Followers

4.10.11

Kasut, berjalan tanpa rasa sakit

Menjadi rakan sejati ke mana sahaja anda bergerak, kasut tidak semestinya hanya menjadi pelindung kaki, tetapi ia juga haruslah mesra pengguna iaitu tidak membawa apa-apa masalah kepada kaki anda yang banyak berjalan.
Assalamualaikum.

Sudah lama kakchik tak bercerita tentang kasut kan? Kebetulan hari ni terbaca pula artikel tentang kasut di dalam Kosmo Online. Tajuknya "Berjalan Tanpa Rasa Sakit" memang sangat-sangat kakchik setuju. Itupun kakchik setuju kerana kasut yang dimaksudkan oleh penulis tersebut ialah kasut paling selesa yang kakchik pakai setakat ini. 

Scholl, kasut yang selesa.
Scholl, itulah jenama kasut yang bagi kakchik amat menepati slogan 'berjalan tanpa rasa sakit' ni. Kakchik tak tahu pandangan orang lain tapi ini pandangan peribadi kakchik yang telah memakai sepasang Scholl sejak membelinya di PKNS Shah Alam akhir bulan Mei lepas.

Sepertimana quote yang kakchik letakkan di atas tu, kasut ni bukan sekadar pelindung kaki kita tapi ia mestilah mesra pengguna yakni tidak menyebabkan kita rasa sakit bila memakainya dalam masa yang lama. Macam kakchik yang selalu ke sana ke mari dan banyak berdiri, kaki ini amat memerlukan kasut yang selesa dan tidak menyakitkan kaki.

Bukan kakchik tak suka pakai kasut yang bertumit. Kakchik pun ada beberapa pasang kasut jenis bertumit yang hanya dipakai ketika majlis tertentu sahaja dan bila kakchik pasti kakchik tidak perlu berdiri untuk jangkamasa yang lama. Selain itu kakchik suka sangat pakai kasut jenis tapak baji atau orang panggil 'wedges'. Bukan 'potato wedges' ya hehehe.

Tapi dalam banyak-banyak kasut yang kakchik ada, kasut Scholl itulah yang paling selesa untuk kaki kakchik. Tumitnya hanya 1.5 inci dan kakchik pakai hampir setiap hari untuk ke mana-mana saja. Kasut itu tidaklah bertutup penuh kerana di bahagian belakangnya ia terbuka jadi kaki kakchik tetap mendapat pengudaraan yang cukup. Sementelah pula kakchik kurang gemar kasut yang terbuka atau bertali. Boleh tersangkut di kaki abaya.

Nak bergaya tak salah tapi biarlah diri kita tidak terseksa.

Artikel penuh yang kakchik maksudkan di atas ada di bawah. Sumber: Kosmo Online

SELAIN mencari sepasang kasut yang cantik, sesuai dengan majlis, sedondon dengan warna pakaian dan berjenama, ada satu lagi perkara penting yang sering kita abaikan.
Menjadi rakan sejati ke mana sahaja anda bergerak, kasut tidak semestinya hanya menjadi pelindung kaki, tetapi ia juga haruslah mesra pengguna iaitu tidak membawa apa-apa masalah kepada kaki anda yang banyak berjalan.
Dengan harapan untuk membawa masyarakat Malaysia berjalan tanpa kaki yang sakit, jenama kasut sihat, Scholl memperkenalkan koleksi Scholl 2011 yang segar. Menitikberatkan rekaan dan gaya, Scholl koleksi 2011 itu menawarkan lebih 100 pilihan kasut untuk lelaki dan wanita.
Menariknya, ia mengutamakan pilihan tapak yang bersesuai mengikut tapak yang berbeza menggunakan teknologi padding selesa.
"Koleksi Scholl 2011 menawarkan kasut kasual, formal atau untuk ke kerja dan sukan dengan rekaan-rekaan yang segar untuk meraikan personaliti setiap individu. Pelanggan boleh memilih daripada pilihan slip on, sandal, flip flop, kasut berjalan dan kasut dres, semua pilihan untuk lelaki dan wanita," kata Pengurus Besar Reckitt Benckiser Malaysia, Veronika Rost.
KEPELBAGAIAN warna turut menyumbang kepada rekaan kasut koleksi Scholl 2011
Beliau menambah, menjadi tarikan Scholl koleksi 2011 ialah penggunaan teknologi lapisan tapak kasut yang berbeza seiring dengan pegangan Scholl yang mahu menawarkan keselesaan tapak kaki dan kesihatan kaki.
Scholl menawarkan tujuh jenis lapisan tapak kaki yang berbeza supaya pelanggan dapat memilih dan berasa selesa dengan setiap tawaran itu. Antara jenis padding ialah Memory Cushion, Bioprint, Galactiv, Arch Support, Sole Support, Massage dan Bio Mechanics yang semuanya mempunyai peranan tersendiri untuk keselesaan tapak kaki pengguna. - NIZHA PERIASWAMY

4 comments:

  1. as salam kak chik
    sokong, sebab mmg selesa dan tahan lama. dulu suka sangat high heel sekarang flat saja sebab sng dan laju jln!

    ReplyDelete
  2. wkslm rose. memang selasa dan tahan lama. itu dua faktor yg sgt penting bila beli kasut. kakchik pun suka high heels tp suka tengok lebih banyak dr suka beli.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails