Followers

1.10.11

Pupuk Cinta Dengan Sentuhan Dan Belaian

Bismillah.

Gambar sekadar hiasan.

Sentuhan dan belaian dapat menyemarakkan cinta dan menjana kebahagiaan suami isteri. Kata Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, "Dengan kuasa sentuhan, suami isteri akan dapat mengenang kembali saat mereka bercinta di awal berumahtangga dahulu."

Kata beliau memang mustahil untuk mencari kesempurnaan dalam rumahtangga, tetapi carilah satu minat yang sama supaya boleh dijadikan aktiviti mengikat rasa kasih dan cinta. Oleh itu, nasihat beliau, suami dan isteri perlu jadikan satu kelaziman pada setiap malam saling berpegangan tangan dan saling memandang antara satu sama lain serta saling memohon kemaafan sebagai penarik keredhaan Allah dalam melayari bahtera rumahtangga.

Peluklah isteri wahai suami!

Antara ritual romantik yang boleh dilakukan dalam menghangatkan kembali kasih-sayang adalah memeluk pasangan. "Peluk pasangan anda. Tidak kira berapa kali awak mahu peluk, itu terpulang tetapi peluklah isteri di samping bersyukur kepada Allah SWT kerana anda mempunyai pasangan", ujar beliau.

Dato' Dr. Mohd Fadzilah mengesyorkan agar suami memeluk isterinya sekurang-kurangnya 10 saat setiap hari. Hikmahnya ia akan memanjangkan umur kita dan pasangan dalam anggaran lima tahun serta prestasi kerjaya pasti meningkat.

Berdasarkan kajian pakar psikologi di Jerman berkenaan kuasa sentuhan, tubuh manusia akan mengeluarkan hormon endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. Selain mempunyai kesan positif daripada sudut saintifik dan kesihatan, sentuhan, pelukan serta gurauan mesra bersama pasangan juga merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Tambah beliau, kajian di Amerika Syarikat mendapati pelukan suami dapat mengurangkan kandungan kolesterol dan meningkatkan kesihatan tubuh isteri. "Kepada para suami yang mahu menurunkan berat badan isteri, anda digalakkan memeluk isteri anda setiap masa", katanya lagi tentang hikmah daripada kuasa sentuhan.

Beliau juga mengingatkan para suami, kelelakian mereka tidak terhakis apabila mereka rajin memuji, membelai dan menolong isteri dalam kerja-kerja rumah. Rasulullah SAW yang merupakan lelaki terbaik ketika bersama ahli keluarga baginda, rajin membantu isteri di rumah, menjahit pakaiannya sendiri dan sering membelai dan memuji isteri-isterinya dengan ungkapan kata-kata yang baik.


Sumber: ANIS, Okt. 2011

2 comments:

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs