Followers

13.10.11

MUSIM ORANG PAKAI JUBAH, BAGUS TAPI ...

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik doakan kalian semua dalam keadaan baik-baik saja hari ni sebagaimana diri kakchik juga. Alhamdulillah dalam keadaan banyak urusan yang perlu dilaksanakan pada hari ni, kakchik amat bersyukur keran amasih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menuliskan sesuatu di blog kesayangan ni. Alhamdulillah. Harapnya kalian tidak pernah jemu berkunjung ke sini walaupun kakchik lambat respon atau balas mesej yang ditinggalkan.

Sebentar lagi kakchik perlu keluar ke bandar dan mungkin akan balik semula ke rumah bersama-sama cik abe petang nanti. Ada beberapa urusan rasmi yang masih belum diselesaikan yang tidak sempat kakchik lakukan si sebelah pagi. Pagi tadi selepas menghantar cik abe ke pejabat kakchik singgah di SSM kemudian ke pejabat pos dan ke pasar. Sebelum zohor ada pelanggan datang ke butik (rumah) jadi dah selesai makan tengahari ni baru nak keluar lagi. Beginilah selalunya kalau hari Khamis.

Sekarang ni kan, rasanya semua orang boleh setuju dengan kakchik kalau kakchik katakan, wanita Malaysia kini telah ramai yang memilih jubah atau abaya sebagai pakaian harian mereka. Setuju tak? Kalau setuju tentulah kita mempunyai beberapa pandangan yang serupa yang menjadikan kita membuat konklusi begitu kan? Kalau tak setuju tu mungkin kalian tinggal di tempat yang jarang jumpa orang berjubah ataupun kalian tiada akses internet.

Kenapa kakchik kata sekarang ni ialah musim orang suka pakai jubah dan abaya? Ok, inilah antara alasan-alasan yang boleh kakchik fikirkan berdasarkan pemerhatian kasar kakchik dari persekitaran dan networking kakchik di internet.

1. Bisnes pakaian muslimah berupa jubah/abaya meletop-letop.

2. Di mana-mana saja tempat perniagaan yang ada di sekitar bandar-bandar dan pekan-pekan yang kakchik telah pergi pasti kakchik jumpa ada banyak yang menjual pakaian muslimah ini. Kalau di Kelantan ni majoriti tuan punya kedainya insyaAllah Islam manakala di luar kakchik difahamkan ramai juga yang tuannya ialah bukan Islam.

3. Gambar wanita berjubah boleh dilihat di dada-dada akhbar dan majalah sama ada di dalam iklan atau pun gambar berita.

4. Keluar saja dari rumah, amat mudah untuk bertemu wanita yang berjubah, yang berabaya tu di majlis-majlis tertentu amat mudah kalau di bandar, susah sikit kecuali pada hari Jumaat di Dataran Ilmu semasa kuliah TGNA.

5. Rekaan jubah dan abaya yang semakin kreatif, pelbagai dan kontemporari. Pilihan teramat banyak. Dari yang semurah RM50 hinggalah yang beratus-ratus ringgit mengikut tempat yang dibeli dan jenamanya jika ada jenama.

6. Media massa turut mempromosikan pakaian 'wanita muslimah' (kononnya) melalui drama tv, rancangan-rancangan wanita dan sebaginya.

Itu antara sebab atau alasan yang dapat kakchik fikirkan dalam masa beberapa saat ini. Makin setuju kan dengan tajuk kakchik kat atas tu?

Secara peribadi, ini adalah satu perkembangan yang positif kalau dilihat dari sudut Islam kerana pada dasarnya pemakaian jubah dan abaya itu amatlah dianjurkan sebagai pakaian wanita Islam yang mampu menutup aurat dengan sempurna. Jadi, kakchik syukur dan gembira. Alhamdulillah.

Tapi.... ada tapinya. Perubahan zaman, gaya hidup dan trend semasa dunia fesyen kini telah banyak memanipulasi pakaian wanita Islam yang begitu sopan dan tidak bertabaruj itu kepada sesuatu yang seperti ini:




Astaghfirullah... kesian diri kita jika kita juga termasuk dalam kalangan muslimah yang memilih jubah yang sebegini untuk dipakai. Sia-sia kita habiskan duit membelinya mungkin dengan niat nak menutup aurat kita dengan sempurna, yelah kan, pakai jubah tentulah nak tutup aurat. Mana ada orang pakai jubah nak tunjuk aurat kan?

Masalahnya jubah yang mengikut potongan badan begini, melekat di setiap susuk lekuk badan malah ada pula yang nipis hingga menampakkan 'outline' pakaian dalam kita, telah termasuk dalam hadis nama yang disebut BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG. Kerja sia-sia saja yang kita buat. Pahala tak dapat, berkat hilang malahan DOSA pula yang kita kutip sepanjang masa pakaian itu dilihat oleh orang bukan mahram kita.

Tak guna seorang muslimah memakai jubah atau abaya jika beginilah hasilnya. Kakchik yakin, tentu kalian pun perasan kan bila menghadap cermin selepas menyarungkan pakaian ke tubuh. Tak kan tak nampak ketat atau nipisnya pakaian yang kita pakai tu? Agaknya syaitan telah kaburkan pandangan mata sehinggakan ketika bercermin, jubah sejarang dan seketat di atas dapat kita pakai tanpa rasa apa-apa. Sebab itu kita kena tahu doa bila nak berpakaian ni agar kita tak tersalah pilih yang seperti di atas.

Jadi, hari ni cuba tilik jubah atau baju di badan tu? Kalau nampak segala lekuknya, dan kita sendiri tak yakin nak bersembahyang dengannya begitu saja tanpa pakai kain sembahyang, maka itu tandanya kita kena perbaiki pakaian kita. Pilihan kan banyak... pilihlah yang lebih besar dan longgar. Awat ler... kita tu pi pilih yang ikut potongan badan pastu kecik pulak... ataupun stretchable.

Sebut pasal STRETCHABLE ni, tentulah jahitannya dikecilkan dari ukuran biasa kerana nak bagi ia STRETCH la kan? Bila nak STRETCH ni tentulah benda alah tu akan melekat di badan... Huhu, kat depan nampak bentuk payu dara, nampak bentuk perut kempis atau buncit, kat belakang nampak bentuk punggung, bentuk seluar dalam pun berbekas jelas. Aduh... takde perasaan malukah kita terhadap dunia? Kalau dah kat dunia kita tak malu, apatah lagi kepada Allah SWT.

Dah... pakai saja semua pakaian yang ketat dan seksi tu di rumah, khusus untuk pandangan mata suami. Kalau belum kahwin, cukuplah di dalam bilik saja. Zaman sekarang ni perempuan sama perempuan pun belum jamin boleh selamat dari godaan nafsu. Syaitan dia tak kira siapa, dia akan tetap goda hinggalah kita membuat dosa. Tengok dalam almari kita tu, mana yang masuk dalam kategori 'jubah maksiat' ni jangan lagi dipakai ke pejabat atau ke mana-mana saja. Jangan kita jadi tukang seksa iman orang lain.

"Yelah, iman masing-masing, siapa suruh hang tak jaga pandangan mata hang?" Tapi bila kita sentiasa dinamik ni mana nak mampu sepanjang masa nak tundukkan pandangan kalau yang pakai macam ni dok depan mata kita, dok sebelah meja kita, dok kat kerusi belakang kita dan kadang-kadang berdiri betul-betul di depan pandangan kita. Istighfar memang boleh... tapi tolonglah jangan menyeksa iman orang lain yang bukan setiap masa tinggi rating nya.

Ok, cukuplah dulu untuk kali ni. Jam pun sudah pukul 3 petang. Kakchik nak keluar dulu. Hari pun macam nak hujan tu... Semoga nukilan kakchik petang ni akan sedikit sebanyak menjadi ingatan kita bersama. InsyaAllah kakchik TAK rasa diri kakchik ini lebih bagus dari sesiapa kerana kakchik amat tahu betapa lemahnya iman kakchik. Tapi Allah ajar kita agar sentiasa saling mengingatkan agar kita semua beroleh kebaikan dunia dan akhirat. Maafkan salah silap jika ada.

Wassalam.

KakChik
Baiti Jannati, Pulau Melaka
13 Okt. 2011

14 comments:

  1. salam kak chik...so true kak chik..kita yg perempuan ni pun tak sanggup tengok diorg pakai jubah ketat2..sedih tengok..

    ReplyDelete
  2. yeyyy suke entry kak chik yg ni,ika nk buat entry cmni tp xde idea hehe,bile bace entry kak chik wahhh rasa bersyukur sbb kak chik punye perasaan yg sama cm ika..suke3x :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak chik.

    Saya perhatikan zaman sekarang ini yang halal dicampur adukkan dengan yang batil. Selain jubah yang menerima tempias transformasi sebigin, hiburan bersifat ketuhanan tidak terkecuali. Contoh tadi di TV AlHijrah disiarkan seorang lelaki mengalunkan selawat sambil memetik gitar sedangkan kita tahu alat muzik bertali dilarang sama sekali dari konteks hiburan Islamik. Saya agak bimbang juga dengan perkembangan mutakhir ini. Bagi yang lemah imannya akan mudah menyimpulkan perkara sebegini tidak salah.

    Wallahua'alam. My 2 cents

    ReplyDelete
  4. betul tu kakchik..lagi satu kan.. kalau kat panas nampak dua tiang dalam kain tu.. dan kalau yng pakai tudung labuh stail nipis tu..kalau angin tiup.. hbs segala lekuk nmpk..

    ReplyDelete
  5. Sangat setuju,kesiankan,iman makbonda sangat lemah untuk menegur,tapi kalau kawan rapat Makbonda tegur,sebab sayang mereka.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,

    My dear Kakchik, minta maaf sbb dyg ambil gambar dan sedikit tulisan kakchik utk share kat Fb dyg...boleh ye..

    ReplyDelete
  7. wkslm me01my. memang sedih bila lihat mereka pakai baju macam tu. makna pakaian menutup aurat tu belum betul-betul mereka fahami dan hayati apatah pula nak amalkan. maka kita kenalah terus-terusan usaha mengingatkan mereka.

    ReplyDelete
  8. terima kasih Afikah. Kalau macam tu bolehlah share ya.

    ReplyDelete
  9. Wkslm mummy umar.
    Betul kata mummy umar tu, di zaman ini sudah terlalu banyak percampuran antara halal dan haram. Apa yang kc tahu, bila halal bercampur haram, hukumnya tetap HARAM, dia tak jadi halal. Agaknya itulah sebabnya dosa makin meriah dan menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  10. Ladybird, pemerhatian LAdy tu menunjukkan wanita kita masih belum begitu sensitif dengan pakaian yang mereka pakai. Asal namanya pakaian, dan kelihatan labuh membaluti tubuh maka ianya dikira menutup aurat. Jom kita bantu mereka faham konsep aurat!

    ReplyDelete
  11. Makbonda, bukan setakat Makbonda saja lemah iman nak tegur, kakchik sendiri pun ada masanya begitu juga. Mehnah utk kita yang nak sahut seruan dakwah.

    ReplyDelete
  12. Wkslm Dayang. Silakan Dayang, tak menjadi masalah sebab kakchik pun cari gambar dari google aje.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs