Followers

18.10.11

Oki yang manis khabarnya akan ke Kelantan.

BISMILLAH. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian hari ini? Kakchik doakan semuanya berada dalam keadaan baik-baik saja. Kakchik pun alhamdulillah... sihat walafiat walaupun malam tadi kepalanya sakit dan kakchik berehat lebih awal daripada biasa. Syukur alhamdulillah, sakit kepala hilang bila bangkit dari tidur pagi tadi.

Cuaca hari ini pula sentiasa sejuk dan lembap kerana hujan dari malam tadi masih belum berhenti hingga ke saat kakchik menulis ini. Nasib baik kakchik pakai baju dua lapis, tidaklah terasa sejuk sangat badan ini dan jika udara makin sejuk, insyaAllah ada kot yang sedia dipakaia.

Sebenarnya kakchik tiada modal hendak menulis sejak semalam lagi. Selepas menerbitkan entri berkenaan mohon sumbangan untuk saudara seagama di Thailand, kakchik sibuk dengan urusan kerja di pejabat dan luar pejabat. Antaranya kakchik dan Dila telah keluar membelikan buku-buku baru untuk perpustakaan kami, kemudian makan tengahari bersama-sama di TCRS.

Selepas Zohor kakchik ke bank pula untuk sedikit urusan tapi tidak juga selesai. Kembali ke perpustakaan, ada pula tetamu yang datang untuk meminta bantuan nasihat dan cadangan pembukaan sebuah perpustakaan awam di Pasir Mas. Kemudian kembali menghadap kerja seperti biasa sambil sekejap-sekejap menjenguk fb.


Tiba-tiba saja, kakchik teringat kepada gambar Oki Setiana Dewi yang kakchik snap dari keratan akhbar pada hari Ahad lepas. Kakchik tengok gambar dia dan terfikirkan betapa sebenarnya boleh untuk seorang itu menceburkan diri dalam dunia lakonan, dunia artis tapi tetap terjaga penampilan dan akhlaknya.

Terfikir di dalam hati, tidak inginkah adik-adik remaja atau para wanita Islam di luar sana yang meminati beliau dan filem-filem lakonan beliau untuk meniru gaya berpakaian seperti Oki? Alangkah bagusnya kalau mereka menjadikan Oki idola dalam berpakaian. 

Bajunya ialah jubah atau jilbab yang longgar dan labuh, tidak menampakkan susuk tubuh. Tudungnya juga besar dan labuh. Wajahnya manis sekali tanpa solekan tebal (mungkin tidak bersolek). Cuma satu, kalaulah dia berpurdah, MashaAllah... pastinya bahagia sekali kakchik yang menyukainya.

Usianya baru 22 tahun, masih muda dan masih seorang pelajar. Walaupun Oki ialah artis dari seberang tapi tiada salahnya untuk dijadikan contoh dalam hal berpakaian. Moga-moga dalam hal lain juga amat baik walaupun ada beberapa aspek yang kakchik kurang setuju misalnya bergambar berdua-duaan dengan artis ajnabi.

Namun, tulisan ini fokusnya ialah pakaian dan jika remaja dan beliawanis mahu menirunya pada kakchik, tiada salah langsung kerana ia menepati ciri-ciri pakaian yang mengikut syariat Islam. Dan khabarnya Oki akan ke Kelantan pada tahun depan. Allahua'lam.



KakChik
Perpustakaan Dar Nur al-Zahra'
18 Oktober 2011

4 comments:

  1. Salam kak chik,
    Cantik sungguh Oki ni.. dia pelakon rupanya. Meskipun berjubah dan bertudung labuh, dia tetap nampk cantik :)))

    ReplyDelete
  2. salam kak chik.. :)..
    semoga sihat .. sakit pun xpe.. sebab petanda Allah sayangkan kak chik.. :D.. lady sellau fikir camtu kalau lady x larat sgt2..

    ReplyDelete
  3. Wkslm Nur. Memang cantik Nur. Jadi terkenal selepas filem Ketika Cinta Bertasbih ditayangkan. Makin terkenal bila orang tahu akan penampilan sebenarnya di luar yang sangat ayu menutup aurat.

    ReplyDelete
  4. Wkslm Lady. Alhamdulillah kakchik sihat-sihat saja. Sakit kepala sikit tapi sudah sembuh. Alhamdulillah. Kakchik pun harapkan begitu jugak Lady. Allah bagi sakit sebab sayangkan kita, jadi kita boleh rehat lebih awal barulah badan sihat balik, kan?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs