spiritual tapi dalam kerancakan perkembangan positif ini, ada juga yang tercicir iaitu kalangan remaja dan anak-anak muda. Bukan itu saja, budaya menadah ilmu atau mendengar semakin kurang di kalangan orang-orang kampung.

Kaum wanita yang kebanyakannya menjadi surirumah lebih banyak menghabiskan masa di rumah menguruskan keluarga, menonton tv dengan segala macam drama, telenovela dan seumpamanya. Majlis-majlis ilmu dan kelas-kelas agama semakin tidak menarik. Hati makin hari makin diikat dengan dunia maka anak-anak mendapat tempiasnya iaitu jauh dari masjid dan pastinya cara hidup beragama. Hari ni tidak hairan melihat anak gadis kampung tanpa segan silu menunggang motosikal dengan berpakaian seperti bukan Islam, malam-malam melepak di gerai-gerai burger atau mana-mana hot spot kampung, bersembang dengan lelaki, ketawa terbahak-bahak.

Siapa nak tegur dan nasihatkan mereka? Kalau ibu bapa mereka makin jauh dengan ilmu maka anak-anak makinlah jauh. Sebab itu hari ni masalah sosial begitu banyak melibatkan orang kampung. Majlis ilmu tak minat nak hadir, katanya asyik buat usrah, asyik ajar mengaji, asyik kelas tajwid saja. Memang benar, itu kakchik akui kaedah begitu sudah tidak sesuai lagi di hari ini. Kakchik nak buat sedikit kelainan. Nak satukan hati-hati wanita di kampung dengan aktiviti yang lebih menyeronokkan hingga mereka benar-benar sayangkan Islam.

Bila melihat remaja di kampung sendiri, selalu saja kakchik rasa bersalah. Rasa macam kakchik takde buat apa pun untuk menyedarkan mereka. Rasa macam kakchik tak mainkan peranan langsung dalam mendekatkan mereka kepada Islam walaupun memang mereka adalah Islam. Tahun ini umur kakchik akan 37 dan terasa kakchik tak gunakan langsung sebahagian dari umur itu untuk bantu orang kampung dari segi ilmu dan penghayatan Islam. Macam-macam boleh dibuat dan kakchik sudah ada senarai aktivitinya.

Sudah tiba masanya kakchik lakukan sesuatu agar diri kakchik tidak menyesal. Semalam ada bincang dengan Ummi pasal rancangan kakchik ni. Nak ajak orang kampung kena buat kerjasama dengan Ummi. Dia boleh jemput kalangan wanita dewasa dan kakchik boleh usahakan untuk yang muda dan remaja. Mungkin rancangan ini akan mendapat kritikan dan sebagainya tapi kakchik tak kisah, kakchik nak tolong Islam, kakchik nak tolong wanita di kampung. Nak kongsi ilmu, nak kongsi kemahiran, nak kongsi keseronokan hidup berjuang untuk Islam.

Insyaallah jika tiada aral, Khamis ini misi bermula. Sudah mohon keizinan dari cik abe untuk wakafkan rumah kami untuk aktiviti ini. Semoga Allah meredhai usaha kami.

8 comments:

  1. wah, bagus jugak cadangan kakchik nie....mantop gitu.....em....td dapat berita akan ada 1 lagi pRK kat pahang...adun kerdau meninggal dunia...alfatihah kepada Allah yarham

    ReplyDelete
  2. Bagus juga idea kakchik tu. Ilmu yang ada boleh dikongsi bersama orang2 yg memerlukan.

    ReplyDelete
  3. shafida: baru nak belajar buat program kat rumah ni. Tak tahulah bagaimana nanti tapi tawakkal ajelah. Innalillahi wa inna ilaihi raajiun. nampaknya PRK akan ada lagi. semoga akan dapat ganti yang lebih islamik.

    ReplyDelete
  4. mekar: kakchik baru nak mainkan sedikit peranan sbg anggota masyarakat. bimbang Allah soal esok-esok tak dapat nak jawab.

    ReplyDelete
  5. salam,kak chik..apap kaba..

    segala perkara baik pasti akan mendapat tentangan,herdikan,cacian.itulah dia manusia tak pernah lari daripada membangkang ,tapi tidak pula cuba berusaha membantu kepada perubahan demi kebaikkan bersama.

    segalanya berbalik kepada niat dan tujuan kita hidup didunia ini.kita hanya berusaha dan memohon padaNya moga segalanya dpermudahkan dan ditunjukkn jalan.

    All The Best kak!!

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya kalau saya tinggal dekat2 sana boleh join kelas yang kak chik anjurkan tu, ini saya jauh nun di selatan. Memang teringin nak join kelas2 agama dan aktiviti kemasyarakatan yg lain ttp tiada kawan dan tak tahu tempat hendak dituju. cuma kdg2 saya join mak ayah ikuti kuliah agama bulanan di surau berdekatan rumah.

    ReplyDelete
  7. Wkslm ain.
    Memang benar ada sebahagian orang kita ni bersikap begitu. Insyaallah kita yang tahu serba sedikit ni kenalah memainkan peranan kita agar mereka juga turut serta di dalam kerja-kerja kebajikan.
    Siapa tahu satu hari nanti, mereka mungkin jauh lebih baik dari kita. Jadi kita kena terus berusaha agar kita sentiasa di dalam arus perjuangan kebajikan.

    ReplyDelete
  8. Ryyn_kiss12: Terima kasih atas niat yang sangat baik tu w/pun tak dapat datang. Insyaallah Ryyn juga boleh temui dan hadiri kelas2 sebegini di sana. Kena rajin mencari atau boleh jadi Allah nak Ryyn yang mulakan. Why not?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs