Followers

20.10.11

HIDUP UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA.

BISMILLAH. Assalamualaikum dan selamat malam untuk semua.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga peluang untuk kakchik menulis sesuatu di sini. Sibuk betul sepanjang siang hari tadi. Ni baru orang biasa, entah bagaimanalah para pemimpin melaluinya hampir setiap hari dengan pelbagai program siang dan mahu malam. Patutlah Allah pilih mereka menjadi pemimpin, bukan calang-calang orang boleh ke sana ke mari, buat itu buat ini dari pagi hingga ke dini hari. Tabik hormat sungguh.

Kakchik di saat ini terasa amat segar kerana baru saja mandi. Hehehe... lewat sangat kakchik mandi malam ni. Selalunya mandi sebelum Maghrib tapi malam ni dekat jam sepuluh baru selesai mandi. Alhamdulillah... dengan badan yang segar dan wangi, ehem... kenalah wangi-wangi sebab dengan suami kan, kalau busuk dan masam, suami pun tak tahan.

Dari pagi kakchik keluar menghantar cik abe ke tempat kerjanya kemudian bergegas pulang ke rumah semula untuk menyiapkan beberapa tugas rumahtangga. Hujung minggu kenalah membasuh, menyapu dan mengemas rumah. Alhamdulillah dalam masa hampir dua jam, sambil melakukan semua urusan itu kakchik sempat juga menguruskan beberapa jualan abaya secara online.

Sebahagian AJK bergambar di hadapan perpustakaan yang masih belum bernama.

Ada dua jemputan yang perlu dipenuhi. Jam 11 pagi kakchik ada taklimat untuk AJK Masjid Seberang Pasir Mas - Salor tentang pengurusan sebuah perpustakaan. Syabas untuk warga kariah masjid itu yang bertuah kerana mendapat sebuah perpustakaan untuk kegunaan mereka. InsyaAllah kakchik akan ceritakan pasal hal ini dalam entri khusus nanti. Gambar-gambar pun akan kakchik sertakan. Hati kakchik begitu terharu melihat semangat dan kesungguhan mereka dalam memakmurkan perpustakaan itu.

Sekali lagi bergambar di hadapan Masjid Seberang Pasir Mas - Salor yang tersergam indah.

Usai majlis taklimat waktu sudah hampir Zohor tapi kakchik perlu memandu lagu laju ke satu tempat yang lebih jauh iaitu ke Pantai Sri Tujuh di Tumpat. Di sana kakchik dijemput membuat demonstrasi pemakaian tudung untuk muslimah. Oleh kerana tempatnya jarang kakchik tuju, maka jalannya juga kakchik kurang arif dan ingat. Slot kakchik jam 4 petang tapi kakchik rela pergi lebih awal.

Tujuan pergi awal ialah, dapat berehat dan dapat mengikuti ceramah yang disampaikan oleh jemputan khas iaitu Dr. Hafizah Mustakim dari Klinik Perdana Cawangan Islah. Kalau tak silap kakchik nama program itu ialah Wanita Anggun, Cantik dan Jelita anjuran Majlis Daerah Tumpat sempena kempen menutup aurat yang bertemakan "Aurat Terjaga Maruah Terpelihara". Kalau tak silap kakchik, rasanya inilah slogan yang kakchik cipta semasa kempen ini pertama kali diadakan lebih kurang 6 atau 7 tahun yang lalu. 

Entah betul entah tidak ni sebab ingat-ingat lupa. Mungkin orang lain yang bagi idea, Allahua'lam. Kalau salah mohon pihak berkenaan maafkan kakchik.

Sebahagian dari muslimah yang hadir semasa ceramah Dr. Hafizah.
Dewan penuh hingga melimpah keluar. Alhamdulillah.

Selesai membuat dua demonstrasi, kakchik minta diri dari penganjur kerana jam sudah hampir 5 petang. Kakchik anggarkan masa yang perlu diambil untuk memandu dari Tumpat ke pejabat suami ialah dalam 30 minit. Alhamdulillah kakchik sampai 15 minit lebih awal dan sempatlah ambil angin sambil menghilangkan peluh semasa menunggu cik abe di dalam pejabatnya yang berhawa dingin. Cuma satu yang kurang selesa ialah solat Asar terpaksa dilewatkan demi nak sampai awal dan tidak mahu suami menunggu. Lebih baik kakchik yang menunggu daripada dia yang tunggu.

Itulah lebih kurang kisahnya siang tadi. Kalau nak diceritakan secara detail, insyaAllah dalam entri seterusnya esok. InsyaAllah, dengan izinnya. Bila dah sampai di rumah pastinya nak layan makan minum suami, layan anak-anak saudara berceloteh pasal buku, pasal mainan mereka, layan ummi yang juga punya cerita, layan diri-sendiri pun mestilah juga. Sambil-sambil kakchik tidak lupakan teman-teman dan para pelanggan yang sentiasa berhubung.

Syukur alhamdulillah Allah kurniakan kakchik suami yang sangat penyayang, yang telah mengizinkan kakchik ke semua program yang kakchik sebutkan tadi. Kalau tanpa izinnya, tentu berat hati kakchik yang degil ni semasa berada di dalam kedua-dua majlis tadi. Syukur alhamdulillah juga kerana Allah jadikan pengalaman bekerja untuk agama ini begitu indah walau kadang-kala sulit. Tapi pengalaman yang sekali-sekala indah inilah yang menjadi pemangkin untuk kakchik terus melakukannya.

Terima kasih banyak kepada kawan-kawan yang telah mendoakan agar segala urusan kakchik berjalan lancar pada hari ini. InsyaAllah kakchik tidak lupakan kalian dan mohon Allah rahmati dan berkati kalian semua yang begitu baik hati. InsyaAllah kita sama-sama bantu masyarakat kita demi agama kita yang mulia ini. Selamat berjuang untuk amal makruf dan nahi mungkar. Allahu Akbar!

Salam Jumaat.

KakChik Niza
Baiti Jannati
Pulau Melaka
20 Okt. 2011

4 comments:

  1. salam, kakchik..

    Alhamdulillah... suami kakchik memahami.. bertuah kakchik :)


    majlis dni 10 disember nanti. hajatnya nak jemput kakchik juga.. dni buat kenduri kesyukuran.. nanti kakchik emelkan dni alamat kakchik ya ke amni_shiro@yahoo.com. kalau kakchik ada masa terluang nanti jemputlah ke majlis dni ya... ^__^


    p/s: kakchik, dni berminat dengan jubah ni --> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150363416061684&set=a.10150363415706684.370563.253440536683&type=3
    available lagi tak..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kakChik..Seronok mendengar khabar dan aktiviti harian kakchik.Malah, ini menunjukkan muslimah berniqab masih boleh berrgiat aktif dalam masyarakat.

    SubhanAllah, moga diri ini ada kekuatan juga untuk melakukannya.Jaga diri yea kak.

    ReplyDelete
  3. Wkslm Dni.
    Syukur Dni. Kadang-kadang tu ada juga yang suami tak setuju jadi kakchik dengar saja dalam masa yang sama berlapang dada. InsyaAllah besar hikmahnya. Bila dia izin, kakchik syukur banyak-banyak kerana dapat lakukan semua tu dengan hati yang ringan. Alhamdulillah.
    Dni, dah tak lama dah tu... tentu sekarang ni dah banyak persiapannya. Bulan 12 kenduri selalunya banyak, kena block tarikh ni utk kenduri Dni ni :)

    p/s: abaya Dni tu kakchik dah poskan semalam. harap hari ni dah sampai.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam Ain. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi Ain, segalanya dengan izin-nya juga. Niqab tidak pernah menjadi halangan buat kakchik malah kerana adanya niqab itulah kakchik lagi suka melakukan semua kerja-kerja itu. Selamat dan bebas. InsyaAllah kita para niqabi ni mampu membantu menaikkan imej wanita Islam di mata dunia. Ain pun jaga diri juga ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs