Followers

28.2.11

Janganlah Kita Menghina Ulamak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik doakan teman-teman semua dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah hari ni kesihatan Ummi makin baik dan kakchik pun dapat kembali bekerja seperti biasa. Kakchik tahu Ummi belum sihat sepenuhnya tapi doa kakchik akan sentiasa dikirimkan agar Allah dapat menjaga Ummi di rumah. Ayah dan bibik ada untuk tolong tengok-tengokkan. Insyaallah takde apa-apa.

Semalam kakchik ada melihat sekeping gambar yang sungguh menyedihkan hati bila melihatnya. Gambar perarakan di tempat penamaan calon DUN Merlimau yang menunjukkan 2 poster besar yang dibawa oleh para penyokong. Apa yang menyedihkan ialah apa yang ditunjukkan di dalam poster-poster tersebut.

Sanggupnya mereka menghina seorang ulamak. Beliau bukan letak sendiri gelaran ulamak pada diri beliau tapi gelaran itu diberikan orang ramai yang memperakui ilmu dan ketokohan beliau. Istighfar kakchik melihat gambar itu. Siapakah anda untuk menghina beliau sebegitu rupa? Kalau tidak suka pun janganlah digambarkan sehina itu. Berdosa. Dosa yang hanya boleh diampunkan oleh beliau.

Atas dunia ni, ada pemimpin yang kita suka, ada juga yang kita tidak suka. Boleh jadi kita suka seseorang itu kerana kita yakin dan tahu ketokohannya dan keilmuannya. Pada kakchik ukuran seorang pemimpin yang hebat ialah dia boleh membawa Islam pada dirinya dan juga kepada masyarakat. Penampilannya, tutur katanya, perbuatannya, selari dengan kehendak Islam.

Ada orang menyokong seseorang pemimpin kerana kehebatannya berhujah dan imej hebat yang ditonjolkan walaupun beliau tidaklah mengutamakan agama dalam kehidupan dan tindakannya. Terserahlah pada minat masing-masing. Kita punya matlamat tersendiri bila menunjukkan sokongan. Matlamat kakchik, mahu ikut Islam dunia hingga akhirat jadi kakchik menyokong mana-mana pemimpin yang setiap hari lidahnya pasti menyebut Islam di tempat yang utama.

Mana tahu esok-esok di Mahsyar, kakchik boleh sama-sama menumpang tuah para alim-ulamak. Ilmu sendiri sangatlah sikit dan lemah, tentulah kakchik mahu menumpang ilmu mereka. Tiada guna hebat di dunia tapi ilmu akhirat diletakkan di tangga yang bawah. Kita tidak akan selamanya hidup, mati pasti datang dan kehidupan selepas mati ada hubung-kaitnya dengan apa yang kita buat di atas dunia ini. Termasuklah apa yang kita buat terhadap ulamak.

Kalau tak takut mati dan tak takut murka Allah, tulislah, hamburkanlah kata-kata keji, hina dan kesat yang anda suka. Buatlah. Jangan risau, mati esok, kalau tak sempat bertaubat dan meminta maaf dari ulamak tersebut, anda jawablah di depan Allah. Memanglah beliau juga manusia yang ada kelemahan macam kita tapi pernah fikir tak berapa banyak dan jauhnya ilmu beliau berbanding kita?

Tapi media arus perdana sama ada akhbar atau tv jarang yang sudi menunjukkan kebenaran. Banyak yang diputar-belit dan dipropagandakan. Hanya hati-hati yang celik dapat membaca betapa scheming nya media di negara kita dan prejudisnya terhadap para pemimpin yang mahu meletakkan Islam di tempat paling utama. Itulah cabaran untuk setiap gerakan Islam di dunia ini.

Janganlah menghina ulamak.

6 comments:

  1. assalamualaikum kak chik...
    Islam itu bersaudara...namun mana letaknya tali persaudaraan sesama Islam apabila berada dalam situasi politik???
    seringkali kita lihat di TV/majalah/suratkhabar semuanya saling memaki hamun, cakap putar belit, menghina sesama sendiri...
    ain setuju dgn akak, biarlah pemimpin kita berlandaskan Islam agar kita tidak terpesong dengan hal dunia..
    tak salah terlibat dalam politik,tak salah menjadi pemimpin/ulama...yang penting jadikan Islam sebagai aturan hidup...

    ReplyDelete
  2. as salam kakchik... kina dah lama x dtg sini. sehat ke? kina bab politik nie x tahu nak ckp ape. tapi itulahkan..pasal politik umat islam semakin berenggang. x seakrab dulu.

    ReplyDelete
  3. Itulah Kak chik..sakit hati tgk berita kat TV...sebelahkan gomen je. Nampak sgt senget sebelah. Sakit hati btol!

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Ain.
    Ada benarnya ramai yang membelakangkan persaudaraan bila masuk politik tapi kena faham juga politik apa yang diamalkan tu. Politik kita tak boleh tinggal sebab ianya sebahagian dari Islam, jadi kita pilihlah politik Islam.
    TV/Media arus perdana majoritinya bersifat pengampu, maka itulah yg kita lihat skrg ini. Insyaallah bila Islam menjadi majoriti di kepimpinan, negara kita akan berubah corak kpd pro-Islam.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Kina. Betul tu... tapi kakchik tahu tentu Kina sibuk. kakchik pun dah lama tak sempat nak jalan-jalan blogwalking. Politik ni Kina, kita kena ambil tahu dan belajar juga sebab dlm Islam itu ada satu bab kehidupan yg dinamakan siasah atau dlm BM politik. Kita kena tahu hak kita sbg org Islam dan kepentingan menentukan pemimpin yang memimpin kita agar hidup kita sentiasa menjurus kepada Allah SWT. Kalau kita buang politik, kita akan menjadi orang yg tak bertanggungjawab kpd diri dan negara. Apatah lagi agama kita. Tak perlu terlibat di depan, beri sokongan pun ok. Berbeza pandangan politik tidak salah, jangan sampai agama diketepikan.

    ReplyDelete
  6. Emy, memang sakit hati tapi begitulah realitinya bila tv/media di Msia ni. Takut nak lapor berita yg adil, bimbang habis periuk nasi mereka. Biarkanlah, insyaallah satu hari mati hati rakyat Msia ni akan lebih cerah utk lihat kebenaran.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs